
Sekali lagi Industri hiburan Korea Selatan menerima berita menyedihkan selepas seorang pelakon ‘Descendant Of The Sun’ dikatakan meninggal dunia.
Kalau korang peminat K-drama, mesti perasan dan kenal dengan aktor veteran, Nam Moon Chul yang dikatakan meninggal dunia pada 4 Oktober di usia 50 tahun.

Hal ini turut disahkan oleh agensi yang menaunginya iaitu BK Management.
Nam Moon-chul memainkan banyak watak sampingan dalam filem dan drama TV Korea Selatan antaranya Six Flying Dragons, Nokdu Flower, CHIP-IN, When My Love Blooms, dan Descendants of The Sun.
Popularitinya naik mendadak menerusi drama popular, Descendants Of The Sun pada tahun 2016. Beliau membawa watak sebagai Pengurus Ko iaitu ayah kepada seorang pekerja muda di sebuah tapak pembinaan di sebuah negara.
Dalam episod enam, dia telah mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan rakan sekerja ketika negara itu dilanda gempa bumi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN : Pakar Jelas Kenapa Lelaki Mudah Kena Kanser Usus, Ada Jangka Hayat 5 Tahun Untuk Survival
Drama terakhirnya berjudul Mad For Each Other yang ditayangkan baru-baru ini.
Agensi kepada mendiang turut mendedahkan bahawa aktor yang berusia 50 tahun itu meninggal dunia selepas disahkan menghidapi kanser usus besar dan telah berjuang untuk melawan penyakit tersebut.
Untuk info, kanser Usus (Colon Cancer) adalah antara 10 kanser yang paling kerap berlaku dikalangan lelaki. Ia juga dikatakan berkait rapat dengan gaya hidup individu.
RIP Nam Moon Chul…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“9A, Mantap ar… Congratulations”, Adik Meerqeen Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2023!

Hari ini merupakan tarikh yang pasti membuatkan semua calon SPM 2023 berdebar menantikan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Tahun ini seramai 11,713 calon dilaporkan memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Pencapaian ini juga adalah lebih baik iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon dan model popular, Meerqeen juga turut berkongsi kejayaan adiknya Muhammad Shafeeq Shauqeen atau @feeqqeen memperoleh keputusan 9A dalam SPM baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Doa Meerqeen Buat Rakyat Palestin, Titip Harapan Bantuannya Sampai Kepada Mereka Di Sana

Kejayaan tersebut dimuat naik melalui Instagram story, Meerqeen meluahkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan adiknya Shafeeq yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

“9A… Mantap ar… Congratulations…” – Meerqeen
Adik kepada pelakon itu mengambil 10 mata pelajaran dan mencapai skor A untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Fizik dan skor B+ untuk subjek Kimia.
Apa pun kami di Remaja mengucapkan tahniah atas kejayaan Shafeeq. Semoga meraih kejayaan di masa akan datang juga!
Artikel Berkaitan: “Saya Dahulu Sangat ‘Kosong’….” – Meerqeen Akui Platform Hero Remaja Pencorak Kanvas Putih Dalam Dirinya
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
25 Under 25 : Remaja Paling Menyerlah 2018

Banyak catitan kejayaan remaja Malaysia yang berlaku sepanjang tahun 2018.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada semua setelah berjaya mengharungi 2018. Ini adalah senarai penuh 25 Under 25: Remaja paling menyerlah sepanjang tahun ini secara rawak.

Allahyarham Yahya Ali 24 Muhammad Hifdzul Malik 25 Mazlan Omarbaki 25 & Wira Negara
Tragedi pemergian enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Selangor pada awal Oktober lalu cukup menyayatkan hati semua rakyat Malaysia.
Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong membabitkan seorang remaja berusia 17 tahun, enam wira negara ini malangnya menemui maut apabila turut lemas akibat pusaran air.
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengisytiharkan mereka sebagai syahid dan mencadangkan agar kerajaan memberi anugerah kecemerlangan kepada anggota yang terbabit.

