Walaupun telah bergelar BEKAS Menteri Belia & Sukan, nampaknya golongan pelajar di Malaysia masih berasa Syed Saddiq lebih peka dengan nasib mereka.
Terbaru semalam, beliau memberikan respon balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada sebuah portal. Mendakwa menteri tersebut lebih pantas menjawab isu politik berbanding isu pendidikan semasa di Malaysia, Syed Saddiq menyenaraikan beberapa persoalan kepada Dr Noraini.
“Ubah jadual pelajar last minute, diam. Belanjawan 2021 tidak bantu mahasiswa, diam. Pelajar politeknik mengadu sesi akademik mereka ditangguh last minute, diam. Tapi isu UMNO-BERSATU, laju!” katanya menerusi akaun Twitter-nya.
Kenapa isu-isu mahasiswa tidak pernah diberi respons laju begini?
– Ubah jadual pelajar last minute, diam.
– Belanjawan 2021 tidak bantu mahasiswa, diam.
– Pelajar politeknik mengadu sesi akademik mereka ditangguh last minute, diam.
Persoalan tersebut nyata turut dirasai oleh para pelajar di Malaysia. Rata-rata meluahkan nasib mereka dari pelbagai peringkat pengajian. Ada yang masih di Tingkatan 6, ada yang terpaksa bayar yuran fasiliti kolej walaupun belajar dari rumah.
Ini merupakan di antara aduan nasib mereka menerusi muat naik Syed Saddiq ini.
*
“Yuran pengajian tak nak potong sikit ke sebab rasanya semester ini 100 peratu ODL (pengajian jarak jauh). Kemudahan universiti tak guna pun. ODL ini nak kena buat projek, semua kena keluar modal sendiri.”
*
Ads
“Jawapan yang tepat haruslah diberi segera ya. Mohon faham perasaan mahasiswa yang perlu bayar sewa rumah.”
*
“100 peratus ODL, TAPI kami masih wajib membayar penuh yuran universiti? Dan buku kami berharga sekitar RM25-RM30 tak termasuk kos penghantaran.”
*
“RM23-RM30 minimum, ada buku yang berharga ratusan Ringgit! Pelajar perubatan dan seni bina paling banyak berbelanja.”
“Saya harap mereka ini dengarlah keluahan pelajar Form 6. Dengan penganjakan peperiksaan, tanpa bantuan. Kami semua di bawah tekanan dari awal sampai akhir.”
*
“Saya pelajar tahun akhir dan akan buat Final Year Project. Tapi sesentengah daripada kami tak dapat balik ke universiti sebabkan PKPB dan pihak universiti tak mahu bagi surat kebenaran.”
Ads
*
“Pelajar politeknik yang sepatutnya grad pada 2021, dengan buat segala assignment secara online. Tapi pengajian mereka dilanjutkan lagi sehingga akhir 2022.”
*
“Tak apalah YB, kami dah pasrah. Plus yuran pengajian semester depan kami masih kena bayar penuh lagi.”
Sumber foto: Twitter Syed Saddiq.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, sektor pendidikan negara ada diberikan peruntukan oleh kerajaan. Bagaimanapun, kebanyakannya hanya menyentuh keperluan kampus universiti dan keperluan data oleh para pelajar semata.
Lantas, ramai yang mempertikaikan mengapa tiada bantuan disalurkan kepada pelajar dari segi kos pengajian mereka yang perlu ditanggung sendiri sepanjang musim pandemik.
Rasanya belum terlambat lagi untuk REMAJA ucapkan selamat pengantin baru kepada pengacara, Yaya Zahir dan jejaka pilihannya, Mohd Arizz yang selamat diijabkabulkan.
Mengenai konsep menarik yang mereka berdua tampilkan pada majlis resepsi mereka sebentar tadi, penulis reserve bahagian tersebut untuk kita semua perhatikan pada artikel seterusnya.
Mencari pekerjaan terutamanya bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian merupakan satu cabaran. Bergantung kepada individu, ada yang mampu melakukannya dengan baik dan tidak kurang pula berdepan dengan segala macam debaran.
Bagi kamu yang baru tamat belajar, inilah masanya untuk mula melangkah ke alam dewasa dan berdikari. Pada sesi temu duga, kesemua calon mempunyai peluang sama rata. Mungkin yang membezakan kamu dan orang lain ialah pencapaian akademik.
Tapi ketahuluilah bahawa apa yang terkandung di atas kertas sahaja tidak memadai. Kebanyakan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru mereka akan menilai setiap calon berdasarkan banyak faktor. Dan antara faktor yang paling utama ialah bagaimana kamu mengendalikan diri ketika berada di dalam keadaan tertekan.
Jadi apakah tip terbaik untuk kamu mengawal rasa gugup ketika berdepan dengan situasi begini? Jom ikuti tip terbaik yang boleh kamu gunakan ketika melalui proses temu duga kerja!
Selepas hampir setengah abad berkecimpung dalam industri hiburan, Demi Moore akhirnya meraih kemenangan pertamanya di Anugerah Golden Globes.
Perjalanan Karier Demi Moore
Demi Moore, yang memulakan kerjayanya pada awal tahun 1980-an, telah lama dikenali sebagai salah satu wajah yang paling berpengaruh dalam dunia filem Hollywood. Dengan pelbagai peranan ikonik dalam filem seperti Ghost, G.I. Jane, dan Indecent Proposal, Moore telah menunjukkan kepelbagaian bakatnya, daripada drama hingga aksi.
Moore atau Demi Gene Moore, 62, tidak menyangka mampu menundukkan pesaingnya, Amy Adams, Cynthia Erivo, Karla Sofia Gascon, Zendaya dan Mikey Madison menerusi filem The Substance.
Kemenangan di Golden Globes
Di Golden Globes tahun ini, Demi Moore membuktikan bakat dan kerja kerasnya diperakui apabila meraih anugerah pertama di Golden Globes bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik – Filem Komedi atau Muzikal, pagi ini.
Moore atau Demi Gene Moore, 62, tidak menyangka mampu menundukkan pesaingnya, Amy Adams, Cynthia Erivo, Karla Sofia Gascon, Zendaya dan Mikey Madison menerusi filem The Substance.
Pernah Diherdik
Bintang terkenal Amerika itu turut membuktikan kemampuannya sebagai pelakon selepas pernah diherdik seorang penerbit di awal penglibatan dalam industri seni.
“Saya tak menyangka dan masih terkejut. Sudah 45 tahun saya jadi pelakon tetapi ini kali pertama saya menang.
“Dengan rendah hati saya sangat teruja. 30 tahun lalu ada seorang penerbit cakap saya cuma aktres bertih jagung.
“Ketika itu, saya fikir tak patut digelar begitu. Saya boleh buat filem berjaya dan meraih banyak wang tetapi saya tak diiktiraf,” katanya semasa menerima trofi di Hotel The Beverly Hilton, Los Angeles.
Dalam ucapan kemenangannya, Moore menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada keluarganya, rakan-rakan dalam industri, dan para peminat yang telah menyokongnya sepanjang karier.
“Ini bukan hanya kemenangan bagi saya, tetapi bagi semua wanita di industri ini yang terus berjuang dan menunjukkan bahawa kita kuat, relevan, dan penting pada setiap usia,” kata Moore dengan penuh emosi.
Untuk info, sebelum ini Moore pernah tercalon untuk anugerah Golden Globe 1991 menerusi filem Ghost dan If The Walls Could Talk pada edisi 1997.