Pada zaman di mana kos pengajian tinggi baik di institusi tempatan mahupun di luar negara semakin meningkat naik, mana-mana remaja tentunya mengidamkan peluang untuk memiliki tajaan biasiswa.
Salah satu peluang tajaan yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar saban tahun ialah Petronas. Ya, bukan mudah untuk mana-mana pelajar terpilih di bawah program tajaan Petronas memandangkan saingan sengit yang hadir dari seluruh Malaysia.
Begitupun dengan berita baik yang diumumkan sebentar tadi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datu Seri Ismail Sabri Yaakob, REMAJA pasti korang akan lebih bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai impian memiliki kontrak tajaan oleh Petronas.
Umum beliau pada majlis penyampaian anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2022 hari ini, Petronas akan menaikkan dua kategori elaun untuk 2,267 orang pelajar di bawah tajaan mereka secara serta merta.
Katanya, ini setelah mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi dan demi meringankan beban pengajian pelajar serta tanggungan ibu bapa.
Ads
Salah seorang penerima tajaan PESP yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini.
Kenaikan itu melibatkan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 bagi pelajar tajaan di Malaysia. Untuk pelajar tajaan di luar negara pula, tambahan sebanyak RM500 lagi akan diberikan.
Selain itu, elaun induksi atau Onboarding Allowance bagi 600 orang pelajar yang baru menerima Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2022 juga akan dinaikkan sebanyak RM500, menjadikannya kepada RM5,000 seorang.
Tambah Perdana Menteri, daripada jumlah 600 orang itu, hampir 80 peratus terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.
Untuk pengetahuan, PESP telahpun menaja lebih daripada 37,000 orang pelajar cemerlang dari Malaysia melibatkan nilai tajaan lebih RM3.5 biluon sejak ia diperkenalkan oleh Petronas. Bagi tajaan tahun 2022 sahaja, lebih RM340 juta disediakan kepada pelajar baharu di bawah program PESP; yang tertinggi pernah diberi sepanjang ia dilaksanakan.
Untung pelajar-pelajar tajaan Petronas, kan! Terus rasa nak dapatkan pencapaian cemerlang dan memohon tajaan mereka. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa lagi yang mahu menjunjung dan mempertahankan budaya kalau bukan golongan remaja sendiri. Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama sangat kaya dengan budaya.
Sehubungan itu, para pelajar Sekolah Komunikasi & Seni Kreatif, University of Wollongong (UOW), Glenmarie menganjurkan pameran dan persembahan istimewa Main Teri dalam mendalami tradisi dan budaya itu.
Menurut koordinator program yang juga penysarah, Lawrence Robert Abus, ketika ditemui Majalah REMAJA, beliau berkongsi bahawa program yang berlangsung sehari itu akan terbahagi kepada tiga segmen.
Segmen pertama menampilkan pameran mengenai Main Teri yang akan dilakukan dari perspektif penyelidikan etnografi oleh para pelajar subjek Pengenalan Kepada Sosiologi.
Manakala dalam segmen kedua pula, satu sesi bual bicara dan perkongsian tentang Main Teri oleh pelajar subjek Pengenalan Kepada Media Baharu. Dalam sesi ini, para peserta akan berpeluang untuk memahami mengenai Main Teri dengan lebih lanjut.
Akhir sekali, acara akan disudahi dengan persembahan Main Teri oleh pakar dalam seni tersebut, Pak Mat Gual Jedok atau nama sebenarnya Che Mohd Zailani Che Moh. Beliau terkenal sebagai Tok Teri yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Apa itu main teri?
Menurut laporan Berita Harian, Main Teri adalah rawatan penyakit dan bukan persembahan nyanyian tanpa tujuan. Terkenal di neger-negeri Pantai Timur, ritual ini sama seperti amalan perbomohan. Apa yang berbeza, ia hanya mengubat masalah kesihatan yang tidak mampu dilihat secara mata kasar.