Khai Bahar 24
Yes he is back!
Khai Bahar tersenarai sebagai salah seorang remaja 25 Under 25 pada tahun 2017 dan Khai terus melakar kejayaan pada tahun lalu dengan pelbagai anugerah yang diterimanya.
Khai membawa pulang trofi Artis Paling Popular APM dan Ikon Media Sosial sempena Anugerah Planet Muzik Oktober lalu. Terdahulu, Khai turut memenangi anugerah Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP dan TOP Top MeleTOP Lelaki pada Anugerah MeleTOP Era, April lalu.
Above all, Khai yang kami kenali masih merendah diri walaupun sudah mengutip 18 trofi setakat usia 24 tahun ini.

S. Sivasangari 19
2018 merupakan tahun terbaik bagi grup rookie remaja di skuad squasy negara untuk menyerlahkan potensi sebagai pelapis senior mereka.
S. Sivasangari mencapai impiannya untuk bertemu Dato’ Nicol Ann David di peringkat akhir Sukan Sea 2018. Walaupun pemain barusia 19 tahun itu tunduk di separuh akhir Terbuka Pakistan pada awal bulan Disember, namun perjalanan kariernya dilihat cukup cerah di acara besar seperti Sukan SEA 2019.

Sarah Suhairi 18
Kemenangan Sarah Suhairi di pentas program realiti Big Stage musim pertama membuka mata ramai peminat muzik tanah air akan bakat dan potensi yang ada padanya.
Penyanyi single Nyawa & Raga ini bukan saja mengatasi saingan rakan BBNU lain yang lebih senior, malah dilayangkan pujian dari Dato Sri Siti Nurhaliza. Sesuatu yang jarang diterima oleh penyanyi muda.
Sarah juga merupakan salah seorang wajah hottest upcomers kami untuk sampul hadapan isu Januari-Mac 2019. Nantikan kelibat Sarah sepanjang tahun ini.

Muhammad Fauzi Kaman Shah 16
Selepas menjadi penyumbang pingat emas termuda pada Sukan SEA Singapura 2015, Mohd Fauzi Kaman Shah mengulanginya sekali lagi apabila mengungguli acara Sailing Open Laser 4.7 pada Sukan Asia 2018.
Ia juga merupakan penampilan sulung Fauzi di kejohanan kedua terbesar di dunia itu. “Saya ingin menghantar keluarga mengerjakan umrah dahulu, dan kemudian baru memikirkan jika perlu menukar kelas pelayaran kerana ia membabitkan berat badan saya.”

Nisha Ezzati 24
She is bold, confident & definitely funny! Nisha Ezzati yang popular sebagai seorang Youtuber dan influencer melalui akaun @nishxnish semakin mencuri perhatian warga YouTube apabila video-videonya mencatatkan peningkatan tontonan sepanjang 2018.
Perwatakan Nisha yang bersahaja dan relatable membuatkan ramai ternanti-nanti kemunculan video terbaru daripadanya. Dalam temuramah bersama REMAJA untuk isu keluaran Januari-Mac 2019, Nisha berkongsi harapan untuk mencipta lebih banyak video berkonsepkan sketch drama dan ingin sekali mempunyai koleksi merchandise sendiri pada tahun ini.

Goh Jin Wei 18
Pemain badminton perseorangan wanita ini mencipta kejutan di Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires apabila dia mengejutkan pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi. Dengan skor 16-21, 21-13 dan 21-19, Jin Wei mendapatkan pingat emas pertama negara dan kini menduduki ranking ke-27 dunia pada usia 18 tahun.
Mungkin Jin Wei adalah pemain yang dicari-cari selepas era Datin Wong Mew Choo.

Elizabeth Tan 25
Technically, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan masih berusia 24 tahun semasa temuramah kami bersama akhir tahun ini. Hehe..
2018 merupakan tahun comeback buat Lizzy apabila dia membintangi filem pertamanya ‘Misteri Dilaila’ di samping pelakon sado, Zul Ariffin dan ia bakal menemui pawagam pada tahun 2019. Selain itu, siapa dapat menidakkan pengaruh single Police Entry yang merupakan salah satu trek paling diminati – disebabkan lirik, beat dan tarian Lizzy!

Iman & Irisa 15, 17
Ya, mereka masih bersekolah tetapi itu bukanlah penghalang untuk Irisa Sofea dan Iman Sofea menjadi entrepreneur kepada jenama kosmetik!
Mereka memperkenalkan Irisa Cosmetics sekitar bulan Oktober lalu dengan 5 rona Flux Matte Lipstick iaitu Moonlight, Dead Roses, Stigma, Solo dan Valerie.
Menarik, ia bersifat Vegan, tidak diuji ke atas haiwan dan boleh bertahan selama 8 jam. Congrats Irisa & Iman!

