Saban tahun, ramai yang akan menantikan senarai 100 orang lelaki dan wanita yang mempunyai paras wajah paling kacak serta cantik dari seluruh dunia. Kebanyakan daripada mereka yang tersenarai tentulah tergolong daripada kalangan selebriti.
Untuk pengetahuan, pemilihan ini dilakukan oleh 3 orang pakar pembedahan plastik dari Los Angeles berdasarkan kepada beberapa faktor utama. 50 peratus daripada markah penuh diperoleh daripada ratio wajah seseorang, 30 peratus berdasarkan undian awam dan 20 peratus lagi datang dari ‘standard’ trend kecantikan pada tahun tersebut.
Senarai bagi wajah wanita tercantik pada 2020 didahului oleh seorang pelakon kelahiran Turki iaitu Hande Ercel.
Pada usia 27 tahun, Hande telah mengenepikan beberapa saingan sengitnya dalam senarai Top 10 seperti Deepika Padukone (2), Barbara Palvin (3) dan Yoona Lim (4).
Tumpuan REMAJA bagaimanapun terarah kepada senarai lelaki paling kacak untuk 2020!
Jika pada tahun lalu, pelakon filem Marvel ‘Thor’ iaitu Chris Hemsworth telah dipilih sebagai lelaki terkacak dunia, bagaimana pula dengan senarai pada tahun ini?
TB World nampaknya sebulat suara menobatkan pelakon kelahiran China iaitu Xiao Zhan untuk menduduki tangga pertama tahun 2020.
Untuk pengetahuan Xiao Zhan sememangnya mempunyai rupa paras yang disenangi ramai. Malah ini bukanlah kali pertama pelakon itu merebut tangga teratas. Pada November lalu, Xiao Zhan dipilih sebagai lelaki terkacak di rantau Asia Pasifik dan pada tahun lalu pula, dia diundi sebagai lelaki terkacak di Asia oleh TC Candler (yang merupakan syarikat induk untuk TCC Asia).
Menurut laporan media antarabangsa pula, Xiao Zhan disebut sebagai, “Seorang insan yang cantik luar, cantik dalam dan boleh memberikan inspirasi kepada ramai orang dengan aura positif. Senyumannya ialah di antara aset paling mahal. Malah dia juga seorang lelaki yang bekerja keras dan ramah.”
Jadi, siapakah 9 lagi lelaki lain yang memenuhi carta Top 10 keluaran TB World ini?
Senarai pada tahun ini juga dilihat rata-rata mengangkat lelaki kacak dari benua Asia sebagai pilihan mereka. Kebanyakannya juga terdiri daripada selebriti daripada negara Korea Selatan, Thailand, India, Filipina, China dan Jepun.
Ads
Ini termasuklah Win Metawin (78), Kang Daniel (75), Park Jimin (67), Park Hyungsik (64), Lee Donghae (62), Park Jinyoung (60), Sidharth Malhotra (57), Park Chanyeol (56), Kris Wu (55), Choi Minho (52), Vachirawit Chiva-aree (51), James Reid (45), Luhan (42), Hrithik Roshan (41), Baekhyun (39), Choi Siwon (32), Jackson Wang (31), Kai (26), Jungkook (18), Eunwoo (16), Suho (14) dan Mew Suppasit (11).
Malangnya, selebriti lelaki dari Malaysia tidak tersenarai pada tahun ini walaupun pelakon dan Hero Remaaj 2011/2012, Fattah Amin tersenarai dalam pencalonan awal.
Inilah pepatah yang sesuai digambarkan kepada juara baru Femina Miss India 2022, Sini Shetty. Seiring dengan kemenangannya itu, dia sekaligus memegang takhta Miss World India 2022 dan bakal mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa yang bakal diadakan penghujung tahun ini.
Dilahirkan di Mumbai, gadis berusia 22 tahun ini berasal dari Karnataka. Dia merupakan seorang gadis yang bersemangat tentang tarian dan mula berlatih seni tari pada usia empat tahun dan menamatkan Arangetramnya dalam tarian Bharatnatyam ketika berusia 14 tahun.
Dari segi pendidikan pula, Sini memulakan persekolahannya dari St. Dominic Savio Vidhyalaya di Ghatkopar, Mumbai. Selepas itu, dia meneruskan pengajiannya dan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan kewangan dari S.K Somaiya Degree College of Arts, Science and Commerce di Ghatkopar, Mumbai. Kini, dia sedang mengikuti kursus untuk bergelar Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA).
Sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk advokasi Femina Miss India 2022, gadis cantik ini mengumpul wang untuk kanak-kanak miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan kanser melalui Ketto India dan Yayasan Child Help.
Berpegang teguh pada kepercayaan, dedikasi dan kerja keras, Sini mengakui bahawa neneknya adalah orang yang banyak memberikan pengaruh positif di dalam kehidupannya. “Dia seorang yang mempunyai belas kasihan, nilai positif, intelek dan rasa hormat. Bimbingan dan ajarannya menjadikan saya seperti hari ini,” katanya.
