
Satu lagi kes COVID-19 terbaru yang berlaku di Damansara, IKEA telah memaklumkan bahawa pada 6 November 2020, salah seorang pekerja sambilan di IKEA Damansara disyaki positif COVID-19. Individu terbabit kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa yang menunggu untuk melakukan ujian swab.

Menurut laporan, pekerja sambilan itu terakhir sekali datang kerja pada 30 Oktober 2020. Sebagai langkah pencegahan yang proaktif, IKEA Damansara bertindak untuk menutup premis mereka bermula 7 November 2020 untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian, sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti adalah menjadi keutamaan IKEA. Pihak mereka akan terus melakukan tugas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai. Langkah-langkah yang dibuat termasuklah memastikan pelanggan mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis, penjarakan sosial dan menyemak suhu badan pelanggan di semua pintu masuk.

Orang ramai juga sekali lagi dinasihati agar mengikut SOP yang diberikan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.
Sama-samalah kita berdoa agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan segera.
Sumber: IKEA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Weh Comel…”, Netizen Teruja Bila Hijabi Malaysia ‘Blind Date’ Dengan Oppa Korea

‘Blind date’, apa yang berlegar difikiran korang tentang perkataan tersebut?
Desperate, kaedah yang dah lapuk dan lama, terlalu konservatif, cara lama untuk cari pasangan, dan berbagai-bagai jenis tanggapan yang bermain di minda mengenai blind date ni. Malah kebanyakan tanggapan tersebut menjerumus ke arah negatif! Tapi ia ternyata salah, siapa cakap ‘blind date’ ni kaedah cari pasangan yang dah lama dan tidak sesuai untuk diguna pakai pada masa kini?’

Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan, Syasya, 22, berpeluang untuk ‘blind date’ dengan jejaka korea yang bernama Yoo Dong Kyun.
Sebenarnya, ‘blind date’ tersebut telah dirancang oleh Youtuber terkenal, Blimey. Meskipun detik pertemuan mereka di sebuah kafe seakan-akan janggal, tetapi kedua-duanya semakin serasi apabila meluangkan masa bermain permainan video dan mendengar lagu kesukaan mereka bersama. Malah sepanjang sesi tersebut, kadar denyutan nadi Dong Kyun menandakan bahawa dia cukup selesa serta gembira tatkala bercakap bersama Syasya.
a malaysian girl and a korean guy went on a blind date!!!! the way he immediately asked if she was more comfortable speaking in korean or english and he was genuinely curious about malaysian culture and islam! pic.twitter.com/DoZhcc1FFP
— uwu (@nurumairahz) June 7, 2020
Yang membuatkan warganet teruja adalah sikap Dong Kyun yang berbudi bahasa (gentleman) terhadap Syasya. Dong Kyun sempat bertanyakan kepada Syasya bahasa komunikasi yang dia selesa. Sekali-sekali, mereka akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, Dong Kyun yang berusia 24 tahun juga turut bertanyakan mengenai negara Malaysia dan juga agama Islam memandangkan Syasya yang tampil dengan imej berhijab.
Rata-rata warganet juga selesa dan suka melihat penjelasan Syasya kepada Dong Kyun mengenai Islam dan mengapa wanita perlu memakai hijab. Kedua-dua mereka juga kelihatan menjaga batas masing-masing.
love the fact he just politely asked if shes comfortable to speak in eng or korea with him. A typical insensitive person will ask whats your(or ur parents) race instead.its uncomfortable during first date to ask that.
— พายุจะหยุด
Sementara itu, tinjauan kami di ruang komen Youtuber tersebut mendapati bahawa rata-rata daripada mereka yang menonton memberikan komen yang positif.

.
Comelnya dorang berdua, harap berjodohan la!
Sumber : Blimey
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Sehingga Meninggal Dunia, Ini Kronologinya!

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dua beradik kritikal selepas termakan keropok beracun. Namun salah seorang daripada mangsa, dilaporkan meninggal dunia pagi ini sekitar jam 8.40 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Gara-gara Cendawan, 9 Sekeluarga Nyaris Maut. Kenali 5 Jenis Cendawan Liar Beracun
Mangsa, Muhammad Akil Syauqi disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi oleh pihak media. Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.
Berikut kronologi dikongsikan ahli keluarga mangsa:
- Muhammad Akil dan Muhammad Luth mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kawasan kebun terletak 50 meter dari rumah.
2. Nenek mangsa, Saadiah Yaacob, 62 berkata, beliau kemudian ternampak kedua-dua anak kecil itu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik ibu mereka sambil membawa dua bungkus keropok.

