
Kerajaan Thailand sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperkenalkan cukai pelancongan terhadap pelancong asing, termasuk rakyat Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Namun, menurut kemas kini terbaru daripada Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, pelaksanaan cukai tersebut yang dinamakan sebagai “Kha Yeap Pan Din” (yang secara harfiah diterjemahkan sebagai “yuran memijak bumi Thailand”) telah ditangguhkan ke pertengahan tahun 2026.
Memetik laporan media tempatan, The Nation, Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chakrapol Tangsutthitham berkata keputusan itu dibuat selepas semakan semula oleh Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong.
“Beliau menganggap masa kini tidak sesuai untuk memperkenalkan semula yuran tersebut,” kata Chakrapol.
Tambah beliau lagi, Kementerian masih menunggu untuk menilai permintaan pelancong antarabangsa semasa musim puncak pada suku keempat tahun 2025 sebelum menentukan struktur yuran yang sesuai bergantung kepada cara perjalanan.
Buat masa ini, Kementerian bercadang untuk mengenakan bayaran sebanyak
THB300 (RM39) bagi ketibaan melalui udara dan THB150 (RM20) bagi ketibaan melalui darat atau laut.Jumlah tersebut sebenarnya telah diluluskan secara prinsip oleh Kabinet Thailand sejak Februari 2023.
Dengan kelewatan terbaru ini, pelaksanaan cukai pelancongan “Kha Yeap Pan Din” dijangka dikuatkuasakan sama ada pada
suku ketiga atau suku keempat tahun 2026.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.