Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran buat remaja semua.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang. Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
Ads
Kak Liza antara individu yang sering membantu pelbagai golongan khususnya yang dalam kesusahan
Banyak kehamilan luar nikah terjadi akibat pergaulan bebas. Gambar hiasan
Jelas Kak Liza lagi, selepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook.
“Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
Ads
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat. Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya. “Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih. Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut sumber, ahli BLACKPINK itu telah membeli sebuah vila di kejiranan ‘UN Village’ yang terkenal di Seoul tanpa sebarang pinjaman.
Dia dilaporkan telah membeli apartmen mewah itu secara tunai dan mendaftarkan alamatnya dengan pejabat perbandaran tempatan.
Di tengah-tengah laporan rundingan kontrak Jennie dengan YG Entertainment, ahli BLACKPINK itu didapati dilaporkan telah membeli sebuah unit di kompleks vila LaTerrace di UN Village pada Julai lalu.
Pangsapuri seluas 2636 kaki persegi itu dikatakan mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dan Jennie dilaporkan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk tempat itu pada Februari 2021.
Jirannya termasuk pelakon terkenal Lee Jong Suk, yang didakwa memiliki sebuah apartmen di kompleks yang sama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 sememangnya membuatkan ramai individu kehilangan kerja. Sektor-sektor utama negara terpaksa mengecilkan operasi sekaligus terpaksa melepaskan pekerja yang selama ini telah berbakti kepada syarikat.
Inilah hakikat tahun 2020 yang tidak dapat dielakkan. Dalam kelam pandemik ini, salah satu cerita menarik membuatkan penulis patut kongsikan kepada anda adalah kisah kapten-kapten AirAsia yang mengambil inisiatif membuka restoran dan seterusnya menggaji kru-kru penerbangan yang kehilangan kerja sebagai kakitangan restoran mereka.
Kapten Fredrick Jeremy dan Kapten Azrul Hakim antara yang membuka lembaran baru dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman bersama Santan.
Kapten Azrul Jakim dan Kapten Fredrick Jeremy bersama-sama bekas kakitangan AirAsia yang diambil semula di cawangan Santan PKNS Shah Alam. Sumber Gambar: AirAsia
Apa yang menarik seiring pembukaan restoran mereka, Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy telah mengambil semula kru penerbangan yang tidak lagi bersama syarikat penerbangan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.
“Selain terpaksa menunda pembukaan restoran kami berikutan keadaan semasa, kami juga menghadapi cabaran untuk mendapatkan kakitangan bagi membantu menguruskan restoran. Jadi kami berbesar hati untuk mengambil semula Allstars menjadi sebahagian daripada pasukan kami.
Nasi Padang anatara menu yang ditawarkan. Sumber Gambar: AirAsia
“Kami berbangga kerana mempunyai keluarga Allstars kini dan selamanya! Ini membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” ujar Kapten Azrul Hakim. Ternyata usaha murni ini selari dengan semangat mereka untuk meneroka pasaran baru dalam kelembapan ekonomi dek pandemik dan sekaligus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Mungkin kalau anda rindukan makanan yang pernah dinikmati di dalam penerbangan AirAsia. Kunjungi restoran Santan berdekatan anda atau boleh menempahnya menerusi aplikasi pesan hantar yang ada di telefon pintar anda.
***P/S- Rindunya nak makan Lasi Lemak Pak Nasser! Sedap!
Sumber: AirAsia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menyendiri lagi Menyendiri lagi Di saat kau tinggalkan diriku pergi Tak pernah ada yang menghiasi hariku Di saat aku terbangun dari tidurku
Pemergian dua orang ahli kumpulan popular, Dadali pada minggu ini telah mengejutkan ramai peminat di Indonesia bahkan juga di Malaysia.
Dadali yang terkenal dengan lagu-lagu romantis serta mendayu seperti Di Saat Aku Mencintaimu telah kehilangan pemain gitarnya, Yuda dan juga pemain keyboard, Rixx selang beberapa hari saja.
Perkhabaran menyedikan ini telah disahkan oleh wakil pengurusan Ascada Musik sendiri pada pagi semalam.
Untuk pengetahuan, Yuda meninggal dunia pada 7 julai lalu pada jam 330 petang akibat sakit pada saluran pencernaan dalam perut dan sesak nafas.
Manakala menerusi kenyataan rasmi pengurusan mereka, Rixx pula meninggal dunia sekitar jam 4.50 pagi kelmarin disebabkan jangkitan COVID-19.
“Rixx sempat menjalani kuarantin kendiri di rumah, keadaannya (juga) semakin pulih sebelum ini.
“Selepas dimaklumkan berita pemergian Yuda, kesihatan Rixx semakin merosot. Rixx dikategorikan sebagai pesakit COVID-19 tanpa gejala, gejalanya ringan sangat,” kongsi Sakti. Walaupun bergejala ringan, Rixx perlu berdepan dengan cabaran untuk pemulihan kesihatannya.
Ketika dimasukkan sebentar ke hospital dekat Bogor Indonesia, dia hanya ditempatkan di unit kecemasan kerana semua bilik lain sudah dipenuhi. Usaha untuk menempatkannya lebih lama di hospital juga gagal.
Ini kerana hospital-hospital di Jakarta kini sememangnya penuh dan peralatan perubatan untuk merawat pesakit seperti tangki oksigen juga semakin berkurangan. Malah sebelum meninggal, Rixx masih belum dapat dibawa ke wad kerana tiada kekosongan.
Lalu dia dibawa pulang untuk proses kuarantin di rumah saja. Kadar oksiden Rixx dikatakan menurun sehingga 77 peratus.
“Selepas menerima khabar duka Yuda, Rixx sangat terkejut. Rixx menghubungi saya dan memberitahu amat bersedih dengan berita pemergiaan sahabatnya itu,” tambah Sakti.
*
Dalam pada itu, Sakti turut berkongsi bahawa tiga lagi ahli Dadali lain telah disahkan postif COVID-19. Ini termasuklah vokalisnya, Dyrga, Eka dan Richard. Mereka bernasib baik apabila telapun menerima keputusan ujian calitan yang disahkan negatif pada minggu ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Dyrga telah memuat naik ucapan takziah buat Yuda dan Rixx dengan kapsyen berbunyi, “Tenang di sana sahabat-sahabatku.
“Yuuudddddd, cepat sangat kamu meninggalkan aku. Ya Allah, sekarang pemain keyboard, Rixx pula menyusul. Tunggu kami akan menyusul kelak.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!