Siapa kata anak seni tempatan tidah boleh memasang angan-angan dan terbang tinggi hingga ke peringkat antarabangsa?
Pelakon kelahiran Melaka, Frederick Lee telah menerima pencalonan dalam kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem bergenre crime thriller Singapura, Mind’s Eye.
Ads
Hasil lakonan berkesannya sebagai seorang pembunuh bersiri, Frederick, 44 yang merupakan adik kepada seorang lagi pelakon tempatan, Christopher Lee (suami kepada Fann Wong iaitu seorang pelakon kelahiran Singapura) telah menerima perkhabaran istimewa itu daripada pihak New York Festivals TV & Film Awards semalam.
Acara tahunan itu mengiktiraf filem dan drama televisyen dari lebih 50 buah negara. Bercakap kepada rakan media di Malay Mail, Frederick menzahirkan rasa puas dan bersyukur di atas pencalonan ini.
“Untuk dicalonkan ada bagus dan jika ditakdirkan memiliki trofi itu adalah bonus. Tapi ia bukanlah sumber motivasi utama saya. Apa yang memotivasikan saya adalah kepuasan setelah menerima respon positif daripada penonton dan pengkritik filem.
Ads
“Namun jika saya ditakdirkan untuk memenanginya, sudah tentu saya amat gembira,” ulasnya
Bagi korang yang merasakan Frederick agak familiar, beliau sebenarnya bukanlah wajah baharu dalam dunia lakonan tempatan mahupun antarabangsa di Asia. Dua tahun lalu, Frederick telah menunjukkan lakonan mantap sebagai watak antagonis dalam filem The Scoundrels (2018) sehingga dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Taipei Film Awards 2019.
Ads
Manakala pada tahun 2014 pula, Frederick pernah membawa pulang anugerah Golden Awards untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Descendant.
Kelibat Frederick juga masih penulis ingati menerusi siri original yang ditayangkan di HBO Asia berjudul Trinity of Shadows – juga sebagai watak antagonis. Siri tersebut masih boleh ditonton di HBO Go dan HBO dengan episod baharunya ditayangkan pada setiap hari Ahad.
Biarpun beliau lebih banyak bergiat dalam dunia perfileman di Taiwan dan Singapura, Frederick teringin sekali untuk memperbaiki pertuturannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar dia mampu menerima peluang untuk berlakon dalam lebih banyak drama Melayu dan Inggeris.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi wanita popular Indonesia, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani baru-baru ini telah memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramadhan di laman instragram.
Apa yang menarik perhatian ramai, anak lelaki penyanyi itu dilihat sudah semakin dewasa dan gaya mereka seperti seorang kakak dan adik atau lebih kepada rakan sebaya. Tidak dinafikan susuk tubuh Rossa yang genit dan wajahnya yang awet muda seakan membuatkan ramai yang tidak percaya bahawa usianya kini sudah menginjak 44 tahun.
Anak lelaki Rossa diberi nama Rizky Langit Ramadhan berusia 16 tahun, hasil perkahwinan bersama bekas suaminya yang juga merupakan drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo. Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2009, ketika Rizky berusia 3 tahun.
Rossa juga pernah berkongsi bahawa anak tunggalnya ini tidak terlalu minat dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung dengan aktiviti melukis anime atau kartun.
Like mother like son! Ketampanan anak muda ini sudah pasti diwarisi oleh kedua ibu bapanya. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran buat remaja semua.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang. Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
Kak Liza antara individu yang sering membantu pelbagai golongan khususnya yang dalam kesusahan
Banyak kehamilan luar nikah terjadi akibat pergaulan bebas. Gambar hiasan
Jelas Kak Liza lagi, selepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook.
“Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat. Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya. “Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih. Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial dan model, Dahlia Rizal menzahirkan kesyukuran apabila suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil berjaya memiliki sebuah kereta elektrik jenama Build Your Dreams (BYD).
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Dahlia dilihat memuat naik video menunjukkan dalaman dan luaran kereta milik suaminya yang berona putih.
“Kereta baru suami! Alhamdulillah atas rezeki ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dahlia turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan buat bekas peserta Hero Remaja itu sehingga berjaya membeli sebuah kereta baharu yang setelah lamanya diidamkan.
“Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang membantu Imran menjayakannya, untuk sokongan dan sayang anda,” coretnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menumpang gembira atas kejayaan tersebut selain menitipkan doa buat pasangan berkenaan agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Dahlia berkongsi berita gembira apabila dirinya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.