Bintang remaja, Noah Schnapp yang membintangi drama bersiri popular, Stranger Things di platform penstriman Netflix telah mendedahkan dirinya homoseksual pada 5 Januari 2022.
Pendedahan yang dilakukan menerusi klip pendek berdurasi 8 saat di TikTok itu menunjukkan teks berbunyi, “Apabila saya akhirnya memberitahu kawan-kawan dan keluarga saya bahawa saya adalah gay setelah sekian lama merasa takut dan menyembunyikan identiti selama 18 tahun, mereka sekadar berkata, ‘kami tahu’.”
Noah juga meluahkan bahawa dirinya dekat dengan watak Will Byers yang dilakonkan dalam Stranger Things.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati para peminatnya menyokong pendedahan Noah itu dan berkata mereka gembira serta berbangga dengan keberaniannya. Turut kelihatan juga adalah komen dari Netflix sendiri dengan emoji berbentuk hati.
Ads
Malah ada yang berseloroh mengatakan Noah selama ini mempraktikkan teknik ‘method acting’ sewaktu penggambaran Stranger Things.
Terdahulu pada Julai 2022, Noah mengesahkan wataknya, Will merupakan seorang homoseksual dan mencintai Mike. Cuma cara penceritaan mengenai identiti Will ini agak perlahan kerana produksi ingin menggarah pengalaman dan perasaan sebenar seorang homoseksual yang gentar untuk mendedahkan diri sebenarnya kepada khalayak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri. Baru-baru ini, selebriti ini telah berkunjung ke Institut Kanser Negara dan juga melawat mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami.
Gelagat mesra Fazura bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara telah tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
Netizen berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan. Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
Dibanjiri Pujian Daripada Netizen
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu ini.
Tambahan itu, Fazura dan Fattah Amin turut turun untuk melawat mangsa belasahan suami sendiri iaitu Jahidah Nordin baru-baru ini. Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Jahidah Nordin telah terlantar koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak akibat dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Foto: Facebook milik Fauziah, adik Jahidah.
Menurut satu laman portal berita, sifat mesra dan prihatin Fazura yang datang bersama suaminya Fattah Amin jelas terpancar ketika melawat mangsa tersebut. Perkara ini dikongsikan Fauziah iaitu adik mangsa.
Dia juga memaklumkan melalui laman Facebooknya yang Fazura menangis serta tidak sanggup melihat keadaan kakaknya (Jahidah), yang terlantar.
“Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis di luar bilik, tak sanggup tengok keadaan kak Jahidah.” jelasnya.
“Walaupun kedua-dua selebriti itu orang terkenal, tetapi sangat merendah diri kerana sanggup datang melawat kak Jahidah dan Nufail, memang pemurah sangat dia.” tambahnya lagi.
Di khabarkan, pasangan itu telah meluangkan masa kira-kira dua jam dan sempat berpesan untuk membantu menampung keperluan Nufail (anak mangsa).
Wah, memang sangat merendah diri. Patutlah ramai yang turut menyayangi pelakon ini. Malahan, sebelum ini Faz juga telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah Coach; untuk dihadiahkan buat stafnya. Tak lekang cerita baik Fazura yang sentiasa membantu orang ramai. Sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini wajar dijadikan inspirasi ramai. Keep inspiring!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh tidak lama dahulu tentang filem Beauty & the Beast yang ditarik semula untuk penilaian oleh pengedarnya gara-gara pendedahan salah seorang karakternya dikatakan homoseksual.
Namun segalanya terjawab selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengeluarkan kenyataan kebenaran untuk filem tersebut ditayangkan di Malaysia dengan suntingan kecil dilakukan.
Negara kita mempunyai garis panduan yang ditetapkan oleh LPF agar filem-filem tempatan atau luar negara memenuhi kriteria yang ditetapkan supaya ia dibenarkan untuk tayangan umum.
Beberapa filem yang agak terkenal sebelum ini juga pernah diharamkan tayangannya di Malaysia.
1. Pulp Fiction (1994)
Filem yang diarahkan oleh pengarah eksentriks, Quentin Tarantino diharamkan kerana mengandungi unsur melampau seperti keganasan, penggunaan dadah, adegan bogel dan seksual.
2. Shawshank Redemption (1994)
Ia merupakan antara filem ‘melepaskan diri dari penjara’ terbaik sepanjang zaman. Diharamkan kerana unsur keganasan, kata-kata kesat dan kekejaman. Namun ia kemudian dibenarkan untuk dikeluarkan dalam bentuk DVD.