Johanis Sani 21
This is a talent everyone needs to keep an eye on.
Johanis Sani melalui akaun YouTube dan media sosialnya telah menjadi satu fenomena di kalangan peminat video seperti Vlog, makeup tutorial, viral challenge dan sebagainya. Mungkin kerana cara Johanis yang tidak berpura-pura menjadi persona lain di hadapan kamera, videonya mudah membuat seseorang addictive menantikan video seterusnya. (GUILTY!). Girl is keeping it real!
Penghias cover REMAJA isu April-Jun 2018 ini juga cukup petah berbicara soal yang lebih serius di luar kepompong YouTube. Tak hairanlah ramai yang tertarik dengan potensi gadis ini.

Eain Yow Ng 20
Selepas membantu Malaysia memenangi pingat emas untuk Squasy berpasukan lelaki di Sukan Asia 2018, Eain terus mencuri perhatian Professional Squash Association (PSA) dan digelar sebagai pemain muda yang harus diperhatikan pada 2019.
Ia setelah Eian menewaskan pemain Qatar, Abdulla Mohd Al Tamimi (No. 24), pemain Australia Camerion Pilley (No. 27) dan Campbell Grayson dari New Zealand (No. 32) di beberapa kejohanan antarabangsa.
Kini, Eian berada pada ranking ke-42 dunia dan memperbaikinya secara konsisten.

Athisha Khan 20
Seringkali mendapat gelaran ‘the Kendall of her very own Kardashians’, Athisha merupakan adik kepada selebriti Noor Neelofa dan kakak kepada Ameera Khan dan Faliq.
Kini menuntut di University of Birmingham di United Kingdom, Athisha seperti adik-beradiknya yang lain tidak ingin menempah laluan hidup mudah hanya disebabkan pengaruh keluarga. Dia ingin membuktikan dirinya juga mampu berdikari dan itulah yang dapat disaksikan oleh followers Athisha menerusi akaun YouTube miliknya.
Video menarik seperti Vlog harian, product hauls, makeup tutorial dan sebagainya menceriakan penonton setia Athisha kerana mereka mudah mengenali dirinya yang sebenar.

Jane Teoh 21
Ouh, she slayed the Miss Universe 2018 stage!
Sepanjang tahun ini, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah berdepan dengan ups & downs tersendiri. Sejak dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada awal 2018, Jane Teoh berdepan dengan pelbagai kritikan awal membabitkan kemenangannya.
Namun, Jane yang digelar sebagai ‘Jane the Silent Killer’ oleh peminat pertandingan ratu cantik bangkit daripada dilema buli siber dan membuatkan Malaysia bangga ketika pusingan preliminary Miss Universe 2018 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, pertengahan Disember lalu.

Amy Kwan Dict Weng, 23
Bersandarkan prestasi membanggakan semasa kempen Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia 2018, gimnas berirama Amy Kwan telah dinobatkan sebagai Olimpian Negara pada November lalu, bersama jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang.
Pada Sukan Komanwel, Amy cemerlang dengan pingat emas acara riben, perak acara berpasukan dan 2 pingat gangsa menerusi keseluruhan individu dan gelung.
Kali terakhir atlet gimrama memenangi anugerah ini adalah pada tahun 1997 menerusi Au Li Yen.

Mimi Lana 23
Bekas finalis Dewi Remaja 2014/2018 ini merupakan antara “drama princess” yang memenuhi slot tayangan drama Melayu sepanjang tahun ini seperti Dian dan Bukan Cinta Aku.
Mimi Lana bukan saja datang dengan pakej wajah yang cantik tetapi juga diperkuatkan dengan kebolehan lakonan bersahaja dalam apa jua karakter yang diberikan kepadanya.

Ally Mukhriz 23
Ally tidak mungkin dapat mengasingkan diri daripada ikatan famili dengan ayahnya yang merupakan seorang Menteri Besar Kedah dan datuknya, Tun Dr Mahathir Muhammad.
Namun, jika korang mengikuti kapsyen dan kehidupan Ally menerusi akaun media sosialnya, korang akan cepat menangkap kematangan yang ada pada pembawakan diri dan pemilihan tutur katanya.
Terbaru, si fesyenista ini telah menerima sijil peringkat Sarjana dalam bidang Pemasaran Strategik dari Imperial College London. Congrats girl!

