Siapa sangka anak Malaysia menjadi antara pelajar cemerlang di universiti luar negara dan mampu bersaing di antara kalangan pelajar serata dunia.
Muhamad Saiful Hakimi Daud yang merupakan seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
Anak muda yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, menerima anugerah Marshal Kehormat Kujureteraan College of Earth and Mineral Sciences dan merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut dengan skor penuh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0.
Kalau dalam negara sendiri k-6ita dapat 4 flat pun dah bangga habis, apa lagi kalau korang dapat keputusan cemerlang di luar negara kan? Confirm puas hati beb!
Ads
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan sememangnya kejayaan Saiful Hakimi ini dijadikan inspirasi buat remaja untuk berjaya.
Tahniah kami ucapkan kepada Saiful Hakimi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah nama seorang pelajar, tak lain tak bukan alat tulis tu memang memberi peranan penting dalam kehidupan seharian mereka.
Selain menulis nota di kelas, pen juga dijadikan sebagai alat tulis paling utama ketika di dalam dewan peperiksaan. Dah jadi kebiasaan kalau nak masuk exam kita bawa dua atau tiga batang pen.
Sebab apa? Sebab mana la tahu tiba-tiba pen habis dakwat atau tak boleh guna, tak ada la nak menyusahkan penjaga exam dan kawan sebelah yang nak kena bagi pinjam pen lain.
Tu boleh consider lagi, tapi kalau dakwat pen yang korang dah jawab pada kertas peperiksaan tu hilang, macam mana pula? Mesti cuak kan?
Ini diceritakan sendiri oleh seorang guru yang berkongsi kisah pelajarnya mengadu kertas peperiksaannya menjadi kosong gara-gara menggunakan sebatang pen berjenama terkemuka ini.
Jom kita ikuti perkongsian daripada Syafiq Aizat ini.
Ceritanya…. Aku pulangkan kertas student aku Form 1… Tiba-tiba budak datang mengadu kenapa kertas dia jadi kosong….. Mujurlah aku sempat tanda…. Memang kosong-sekosongnya… yang ada bekas tulisan yang tenggalam tu ja…..
Pen jenama Pilot.. Model Frixion…Pen ni memang jenis boleh padam dengan pemadam khas yang ada dekat atas pen dan mungkin dakwat pen ni tidak kalis panas sebab kertas budak aku ni aku ada simpan dalam kereta kejap masa otw balik dari kedah ke KL lepas habis cuti raya…
Bayangkan kalau student guna pen ni masa SPM/pt3… Dah pasti kertas akan dihantar ke negeri lain secara rawak.. Entah kena panas ke kena salji ke mana kita tahu…Haha..
Jadi, sama-sama ingatkan sangat bahaya kalau guna untuk exam… Mohon pihak empunya produk buat R&D semula untuk atasi masalah ini… Yang bab boleh padam tu dah bagus, cuma dakwat hilang sebab cuaca tu tak patut.. Senang nau hilang smpai tak ada sisa langsung ..
Serious la memang kosong terus kertas tu jadinya. So gaiss, lepas ni kalau nak pilih pen tu hati-hati okay? Jangan ada yang menangis pula bila tengok result exam nanti. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berlumba-lumba syarikat penerbangan membuat promosi harga tiket ‘gila-gila’ semenjak virus COVID-19 ni.Terbaru syarikat penerbangan terkemuka, Malaysia Airlines membuat tawaran tiket murah untuk ke Sabah dan Sarawak.
Jika korang mahu melawat Sabah dan Sarawak, inilah masa paling sesuai!
Syarikat penerbangan MAS difahamkan sedang mengadakan promosi tambang murah bagi penerbangan – penerbangan ke destinasi yang ada di Sabah dan Sarawak.
Promosi ini hanya untuk Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, tiket hanya dijual pada RM86.20 dan difahamkan ianya ‘laku keras’ dan tidak banyak tempat duduk yang tinggal.
Tapi tak salah mencuba, mungkin nasib korang baik. Tapi kena rajin sikit la cari tarikh lain pula. Tapi, cakap awal – awal, harga berkenaan hanya untuk bagasi atas kabin 7kg tanpa check-in, tiada refund dan tarikh tidak boleh diubah.
So, jom la kita ke Sabah dan Serawak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara hendak mendapatkan bantuan bantuan Pakej Pelan Data dan Peranti serta bantuan RM50 kepada pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.
Prihatin dengan semua pihak yang terjejas akibat wabak COVID-19 terutamanya pelajar IPT yang terpaksa menjalani norma baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ataupun online. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, bantuan ini disediakan bagi memenuhi keperluan kaedah PdP dalam norma baharu yang memberi penekanan pada aspek pengkomputeran awam atau cloud computing sebagai alternatif kepada proses PdP tradisional.
Bantuan RM50
Pelajar-pelajar baharu Universiti Awam IPT yang menerima tawaran kemasukan bagi sesi September 2020/2021 Program Ijazah Sarjana Muda lepasan SPM/Setaraf melalui UPU Online layak mohon dan menerima bantuan RM50.
Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan atau Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UA masing-masing untuk kemas kini dokumen dan maklumat seperti:
salinan kad pengenalan
nombor akaun bank dan nama bank
salinan penyata/buku bank
nombor telefon/emel
Bantuan akan disalurkan ke akaun bank mulai pertengahan November hingga 31 Disember 2020.
Bantuan Pakej Pelan Data B40 UA
Bantuan ini diberikan dalam bentuk kad sim kepada pelajar dalam kategori B40 berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan pihak pengurusan UA masing-masing.
Namun ada beberapa UA yang memberikan bantuan dalam bentuk tunai melalui akaun pelajar. Pelajar boleh menghubungi terus pihak HEP untuk pertanyaan lanjut.
Bantuan Peranti – Komputer Riba
Bantuan ini diberikan kepada pelajar B40 bersasar yang akan dibuat oleh pihak HEP. Mana-mana pelajar yang layak akan dihubungi pihak UA masing-masing.
Bantuan yang akan diterima ialah komputer riba, pemberian wang tunai, pinjaman peranti sepanjang pengajian dan bantuan pinjaman kewangan istimewa untuk pelajar memiliki komputer riba.
Bantuan akan diberi secara berperingkat bermula November 2020 dan akan dihubungi oleh pihak UA.
Pakej Pelan Data dan Peranti Istimewa
Semua pelajar IPT layak memohon pakej ini termasuklah UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti. Pembelian boleh dibuat terus dengan pembekal perkhidmatan seperti yang ditawarkan oleh rakan strategik iaitu Celcom, Digi, Telekom Malaysia (Unifi Mobile), Maxis, Acer, Samsung (dengan syarat) dan Apple Online Store.
Banyaknya bantuan untuk pelajar IPT ni, so korang yang terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan-bantuan ini.
SUMBER : Facebook Kementerian Pengajian Tinggi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!