Aduh, banyak pula berita panas yang tercetus baru-baru ini.
Belum reda dengan isu influencer remaja Alya Iman ‘hampir menjadi isteri kedua’, sekarang muncul pula cerita kononnya ada sekelompok remaja termasuk seorang pelakon pelapis mengikuti gerakan agama sesat pula?
Apa kes? Okay sabar-sabar.
Pelakon remaja dimaksudkan iaitu Syrul Ezwan bukanlah benar-benar cuba mengikuti gerakan agama sesat guys.
Namun itulah watak yang diberikan kepadanya menerusi drama baharu di Astro Prima berjudul Jalan Sesat Ke Syurga.
Bakal ditayangkan untuk 35 buah episod di saluran Astro Prima, REMAJA mendekati pelakon remaja ini bagi bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai peranannya menerusi drama and pretty much what it is all about.
“Jalan Sesat Ke Syurga pada asalnya dijadualkan untuk tayangan bulan April semasa Ramadan. Namun disebabkan oleh kekangan musim PKP, produksi terpaksa menangguhkan tayangan ke 3 Ogos ini untuk episod pertamanya.
Ads
“Basically, drama ini amatlah berbeza daripada drama-drama yang selalu ditonton oleh peminat drama Melayu kerana keberanian pengarahnya Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli untuk membawakan isu keagamaan dari sudut berbeza. Ajaran sesat mungkin adalah sesuatu yang taboo dalam kalangan masyarakat kita tetapi ia sebenarnya berlaku.
“Saya tak akan spoil-kan untuk korang. (Ketawa) Cuma, drama ini bukan saja mengisahkan mengenai ajaran agama Islam yang terpesong, tetapi juga menyentuh isu moral remaja seperti isu dadah, penderaan dan penyalahgunaan kuasa seorang ketua.
“Di situlah masuk plot ajaran terpesong seperti gerakan elit yang membenarkan lelaki berkahwin sesuka hati dan juga gerakan Hawa islam yang membolehkan seorang imam wanita seperti yang korang lihat pada poster drama ini. Banyaklah kalau nak diceritakan, hehe.. jadi korang perlu tonton okay,” kongsi Syrul yang berharap agar drama ini tidaklah mendatangkan perbalahan di kalangan netizen.
Dia bagaimanapun ingin penonton untuk mengikuti perjalanan plot drama tersebut kerana ia boleh membuka minda penonton untuk berfikir sambil menghayati emosi setiap episodnya.
“sebab itulah kitab Al-Quran adalah penting untuk kita semua agar tidak mudah sesat. Saya rasakan itu adalah moral cerita yang paling utama.”
Ads
*
Bagi korang yang telah menjadi followers Syrul di Instagram, pastinya korang tahu bagaimana dia bermula terlebih dahulu di pentas teater pada usia belasan tahun.
“Ramai je pelakon pelapis kita yang muda, bagus dan bersedia untuk belajar jika diberikan peluang. Saya bersyukur saya terpilih selepas menghantarkan video ujibakat. Ini semua saya kira rezeki memandangkan pelakon asalnya tidak boleh memberikan komitmen.
“Apa yang saya pelajari dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini adalah untuk tidak sesekali malas mencuba. Ada (pelakon remaja) yang saya lihat malas untuk pergi ke sesi ujibakat kerana merasakan dirinya tidak akan mendapat watak itu. Bagi saya, pergi ke ujibakat itu adalah usaha kita untuk mengejar minat.
“Sama je seperti pekerjaan lain, menjadi seorang pelakon pun memerlukan pengorbanan termasuklah masa dan tenaga untuk ke sesi ujibakat,” tambahnya lagi.
Ads
Rider Kacak
Sekiranya tidak berada di set penggambaran, Syrul tidak malu mengaku yang dia bertugas sebagai rider sebuah syarikat penghantaran makanan. Baginya, mengapa perlu malu dengan punca rezeki yang halal. Ramai saja selebriti lain termasuk yang lebih senior daripadanya yang telah beralih ke platform online untuk mencari sesuap nasi.
