Ujian hidup manusia berbeza-beza. Ada diberi kesenangan hingga tidak tahu hendak ke dapur langsung kerana ada bibik masakkan. Ada pula yang hanya tahu meminta pada mak ayah untuk membeli barang apa diminatinya walau tahu mak ayah kurang berada.
Ada pula terpaksa bekerja mencari wang kerana ketidakmampuan keluarga. Satu perkongsian dari Cikgu Fadli Salleh mengenai kisah seorang pelajar tingkatan lima yang perlu bekerja sebagai pencuci pejabat menggantikan tempat emaknya yang dalam iddah selepas ayahnya meninggal dunia cukup meruntun hati.
Semoga pelajar pintar ini sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam pelajarannya untuk mengubah nasib keluarga di masa depan.
Baca perkongsian Cikgu Fadli.
Aku mendapat berita, ada seorang pelajar tingkatan 5 bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga.
Terkejut aku mendengar kes ini tiga hari lepas. Lebih mengejutkan, pelajar itu merupakan pelajar harapan sekolah. Murid bijak dan pandai.
Terus aku pergi ziarah ke rumah pelajar tersebut keesokan harinya. Aku nak tahu apa cerita sebenar. Kenapa sampai pelajar ini kena kerja? Di mana ayah? Di mana ibu?
Sebaik sampai, aku dijemput masuk. Kelihatan seorang wanita duduk dilantai dikelilingi 3 orang anak perempuannya. Maka cerita pun dibuka…
Ayah baru meninggal
Keluarga ini baru sahaja kematian ayah mereka yang tercinta minggu lepas. Sebelum ini ayahnya kerja sebagai driver teksi. Boleh la untuk menyara keluarga, bayar sewa rumah dan sebagainya.
Suaminya ada macam-macam penyakit. Dan sejak tahun lepas penyakitnya makin teruk. Kesihatan makin merosot. Tidak boleh bawa teksi macam biasa. Dan akhirnya teksi pun kena tarik akibat tak mampu bayar sewa bulanan.
Terlantar ayah di rumah sementara ibu pula menggalas tugas mencari rezeki untuk keluarga. Dia bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur.
Dan hari Rabu minggu lepas, si ayah dijemput Tuhan ke negeri abadi. Dalam keadaan masih berkabung, si ibu yang masih dalam iddah, majikan memberi kata dua.
Ads
Jika lama tak datang kerja, dia terpaksa buang si ibu.
Tawar diri ganti tempat mak
Termenunglah si ibu. Dia masih dalam iddah. Suami pula baru meninggal. Kejutan dan sedih masih belum hilang, kini satu-satunya sumber kewangan keluarga pula terancam.
Melihat ibunya buntu, anak sulung ini menawarkan diri,
"Tak apa mak. Sementara mak dalam tempoh iddah, sementara mak belum cukup kuat, biar kakak ganti mak kerja cleaner tu.
Kakak akan pergi setiap hari sama macam mak kerja. Kakak akan kerja ganti mak dulu agar mak tidak dibuang kerja".
Aku sangat terkesan mendengar kisah ini. Pelajar harapan yang sepatutnya belajar terpaksa menggantikan ibunya bekerja sebagai cleaner setelah kematian bapa.
Ads
Sebesar itu sudah menggalas tanggungjawab yang sangat besar dan berat. Tanpa bertangguh, aku hubungi pegawai Lembaga Zakat Selangor bercerita tentang kes ini. Semua maklumat seperti nombor telefon, alamat dan ic mereka aku hantar pada pegawai zakat.
Lembaga Zakat turun bantu
Esoknya juga pegawai zakat datang ke rumah mereka. Tolong isikan borang semua untuk mereka dapatkan hak yang sepatutnya mereka dapat.
Bantuan sewa rumah akan diberi, bantuan pakaian sekolah juga akan diberi setahun sekali dan mungkin ada bantuan pendidikan juga untuk anak-anak yatim ini.
Alhamdulillah. Lega sungguh aku bila semuanya selesai. Kawan-kawan…
Kita rasa kita cukup susah dan tersepit. Kita sering mengeluh tentang sukarnya sebuah kehidupan.
Namun diluar sana, ada anak yatim tingkatan lima keluar bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga.
Ads
Menggalas tanggungjawab orang dewasa sebelum usia.
Tenang sahaja aku lihat keluarga ini. Anak-anak semua bertudung labuh. Wajah mereka bersih dan senyum sentiasa terukir seolahnya tiada apa masalah pun.
Jika kita masih punya suami/isteri, syukurlah.
Jika kita masih punya kerja, syukurlah.
Jika masih ada makanan di dapur, masih ada baki wang di bank walau tidak sebanyak mana, terus bersyukur.
Gandakan usaha, kurangkan mengeluh. Kerana diluar sana ramai sangat orang jauh lebih besar ujian mereka.
Aku nak bantu semua orang, tak mampu. Tenaga aku terhad. Masa aku terhad. Dana aku terhad.
Sama-sama kita bantu orang sekeliling kita. Pakat bertanya khabar, sering peduli dengan orang sekitar.
Begitulah. Jika ada antara kalian ingin mengirim sumbangan melalui kami, ini maklumat ya.
Nombor akaun : 564221646925 Bank : Maybank Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 23 hingga 25 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih meninggalkan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Malah, salah seorang daripada tiga guru yang maut ialah Cikgu Kanokwan Sripong menjadi tular kerana pengorbanannya sehingga ke akhir nyawa.
Cikgu Kanokwan Sripong
Difahamkan, ibu guru berkenaan tersebut cuba menghubunginya namun tidak mendapat jawapan. Lebih memilukan, guru muda itu baru sahaja menghadiri majlis graduasinya pada 26 September lalu.