Safawi Rasid, 21
Pemain sayap kanan kelab Johor (JDT) ini merupakan antara tongak utama yang membantu Malaysia untuk sampai ke tahap final Piala AFF Suzuki 2018, akhir Disember lalu. Ingat lagi kan jaringan freekick cantik Safawi semasa menentang Vietnam?
Berkat kecemerlangan Safawi di arena bola sepak negara dan antarabangsa, dia dianugerahkan dengan sandangan ‘Most Valuable Player’ November lalu semasa malam anugerah Bola Sepak Nasional.

Raja Atiqullah Azman 18
Siap sangka daripada sekadar memerhatikan set penggambaran dari warung kerjanya, Atiq Azman kini bergelar antara pelakon pelapis yang semakin popular.
Portfolio drama viral – Nur di TV3 pada bulan Ramadhan lalu menjadikan nama Atiq hangat disebut-sebut. Tambahan pula dengan latar belakangnya selaku bekas pelajar Maahad Tahfiz menjadikannya mudah diterima ramai walaupun masih baru.

Wani Kayrie 18
Wani Kayrie merupakan antara selebriti remaja yang fokus dengan misi hidupnya.
Setelah memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, bekas pelajar SMK (P) Sri Aman ini tidak menoleh ke belakang untuk meneruskan minat nyanyiaj apabila bergelar finalis akhir pertandingan Big Stage. Susulan itu, Wani terus menyertai pertandingan D’Academy Asia 4 yang baru melabuhkan tirai Sabtu lalu.
Walaupun tidak menang, ia adalah pengalaman yang cukup bermakna untuk dirinya yang baru berusia 18 tahun.
Ikmal Amry 24
Kacak, mudah melayan peminat dan digemari oleh para penerbit – satu resepi kejayaan untuk mana-mana pelakon yang baru ingin menempa nama.
Finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry memulakan tahun 2018 dengan baik apabila drama rantaian ‘kontroversi’ lakonannya iaitu Gantung The Series diterima ramai setelah ditayangkan di Indonesia dan Malaysia. Ikmal mengekalkan momentum selaku pelakon drama Melayu dengan projek seperti Mencintaimu Mr. Photographer, Tak Akan Sama dan terbaru, drama Aku Cinta Dia bersama Hannah Delisha.

Nasty Rock Crew
Yes they are going big!
Nasty Rock Crew yang telah berada dalam dunia seni tarian untuk beberapa tahun kebelakangan ini mendapat nafas segar pada tahun 2018 dengan penyertaan beberapa ahli baru untuk memantapkan koreografi mereka berlima.
Kumpulan yang menyertai pertandingan REMAJA Dance Off ini juga kekal relevan apabila sering dijemput melakukan persembahan tertutup dan membintangi klip video penyanyi tempatan seperti Ismail Izzani, Haqiem Rusli dan Shiha Zikir.

Zahirah Macwilson 23
2018 adalah tahun yang pasti tidak dapat dilupakan oleh insan bernama Zahirah Macwilson.
Bercakap mengenai soal perhubungan, karier, kontroversi, peminat dan apa definisi ‘Girl Power’ buatnya di dalam majalah REMAJA isu Julai-September 2018, Zahirah menepis kontroversi dan soal peribadi apabila bekerja. Seriousness is her key.
Ini terbukti setelah 2 buah drama lakonannya iaitu Tak Ada Cinta Sepertimu dan Jangan Benci Cintaku mencanak trending di laman sosial.

Daiyan Trisha 25
Bercakap mengenai karier lakonan, Daiyan Trisha juga merupakan antara nama yang meniti di bibir netizen pada tahun 2018.
Daiyan melakukan comeback pada awal tahun menerusi filem Busker bersama Hafeez Mikhail. Daiyan terus menambat hati peminat drama menerusi My Coffee Prince dan Sejuta Cinta Buat Adelia.
Penyanyi single Langit ini juga kekal sibuk apabila menjadi muse untuk koleksi Bridal Rico Rinaldi.