“Senang cerita, kalau malu kita yang lapar. Apabila aktiviti lakonan semakin perlahan akibat Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan kebelakangan ini, saya perlu fikirkan alternatif sumber pendapatan
“Alhamdulillah, tugas sebagai rider membantu keperluan kewangan saya buat masa ini.
“Selain itu, saya juga cuba membantu ibu yang menjual nasi lemak pada waktu pagi. Bila saya melihat penat lelah ahli keluarga berniaga dan tidak cukup rehat, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mengubah kehidupan keluarga dengan menjadi seorang pelakon yang lebih berskil dan berjaya.
“Nak jadi pelakon itu tidak mudah, saya tahu. Tetapi saya telahpun sampai ke tahap ini dan saya percaya dengan kebolehan dan minat lakonan saya,” kata Syrul yang pernah munculkan diri menerusi drama Cinta Itu Fairytale dan Dendam Cinta Arissa sebelum ini.
*
All the best REMAJA ucapkan kepada Syrul dan team produksi. Tak sabar nak layan!
Jalan Sesat Ke Syurga akan mula ditayangkan di Astro Prima bermula 3 Ogos ini pada jam 6 petang. Ia juga dibintangi oleh Siti Elizad, Datuk Aaron Aziz, Dato’ Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular, Shukri Yahaya baru-baru ini mengakui perubahan positif isterinya, Tya Adnan telah memberikan satu suasana baru dalam rumah tangga.
Menurut Shukri atau nama sebenar, Mohd. Shukri Yahaya (36), perubahan Tya bukan hanya terletak pada imej malah wanita kesayangannya itu turut menggandakan amalan harian termasuk membaca Al-Quran.
“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas dia berniqab”
Kredit: Shukri Yahaya
“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja. Cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah. Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon itu meluahkan rasa gembira dengan kebaikan yang dilakukan isterinya. Selain itu, beliau juga turut bersyukur dan mendoakan isterinya itu agar terus istiqamah.
“Tiada apa yang perlu dikatakan lagi mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat,” jelasnya ketika ditemu bual oleh salah satu portal berita tempatan lain.
Kredit: Shukri YahayaKredit: Shukri Yahaya
“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya lagi.
Sekadar info, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan (32) meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu. Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena (8) dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 4 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.
Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya yang ditunggu oleh peminat K-Pop! The Boyz mengumumkan konsert jelajah dunia ketiga THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II dan apa yang lagi menarik! Mereka juga akan turun untuk memeriahkan Kuala Lumpur pada 7 Septembar ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Sejak debut, The Boyz telah memikat hati para peminat K-Pop di seluruh dunia dengan pelbagai persembahan mereka yang dinamik selain dengan koreografi yang mengagumkan!
Konsert jelajah dunia The Boyz ini telah rasmi dimulakan dengan tiga malam persembahan berturut-turut di Seoul, Korea Selatan pada awal Julai lalu. Seterusnya, pelantun lagu Thrill Ride ini juga telah meneruskan perjalanan mereka di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk melawat beberapa bandar seperti New York, Los Angeles, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Macau, Osaka, Paris, London, dan beberapa lagi.
The Boyz terdiri daripada 11 anggota iaitu Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric telah memulakan debut sejak tahun 2017.
Mereka juga telah meraih banyak anugerah dan penghargaan sehingga kini sebagai salah satu kumpulan K-pop yang menonjol dalam industri utamanya untuk generasi K-Pop keempat. Antara anugerah pernah dimenangi adalah termasuk Asia Artist Awards (AAA), Golden Disc Awards, Seoul Music Awards, The Fact Music Awards, dan Melon Music Awards.
Bagi peminat The Boyz (The B) di Kuala Lumpur, anda boleh bersedia untuk ticket war pada 30 Julai ini bermula 12 tengah hari melalui my.bookmyshow.com. Apa yang lagi best untuk konsert jelajah THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II IN KUALA LUMPUR adalah The B juga berpeluang untuk dapatkan sesi Hi-Touch bersama anggota The Boyz yang comel-comel ini tau!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!