3. Saadiah bagaimanapun keluar dan pergi ke kebun getah berhampiran meninggalkan dua beradik itu bersama ibu mereka.
4. Nenek itu kemudian ternampak ambulans masuk ke kawasan rumah dan jirannya memberitahu dua cucunya dibawa ke klinik kerana muntah dan mulut berbuih.
“Cucu saya balik sambil bawa keropok di tangan dalam keadaan riang. Masa tu saya nampak mereka tak makan lagi sebab sampai rumah baru mereka buka. Mereka terus ke dalam bilik ibu mereka. Saya diberitahu, selepas makan, tiba-tiba kedua-dua mereka menggelupur sambil muntah dan mulut berbuih.” – Nenek
5. Datuk, Muhammad Nazar tidak menyangka perkara itu berlaku kerana kedua-dua cucunya memang rapat dengannya dan sering mengikutnya mencari lembu.
6. Dalam kejadian itu, beliau sudah menyuruh dua cucunya itu pulang ke rumah dan tidak menyangka mereka mengambil bungkusan makanan ringan itu bersama.

7. Muhammad Nazar berkata racun yang terdapat dalam makanan ringan itu berkemungkinan bukan racun tikus sebaliknya lebih kuat.
8. Sedih dengan kejadian yang menimpa dua cucunya itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang agar hal berkenaan tidak terjadi kepada orang lain.
9. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kejadian itu.
10. Katanya keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.
11. Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas ibu mereka yang berusia 25 tahun menyedari kedua-dua anaknya yang berusia dua dan tiga tahun mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.
12. Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ibu mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim untuk rawatan.
13. Namun hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.
14. Pada jam 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
15. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
5 INFO RACUN TIKUS

Racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama yang berdaftar.
Berikut lima fakta berkaitan racun berbahaya ini:
a)Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal
b)Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif.
c)Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide.
d)Tanda-tanda keracunan racun tikus antikoagulan seperti terasa mual atau muntah dan ceret beret.
e)Jika berlaku keracunan rawatan awal yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mangsa minuman susu atau air bertujuan meneutralkan asid dalam perut, ikhtiarkan muntah dan segera bawa mangsa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA
Sumber: Sinar Harian 1 , 2 (Roshila Murni Rosli), Buletin TV3, Pusat Racun Negara
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
DIY Hand Sanitizer Dengan Hanya 3 Bahan. Terbukti Bunuh Hampir 99.9% Kuman Dalam Masa 60 Saat!

Penularan wabak Covid-19 ke seluruh dunia termasuk Malaysia sememangnya telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan orang ramai.

Keadaan ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan diri dari dijangkiti wabak yang mampu membawa maut ini. Antara langkah yang diambil oleh masyarakat termasuklah dengan kerap mencuci tangan menggunakan cecair pembersih tangan ataupun lebih dikenali sebagai hand sanitizer.
Situasi ini secara tidak langsung telah menyebabkan penjualan bagi barang tersebut meningkat malah stok bagi hand sanitizer juga sering dilihat licin sama ada di farmasi mahupun kedai-kedai runcit.
Baru-baru ini, Ketua Perubatan Osmosis dan bekas Pegawai Perkhidmatan Risikan Epidemik bahagian penyakit virus di CDC, Dr Rishi Desai mengatakan kaedah penyediaan hand sanitizer di bawah dapat membantu membunuh hampir 99.9% kuman dalam tempoh 60 saat.
Sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah sahaja dengan hanya tiga bahan.

- ¾ cawan – Isopropil atau alkohol sapuan
- ¼ cawan – Aloe vera atau gel lidah buaya, untuk membantu mengekalkan kelembutan tangan dan menangani kekerasan alkohol
- 10 titik – Jus lemon (kaedah asal adalah menggunakan essential oil seperti minyak pati lavender atau tea tree, tetapi memandangkan EO boleh mendatangkan kesan jika tersalah guna, maka disarankan untuk menggunakan jus lemon)
Bahan dah tersedia, ini cara membuatnya.
Cara Membuat :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
2. Gaul kesemua bahan dengan sudu. Kemudian pukul bahan dengan whisk untuk menukarkan bahan kepada tekstur gel.
3. Tuangkan bahan campuran ke dalam botol kosong yang mudah untuk digunakan, labelkan sebagai hand sanitizer.

Berkesan dan boleh ke membunuh kuman?
Pakar memberitahu hand sanitizer berasaskan alkohol yang memenuhi syarat keperluan tahap alkohol boleh membunuh sejumlah mikrob pada tangan. Ia juga membantu memusnahkan agen penyebab jangkitan atau patogen pada tangan, termasuklah wabak COVID-19, SARS-CoV-2.
Pihak CDC juga memberitahu bahawa hand sanitizer tidak dapat menyingkirkan bahan kimia berpotensi mendatangkan bahaya. Ia juga tidak berkesan membunuh kuman seperti Norovirus, Cryptosporidium (yang menyebabkan cryptosporidiosis) dan Clostridium difficile (dikenali sebagai C. diff).
So sebagai masyarakat yang bijak, korang mungkin boleh mengambil pendekatan lain dengan membuat sendiri hand sanitizer di rumah.
Sumber : healthline.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