Berjaya mengalahkan 30 peserta lain dalam majlis gilang gemilang itu, turut berada dalam lingkungan tiga terbaik bersama Sini adalah Rubal Shekhawat dari Rajasthan yang dinobatkan sebagai naib juara.Manakala Shinata Chauhan dari Uttar Pradesh dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Setakat ini, India pernah memenangi pertandingan Miss World sebanyak enam kali. Antara figura popular yang membawa kemenangan kepada negara ini adalah Aishwarya Rai dan Priyanka Chopra, masing-masing bermupakan Miss World bagi tahun 1994 dan 2000.
Kali terakhir India menggondol gelaran ini adalah pada tahun 2017 menerusi perwakilan Manuchi Chillar yang merupakan seorang doktor. Tahun lalu, wakil India menerusi Manasa Varanasi berjaya berada dalam kelompok top 13.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang ingin mengambil kesempatan untuk berdiet sepanjang bulan Ramadan kerana merasakan inilah masa yang sesuai untuk mengawal nafsu makan.
Namun begitu, sekiranya korang tidak tahu cara dan amalan diet yang betul, boleh jadi usaha itu akan jadi sia-sia saja nanti. Malah, takut pula badan bertambah naik dek kerana ‘shopping’ sakan di bazar Ramadan.
Apa yang menarik perhatian kami bila melihat perkongsian oleh Norafiza Mahmud yang disediakan sekali jadual diet sepanjang bulan Ramadan yang boleh korang ikut.
Setakat nak buang 5-10 kilogram tu apa ada hal. Hiks!
Jadual yang disediakan ini tidak mengandungi gula, garam, santau atau pun minyak yang tinggi. Sebaliknya, korang boleh rasa semua kandungan itu di dalam air asam atau gula yang terkandung dalam jus buah-buahan.
Kalau rasa nak pakai kebaya raya nanti, jom ikut jadual yang disediakan oleh Norafiza ini.
Dalam menu-menu tersebut, tidak ada juadah kuih langsung. Tapi korang boleh memilih satu atau dua jenis setiap kali berbuka dengan kuantiti dua ketul saja. Namun begitu, kalau korang dah pilih nak makan nasi, terpaksalah lupakan nak makan kuih tu.
Korang nak kurus kan? Kena tahan sikitlah guys!
Kenapa perlu 15 minit bersenam
Bukan hanya bersenam, terpulang pada korang sama ada nak kemas rumah atau buat apa-apa saja asalkan mampu mengeluarkan peluh. Cara ini dapat memenuhi keperluan lapan gelas sehari dalam tempoh berpuasa.
Cara memasak
Gunakan non-stick pan dan setengah sudu butter, sama ada untuk masak barang basah atau sayuran. Butter tu pun dah cukup bagi rasa sedap.
Kudap-kudap
Untuk kudapan pula, korang boleh makan buah epal hijau, badam, aprikot dan kurma.
Buah-buahan tersebut juga boleh dijadikan jus, tapi jangan ditambah pula dengan gula. NO!
Siapa cakap nak diet tak boleh makan sedap? Tapi, paling penting korang jaga portion dan ambil makanan yang sihat saja.
Ok guys? Selamat berdiet!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil daerah Papar, Carol Abbey Gail telah dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2023 baru-baru ini.
Graduan Ekonomi Kewangan dari Universiti Malaysia Sabah itu membuktikan bahawa ilmu pengetahuan juga merupakan salah satu faktor utama untuk membawa pulang gelaran Unduk Ngadau Kaamatan setelah berjaya mengenepikan 49 peserta lain di pusingan akhir.
Gadis berusia 24 tahun itu sekaligus dimahkotakan oleh pemenang edisi ke-61 pada tahun lalu, Frenerietta Sobitun.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada Calby Floresa dari daerah Kota Marudu manakala wakil Tambunan, Clerice Olvia pula berpuas hati di kedudukan ketiga.
Selain menerima mahkota, Carol juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000, trofi dan sejumlah hadiah iringan termasuklah biasiswa pendidikan daripada Universiti Kolej North Borneo.
Hadiah pemenang disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni. Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Julia Salag.
Menurut Carol sewaktu ditemui pemberita selepas kemenangannya, dia berhasrat untuk mempunyai kerjaya di mana dia boleh menabur jasa kepada komuniti dan negara. Pada waktu senggang pula, dia gemar memasak, mendaki dan bermain alat muzik tradisional seperti Kulintangan dan Gong.
Pada acara kemuncak sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun di Panampang itu, ia menyaksikan para peserta melalui beberapa peringkat pertandingan seperti pengenalan peserta dan soal jawab bersama juri yang dilantik.
Untuk pengetahuan, Unduk Ngadau Kaamatan 2023 menyaksikan peningkatan jumlah peserta di pusingan akhir iaitu sejumlah 50 peserta berbanding 44 orang pada edisi 2022. Bukan hanya peserta yang menetap di Sabah sahaja bertanding kali ini tetapi juga beberapa peserta dari Semenanjung Malaysia seperti negeri Perak, Melaka dan Johor.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!