Pelakon The Penthouse, Kim Young Dae Tarik Diri Dalam Drama School 2021

Share

Pelakon Korea yang semakin meningkat naik, Kim Young Dae telah pun menarik diri dalam pembabitan drama terbaru School 2021 kerana terdapat percanggahan watak.

Menurut laporan daripada JTBC, Kim Young Dae menarik diri kerana wataknya dalam drama tersebut yang pada awalnya dipersetujui telah berubah. Dengan perubahan yang berlaku, Kim Young Dae tidak lagi memegang peranan sebagai watak utama, calon watak itu diberikan pada pelakon lain.

Foto: KDramaStars

Pelakon berusia 25 tahun ini menerima peranan itu pada bulan Mei lalu dengan pengesahan sebagai watak utama yang akan diumumkan pada bulan Jun.

Namun, agensinya Outer Korea telah mengesahkan bahawa pelakon itu tidak lagi terbabit dalam drama School 2021 akan datang.

Walau bagaimanapun, Kim Young Dae dilaporkan telah pun menerima tawaran dalam k-drama lain sebagai watak utama. Menurut Sports Chosun, Kim Young Dae akan memainkan peranan utaman dalam drama Shooting Star yang akan ditayangkan di tvN.

Dah namanya rezeki kan. Satu hilang, datang pula lagi satu tawaran baru. Tak sabar nak tonton drama terbaru lakonan ‘Joo Seok Hoon’ nanti. Hiks!

Sumber: (1)

IKLAN