Pameran Main Teri berlangsung pada 7 Mac 2024 di UOW dan persembahan khas oleh Pak Mat akan bermula jam 9 malam ke 11 malam. Majalah REMAJA memainkan peranan menyokong dan menjadi media rasmi penganjuran program ini.
KREDIT FOTO UTAMA: Poster (UOW), Gambar Pak Mat (FB Persatuan Pak Mat Jedok)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertahanan muda skuad kebangsaan, Richard Chin baru-baru ini membuat pendedahan besar apabila mengakui dirinya sudah memeluk Islam selepas melafazkan syahadah pada November tahun lalu. Perkara itu berlaku 10 bulan sebelum beliau menerima perkhabaran mengenai peluang menyarung jersi Harimau Malaya.
Menurut Richard atau nama sebenarnya Richard Li Hua Chin (23) berkata, keputusan itu hadir seiring dengan gerak hatinya yang merasakan Islam sebagai jalan yang benar. Dalam masa sama, beliau turut melihat Malaysia negara asalnya sebagai destinasi tepat untuk berbakti serta mendalami agama yang baru dianutinya.
Menerusi sebuah video temubual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain kelahiran England itu berkongsi pengalaman peribadinya.
“Saya melafazkan syahadah untuk menerima Islam pada November tahun lalu. Alhamdulillah, saya amat gembira untuk kini menjadi seorang Muslim,” katanya.
“Sudah pasti di sini saya dapat banyak sokongan daripada peminat sepanjang dua tahun lalu, ia memberikan saya motivasi yang besar untuk bermain buat negara ini. Memandangkan ini negara Muslim, ia menjadi lebih baik,” jelas Richard lagi.
Dalam pada itu, Richard kini menjadi perhatian selepas tampil buat pertama kali bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestin yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Isnin lalu.
Pertahanan sayap itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79, menggantikan Quentin Cheng. Kehadirannya membantu skuad negara mempertahankan kelebihan satu gol. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Joao Figueiredo pada minit ketiga permainan, sekaligus memastikan kemenangan Harimau Malaya kekal hingga ke wisel penamat.
Sementara itu, pendedahan peribadi Richard kali ini sekaligus membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya bersama Malaysia. Ia bukan sahaja tentang bola sepak, tetapi juga tentang identiti, kepercayaan dan hala tuju hidup beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan tekanan, perasaan gelisah seringkali menghantui banyak individu. Tak salah ada perasaan ini, tetapi ia harus dikawal dan di atasi segera. Takut-takut akan melarat dan kita jadi putus asa saterusnya menggugat keimanan.
Islam mempunyai cara yang cukup indah dan mudah untuk kita atasi perasaan bercelaru ini. Ingatlah bahawa, hati dan fikiran kita dipegang oleh Allah.
Justeru itu, kita berbalik lah kepada-NYA untuk meminta pertolongan sebagaimana berikut:
1.Banyakkan Bersabar
Saat hati resah, kita ambil pendekatan bersabar dan bersabar. Benar, kesabaran itu ada hadnya, namun percaya;ah akan hakikat, sabar itu indah. Kita sedang diuji Allah. Dengan bersabar, hati dan fikiran kita boleh kembali tenang dan mencari jalan penyelesaian.
Allah berfirman, وَالصَّابِرِينَفِيالْبَأْسَاءِوَالضَّرَّاءِوَحِينَالْبَأْسِۗأُولَٰئِكَالَّذِينَصَدَقُواۖوَأُولَٰئِكَهُمُالْمُتَّقُونَ “Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. [Al-Baqarah : 177]
2. Dirikanlah solat
Saat dilanda gelisah, segeralah dirikan solat-solat sunat juga. Minta lah bantuanNya dalam doa kita. Itu sahaja cara terbaik yang kita boleh lakukan.
