Pelakon, Moon Embracing The Sun Disyaki Bunuh Diri, Ini Bukan Kes Pertama Selebriti Korea Buat Begini!

Share

Pelakon drama Moon Embracing The Sun ditemui mati dipercayai menggantung dirinya sendiri di sebuah bilik air hotel di Jeonju pada Sabtu lalu.

Jeon Mi Sun, 48 tahun ditemui pada jam 11.43 pagi setelah dia tidak dapat dihubungi oleh pengurusnya. Susulan itu, pihak hotel memasuki bilik hotelnya dan menemui aktres itu di dalam bilik air.

Dia berada di sana kerana terlibat dengan aktiviti event ibu dan anak yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 Jun hingga 30 Jun.

Paramedik juga mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia. Kematiannya itu disyaki sebagai bunuh diri kerana tiada tanda pecah masuk ditemui namun tiada sebarang nota bunuh diri ditemui di bilik hotel tersebut.

Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat kematian mengejutnya itu.

Bukan Kes Pertama

Untuk pengetahuan, kematian yang berpunca daripada bunuh diri bukanlah kes pertama berlaku di Korea Selatan. Kebanyakan kes bunuh diri berlaku berpunca daripada tekanan perasaan ataupun depressi. Ini antara selebriti Korea Selatan lain yang turut mengambil nyawanya sendiri.

SHINee Jonghyun

Kim Daul

Jong Da Bin

U;Nee

Lee Eun Ju

Susulan itu juga, pihak berkuasa Korea Selatan memohon agar rakyat segera melaporkan sekiranya terlihat perkara-perkara yang boleh menjurus kepada perbuatan bunuh diri itu.

Malah di jambatan Sungai Han juga turut diletakkan telefon khas untuk mereka yang berniat untuk bunuh diri untuk meluahkan perasan mereka sebelum mengambil langkah tersebut.

 

IKLAN