Pasukan penyelamat yang menemui mayatnya dan melaporkan bahawa dia ditemui sedang memeluk seorang muridnya.
“Dia adalah salah seorang guru kehilangan nyawa mereka dalam kebakaran bas di Thailand yang turut membawa pelajar tadika pulang dari lawatan. Bersamanya, dua lagi guru dan 22 kanak-kanak maut dalam kemalangan itu.
“Sehingga nafas terakhirnya, dia melindungi murid. Menggunakan badannya sebagai perisai. Jasad Cikgu Kanokwan ditemukan didapati memegang seorang kanak-kanak dalam pelukannya.
“Jika anak-anak anda dikurniakan seorang guru yang benar-benar mengambil berat terhadap mereka seperti anak mereka sendiri, anda bertuah.
“Tenanglah, Cikgu Kanokwan, guru-guru dan anak-anak kecil yang terkorban,” titip sebuah page di Facebook.
Menurut pesuruhjaya sains forensik Trairong Phiwpan, seramai 25 mangsa yang maut telah telah dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Punca Dari Tayar Meletup
Memetik laporan KhaoSod, bas yang membawa 44 ahli rombongan sekolah temasuk pelajar usia tiga hingga sembilan tahun dan guru Sekolah Wat Khao Phra Ya Sangkharam, wilayah Uthai Thani dikatakan dalam perjalanan dari Ayutthaya Historical Park dan menuju ke pusat pembelajaran Pejabat Penjanaan Elektrik Phra Ram 6 di daerah Bang Kruay Nonthaburi.
bas terbakar
Namun apabila tiba di pinggir bandar Nonthaburi di utara Bangkok, tayar bas berkenaan pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas dan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan.
Kemalangan yang berlaku mencetuskan api pada tangki bahan bakar kenderaan yang menggunakan gas mampat itu.
Rakaman video kebakaran yang menunjukkan api menyambar bas ketika ia terbakar di bawah jejantas dan asap hitam pekat berkepul-kepul beredar di laman sosial meruntun hati warganet.
PEMANDU SERAH DIRI
Memetik laporan Thaiger, tindakan pemandu berkenaan, Saman Chanphut, 48, yang sempat menyelamatkan lapan murid sebelum melarikan diri selepas cuba memadamkan kebakaran menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Laporan kes positif Covid-19 baharu di Malaysia pada hari ini cukup membimbangkan.
Sebanyak 1,228 kes telah dicatatkan lalu menjadikan laporan hari ini sebagai jumlah kes baharu tertinggi sejak Covid-19 merebak di Malaysia.
Seperti yang dijangka, laporan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham semasa sidang media dilakukan petang tadi telah membuatkan rakyat mulai panik di media sosial.
Kes yang dicatatkan di Selangor.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
24 Okt 2020
Kes sembuh=671
Jumlah kes sembuh=16,555 kes
Kes baharu positif=1,228
(kes import=11, kes tempatan=1217)
Jumlah positif=25,742 kes
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=221 kes
Kes dirawat di ICU=92 kes
Bantuan Alat Pernafasan=31 kes pic.twitter.com/wPAOKQexUo
Kewujudan kluster-kluster baru di Sabah pada hemat kami adalah pada tahap membimbangkan. Daripada total 1228 kes baharu tersebut, 889 daripada kes tersebut direkodkan hanya di Sabah. Sebanyak 91 kes positif ditempatkan dalam unit rawatan rapi (ICU) dan 31 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita juga dimaklumkan apabila tujuh kematian direkodkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 221.
*
Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang situasi semasa ini.
Nampaknya kita tidak sesekali boleh menarik nafas lega apabila jumlah kes baharu sudah mencecah empat angka. Kita semua diminta untuk senantiasa jaga diri dan patuhi SOP. Jika tak ada urusan yang penting di luar, duduk di rumah je guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Indonesia, lagu berjudul Lathi telahpun tular sejak awal Mei lalu hingga mencatatkan 43 juta tontonan di YouTube.
Lathi yang dicipta oleh trio Reza Arap, Eka Gustiwana dan Gerald Liu (menggelar diri mereka sebagai Gustiwana) berjaya menarik perhatian ramai pendengar kerana gabungan irama moden dan tradisional.
Malah kombinasi lirik berbahasa Inggeris dan Jawa Kuno dalam lagu tersebut juga digemari ramai.
Jadi, siapa sebenarnya penyanyi di sebalik single Lathi ini? Jom kenali Sara Fajira dengan lebih dekat lagi.
01
Sara Fajira berasal dari Surabaya dan merupakan seorang penyanyi serta rapper.
02
Pada usia 25 tahun, gadis cantik ini mempunyai kacukan darah Yemen, Poland dan Indonesia (Batak)
03
Sebelum tular dengan single Lathi ini, Sara terlebih dahulu dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan nyanyian Just Duet di saluran NET TV pada tahun 2016.
04
Sebelum itu, Sara juga pernah menyertai pertandingan nyanyian Idola Cilik. Mirip pertandingan Idola Kecil di Malaysia.
05
Selain Lathi, Sara juga pernah mengeluarkan single berjudul You Know bersama DJ Kenny Gabriel. Malah Sara juga pernah muncul dengan single duet bersama Eka Gustiwana dan Prince Husein menerusi lagu Tersimpan Di Hati pada tahun lalu.
Cer dengarkan kedua-dua buah lagu di bawah.
06
Pada tahun 2018, Sara berjaya menempa kejayaan menerusi kategori Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik.
07
Menerusi populariti #LathiChallenge di Malaysia, ramai pantas mencari video klip lagu tersebut di YouTube. Jelas, ramai yang tertarik dengan perubahan imej Sara daripada gaun putih ke gaun hitam dengan solekan menakutkan.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.