3. The Wolf Of Wall Street (2013)
Filem kontroversi ini diharamkan kerana unsur seksual, bahasa kesat dan pengunaan dadah secara jelas. Sepanjang 179 minit tayangannya, the ‘F’ word disebut antara 506 hingga 569 kali, menjadikan ia filem terbanyak menggunakannya.
4. The Danish Girl (2015)
The Danish Girl merupakan kisah benar seorang lelaki bernama Elbe menjadi manusia terawal menjalani pembedahan pertukaran jantina.
5. Fifty Shades Of Grey (2015)
Antara the most talk about movie pada tahun 2015. Filem adaptasi novel E.L. James ini diharamkan kerana unsur seksual yang melampau ala-ala pronografi. Tahun ini menyaksikan sekuelnya Fifty Shades Darker juga diharamkan di negara kita.
6. The Raid 2: Berandal (2014)
Peminat filem aksi pasti tidak asing dengan filem The Raid arahan Gareth Evans. Jika filem pertama dibenarkan tayangannya, filem sekuelnya mendapat nasib berbeza apabila diharamkan atas faktor keganasan melampau.
7. Pineapple Express (2008)
Dibintangi dua pelakon utama iaitu Seth Rogen dan James Franco, Pineapple Express diharamkan tayangannya kerana ia membawa tema penggunaan dadah jenis ganja yang terlalu obvious. Malah, banyak babak menampilkan mereka menggunakannya secara terbuka.
8. Noah (2013)
Bukan hanya Malaysia, filem ini juga telah diharamkan di beberapa buah negara termasuklah Qatar, Bahrain dan UAE. Noah memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh AS serta menghasilkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh.
9. Friends With Benefit (2011)
Filem mengisahkan tentang dua sahabat baik Dylan (Justin Timberlake) dan Jamie (Mila Kunis) yang mulanya berpendapat melakukan seks diantara kawan dengan kawan tidak akan mengganggu persahabatan mereka kini berdepan dengan mainan emosi apabila menyedari tindakan mereka itu membawa kepada komplikasi perasaan daripada seorang kawan bertukar menjadi..
Walaupun tidak ditayangkan di pawagam Malaysia, tapi ada diantara filem-filem ini yang sudah boleh ditonton di saluran digital.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan akhir program Big Stage 2022 semalam masih menjadi topik perbualan warganet memandangkan persaingan sengit yang tercetus di antara lima orang peserta yang bertanding.
Tumpuan tentunya terarah kepada 3 peserta yang menakluki tangga teratas semalam iaitu juaranya, Elica Paujin; naib juara, Danial Chuer dan pemenang tempat tiga, Aisha Retno. Ini berikutan kutipan markah mereka dari juri tetap semalam amatlah sengit. Hanya peratusan undian peminat yang berjaya memisahkan ketiganya apabila ia jelas dikuasai Elica.
Lantas, timbul lah persepsi sekiranya Danial dan Aisha mungkin kesal dengan keputusan semalam apabila di atas kertas, ia boleh dikatakan ditentukan oleh undian peminat.
Aisha Retno
Namun, pesepsi tersebut telah ditepis oleh mereka berdua dalam sesi Instagram Live yang dilakukan bersama Astro Awani pada hari ini.
Kata Aisha, saingan bagi Big Stage 2022 amatlah sengit dan dia bersyukur setelah diletakkan pada kedudukan ketiga. “Ia sengit sehingga membuatkan saya terfikir, kalaulah kami bertiga dipisahkan ke tiga musim berbeza, tidak mustahil kesemuanya boleh bergelar juara Big Stage.”
Danialbersetuju dengan pendapat tersebut dan merasakan benchmark yang diletakkan oleh kesemua peserta seakan ‘lain macam’.
“Bukan hanya kami bertiga tetapi peserta lain juga bekerja keras pada setiap minggu. Soal saingan sengit antara kami (bertiga) pula, saya bersyukur kerana orang ramai mempercayai bakat kami. Ia membuat segala persediaan dan execution kami selama ini berbaloi apabila bakat kami dapat diterima oleh juri serta penonton,” jelas Danial.
Danial Chuer
Sementara itu, mereka turut tidak menafikan keinginan untuk merakam lagu baharu bersama-sama setelah idea tersebut timbul semasa malam finale tadi.
Agaknya bagaimanalah genre yang akan Aisha, Danial dan Elica pilih?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!