Pelajar Kongsi Gambar Seram Muncul Dalam Makmal Komputer, Nampak “Real” Sangat Muka Misteri Tu…

Share

Semalam seorang pengguna twitter atas nama Moonie@ munieyrah_midie memuat naik  dua keping gambar yang nampak agak menyeramkan.  Niat asal menghantar gambar kerana ingin memaklumkan kepada gurunya ada sebuah komputer yang terpasang dan masa yang sama pintu makmal komputer ini berkunci.

Kerana ingin memberikan bukti, dia menangkap gambar komputer yang terpasang itu sekitar jam 9.30 malam, masih awal lagikan kata orang. Selepas dia menghantar gambar tersebut, ramai kawan-kawannya mula kecoh kerana kata mereka dalam gambar tersebut kelihatan makhluk halus yang agak menyeramkan seolah tepat sedang memandang ke arahnya (lihat gambar dalam bulatan). Dalam gambar itu jelas nampak wajah menyeramkan itu seolah-olah berdiri di belakang tiang (tiang berdekatan itu adalah refleks cermin) makmal komputer tersebut.

Pergh, memang seramlah sangatkan.Kalau korang dekatkan gambar tu, memang nampak sangat muka wanita dengan rambut kusut masai, pucat keputihan dengan wajah sangat mengerikan. Sapa yang berani bolehlah zoom ya, kalau tak korang tak digalakkan berbuat demikian.

Tweetnya itu telah mendapat lebih 7000 perkongsian malah seorang individu berkata, penampakan wajah seram ini bukan kali pertama dilihat di Politeknik (tak dinyatakan Politeknik mana) tetapi bezanya kata pelajar itu, dia sendiri akan cabut 4X100 meter (padu lariannyakan) tetapi bezanya Moonie berjaya menangkap gambar tersebut.

Apa yang pasti, Allah menciptakan langit ini tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi. Jika manusia dijadikan dari tanah, malaikat dijadikan dari cahaya manakala makhluk halus ini dijadikan dari api. Semuanya adalah makhluk Allah tetapi berbeza-beza.

Baca tweetnya seperti dikongsikannya.

IKLAN