Nur Dhabitah Sabri 19
Atlet terjun negara yang mesra dengan panggilan Bitah ini kembali tersenarai sebagai 25 orang remaja menyerlah pilihan kami pada tahun 2018 berbekalkan kecemerlangan yang ditonjolkannya di arena sukan antarabangsa.
Remaja berusia 19 tahun ini merupakan antara srikandi negara yang mengharumkan negara sepanjang kempen Sukan Asia 2018 apabila dia memenangi 1 pingat perak dan 2 gangsa daripada acara perseorangan dan seirama.

Alif Muhaimin 24
Alif Muhaimin ini merupakan antara pemenang Hero Remaja yang pantas mencipta nama dan kredibiliti di dalam industri seni.
Bermula dengan drama Tak Ada Cinta Sepertimu bersama pelakon berbakat seperti Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson, Alif kemudian membintangi drama Rahsia Hati yang bakal ditayangkan di saluran RTM, Januari ini.
Wajahnya juga memenuhi layar utama stadium semasa kempen Piala AFF Suzuki 2018 baru-baru ini menerusi projek bersama Biore Men.

Yap Jian Wei 21
Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova bersama kumpulannya, PSG.LGD berjaya muncul sebagai naib juara pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.
Hasil kemenangan di pertandingan berprestij tersebut, kumpulan PSG.LGD yang dianggotai oleh lima ahli kumpulan menerima habuan sebanhak RM16, 676,810!
Haa, siapa kata main e-Sports tak menguntungkan?

Akhyar Rashid 19
Pemenang anugerah Penyerang Terbaik sempena Malam Bola Sepak Nasional, November lalu ini merupakan antara bintang bola sepak sensasi yang pernah Malaysia saksikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Hasil kemantapan skil Akhyar Rashid yang berketinggian 1.69 meter, dia kini menjadi rebutan dua buah iaitu Kedah dan JDT buat masa ini dan dikhabarkan bernilai RM12 Juta!
* * *
BACA: 25 Remaja Paling Menyerlah 2017
Tahniah semua. Lets make 2019 a successful year for everyone!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kim Pan Gon Ramal Arif Aiman Bakal Jadi Pemain Terbaik Asia – “Proud With Arif Aiman..”

Prestasi gemilang pemain muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman di atas padang memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Terbaru, jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon, meramalkan masa depan yang cerah Arif Aiman Hanapi. Menurut beliau, Arif Aiman memiliki potensi besar untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di Asia dalam beberapa tahun akan datang jika terus bekerja keras dan mengekalkan prestasi cemerlangnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Dapat Jolokan ‘Messi Malaysia’, Fakta Arif Aiman Hanapi Yang Ramai Tak Tahu
Kim Pan Gon turut menyatakan rasa bangganya terhadap perkembangan Arif Aiman dalam pasukan kebangsaan, terutama selepas menyaksikan prestasi mantap pemain muda ini dalam beberapa perlawanan terkini.
“Proud with Arif Aiman.. soon he will be a top player in Asia”, Kim Pan Gon on Arif Aiman. 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/3eIVOKeD0T
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 4, 2024
“Saya amat bangga dengan Arif Aiman,” kata Kim Pan Gon dalam satu sidang media baru-baru ini. “Dia memiliki bakat yang luar biasa dan mentaliti juang yang tinggi. Dengan bimbingan yang betul, saya yakin dia mampu bersaing di peringkat tertinggi.”
Menurut Kim Pan Gon, sikap profesional dan disiplin tinggi yang ditunjukkan Arif Aiman dalam latihan dan perlawanan adalah faktor utama yang membawa kepada perkembangan pesatnya sebagai seorang pemain.

Kim Pan Gon turut menasihatkan Arif Aiman agar sentiasa merendah diri dan fokus pada peningkatan prestasinya, sambil menambah bahawa cabaran sebenar adalah untuk mengekalkan konsistensi di peringkat tertinggi. Dengan umur yang masih muda, Arif Aiman diharapkan mampu menjadi bintang yang menyinar dalam bola sepak Asia dan mencipta sejarah untuk negara.
Dalam masa yang sama, Kim Pan Gon mengajak peminat bola sepak Malaysia untuk terus memberikan sokongan penuh kepada Arif Aiman dan pemain muda lain yang berbakat, yang dianggap sebagai aset berharga kepada masa depan bola sepak negara.
BACA LAGI : Pemain Tempatan Termahal, Nilai Arif Aiman Kini Mencecah RM2.82 Juta
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