اسْتَعِينُواْبِالصَّبْرِوَالصَّلاَةِ “Minta tolonglah kalian dengan sabar dan shalat” (QS.Al-Baqarah: 153)
3. Mohon pertolongan dengan doa
Doa adalah senjata orang mukmin. Gunakan senjata itu sehabis baik. Allah SWT pasti mendengar permohonan hambaNya menerusi doa.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda, أَقْرَبُمَايَكُونُالْعَبْدُمِنْرَبِّهِوَهُوَسَاجِدٌفَأَكْثِرُواالدُّعَاءَ “Keadaan paling dekat seorang hamba dari Rabbnya adalah ketika dia sujud. Maka perbanyaklah doa (saat sujud)” (HR. Muslim).
4. Sangka baik (husnuzon) pada Allah
Hati kena bersih dan bersangka baik dengan setiap ujian kiriman Allah. Husnuzon mampu mengalihkan kegelisahan kepada fikiran positif. Pada saat ini, kita akan ingat kembali bahawa setiap keputusan yang diberikan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Mungkin kita menginginkan sesuatu, tetapi hakikatnya, ia bakal memberikan keburukan kepada kita, maka Allah menjauhkan kita dari keinginan tersebut.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Watsilah bin Asqa’ r.a bahawa Nabi SAW bersabda, قَالَاللَّهُعَزَّوَجَلَّ : أَنَاعِنْدَظَنِّعَبْدِيبِي؛فَلْيَظُنَّبِيمَاشَاءَ Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku tergantung persangkaan hambaKu kepadaKu. Silahkan dia bersangka kepadaku dengan apa yang dia inginkan.”
5. Berwuduk
Bersegeralah ambil wuduk apabila hati dan fikiran berkecamuk dan marah. Wuduk akan membantu menenangkan hati dan pikiran yang gelisah.
Dari Athiyyah as-Sa’di r.aberkata, Rasulullah bersabda: عَنْجَدِّيعَطِيَّةَقَالَقَالَرَسُولُاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَإِنَّالْغَضَبَمِنْالشَّيْطَانِوَإِنَّالشَّيْطَانَخُلِقَمِنْالنَّارِوَإِنَّمَاتُطْفَأُالنَّارُبِالْمَاءِفَإِذَاغَضِبَأَحَدُكُمْفَلْيَتَوَضَّأْ Sesungguhnya amarah itu dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api akan padam dengan air. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya berwuduk. (Syaikh Bin Baz menilai hadis ini sanadnya jayyid)
6. Zikir
Kerap berzikir bermakna kita akan kerap ingat kepada Allah. Amalan ini sangat membantu hati dan fikiran menjadi lebih tenang.
Allah berfirman, فَاذْكُرُونِيأَذْكُرْكُمْ “Maka ingatlah pada-Ku, maka Aku akan mengingat kalian.” (QS. Al Baqarah: 152)
7. Membaca Al Quran
Jadikan al-Quran sebagai sahabat sejati dunia akhirat kita. Ingatlah bahawa, selain mendirikan solat dan berzikir, dengan membaca Al Quran, kalam Allah akan mampu menyejukkan hati kita yang sedang gelisah.
Allah berfirman, “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran) dengan perintah kami. sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (QS. Asy-Syura 26: 52)
8. Selalu bersyukur
Jangan berhenti memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana apa pun yang telah, sedang dan bakal terjadi semuanya adalah mengikut aturanNya.
Tidak ada manusia yang tidak alami masalah.
Kita sepatutnya selalu bersyukur kerana nikmat yang diberikan Allah jauh lebih banyak dibandingkan dengan kegelisahan yang kita rasakan.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, عَنْأَبِيْهُرَيْرَةَرَضِيَاللهُعَنْهُقَالَ: قَالَرَسُوْلُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَ : اُنْظُرُوْاإِلَىمَنْأَسْفَلَمِنْكُمْ،وَلاَتَنْظُرُوْاإِلَىمَنْفَوْقَكُمْ،فَهُوَأَجْدَرُأَنْلاَتَزْدَرُوْانِعْمَةَاللهِعَلَيْكُمْ. “Lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripada kalian, dan janganlah kalian melihat kepada orang-orang yang berada di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih patut bagi kalian, supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kalian.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!