Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia dilaporkan hilang pada 28 Oktober lalu dan telah ditemui sehari selepas kehilangannya berhampiran Daerah Alian, Kaohsiung di Taiwan. Mangsa merupakan pelajar tahun tiga di Universiti Christian Chang Jung di Tainan dan berumur 24 tahun.

Ekoran daripada kejadian itu, Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen dan Perdana Menteri Taiwan Su Tseng-Chang menzahirkan permohanan maaf bagi pihak kerajaan kepada keluarga mangsa. Permohonan maaf itu dimaklumkan oleh jurucakap Pejabat Presiden Taiwan, Xavier Chang.

Jelasnya, insiden tersebut mencemarkan imej Taiwan sebagai negara yang selamat dan berjanji tidak akan berulang lagi. Perdana Menteri mereka pula berjanji bahawa agensi berkaitan akan membantu keluarga mangsa.

Pelajar Malaysia Mati Dibunuh, Presiden & Perdana Menteri Taiwan Mohon Maaf
Gambar hiasan

Kenyataan media Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei juga turut dimuat naik di laman Facebook Taiwan in Malaysia.

IKLAN

KENYATAAN MEDIA PEJABAT EKONOMI DAN KEBUDAYAAN TAIPEI

1. Kes bunuh pelajar warganegara Malaysia, Irene Chung, yang belajar di sebuah universiti di Tainan telah mengejutkan seluruh masyarakat Taiwan. Kerajaan Taiwan amat mengambil berat terhadap kes tersebut dan Presiden Tsai Ing-wen juga telah menyampaikan kedukacitaan kepada ahli keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia. Beliau menjanjikan tinjauan yang menyeluruh untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan mengulang. Beliau juga menyeru unit-unit kerajaan yang berkenaan untuk memberi bantuan sepenuhnya kepada keluarga mangsa dalam semua urusan yang menyusul.

2. Pihak Pejabat amat dukacita dan menyesal terhadap kejadian tersebut. Kami memahami perasaan kehilangan orang yang tersayang oleh keluarga mangsa dan telah mengucapkan takziah secara bersemuka. Pihak Pejabat telah membantu keluarga Chung dalam urusan melawat ke Taiwan dengan secepat mungkin dan akan terus menghulurkan bantuan yang diperlukan.

IKLAN

3. Kami juga memahami perasaan masyarakat Malaysia terhadap kes jenayah tersebut, terutamanya perasaan ahli-ahli keluarga Chung. Hubungan antara rakyat Malaysia dan Taiwan adalah rapat dan mendalam bagai aur dengan tebing. Maka kami berharap bahawa semua rakyat Malaysia dan Taiwan akan saling membantu dan menyokong untuk mengharungi peristiwa sedih ini.

Pelajar Malaysia Mati Dibunuh, Presiden & Perdana Menteri Taiwan Mohon Maaf
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen (Foto: Astro Awani)

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa yang berusia 24 tahun berjalan stesen kereta api berhampiran universiti terbabit pada pukul 8 malam (waktu tempatan) sebelum dilaporkan hilang.

IKLAN

Difahamkan, ibu bapa pelajar terbabit telah pun berlepas ke Taiwan bagi urusan pengebumian mendiang.

Takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa.

Sumber: Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI