
Kedai serbaneka kegemaran ramai, FamilyMart telah pun memaklumkan di laman Facebook rasmi mereka bahawa salah satu pembekal utama kedai tersebut telah disahkan positif COVID-19. Oleh yang demikian, bekalan makanan siap dimakan (ready-to-eat) tidak dapat dijual selama tujuh hari. Ia melibatkan makanan seperti bento, onigiri, sandwic dan produk bakeri.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak pembekal juga dengan serta merta telah melakukan proses sanitasi dan secara sukarela menguarantinkan semua kakitangan mereka.
Walau bagaimanapun, kedai FamilyMart dijelaskan masih lagi beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Demi keselamatan bersama, pihak mereka berharap agar pelanggan dapat memahami situasi dan bersabar dengan kekosongan rak bekalan makanan ready-to-eat yang tidak akan dijual selama seminggu.

So, lepas ni kalau korang ke FamilyMart jangan pula tertanya-tanya kenapa rak kosong dan makanan ready-to-eat tidak dijual seperti biasa.
Sama-sama kita doakan agar kakitangan mereka cepat sembuh dan tiada penularan wabak yang berlaku.
Sumber: Facebook FamilyMart Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenazah Selamat Dikebumikan, Tiada Ahli Keluarga & 5 Anak Arwah Dikuarantin Dijangkiti Covid-19

Malam tadi, jenazah mangsa COVID-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bharu. Difahamkan tiada ahli keluarga arwah yang mampu mendekati kerana prosedur pengkebumian sangat ketat dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelak penularan wabak COVID-19 ini.




Dalam pada itu, seorang pengguna twitter Aimanzulkarnayn@AimanZkrn dalam tweetnya memaklumkan, arwah adalah abang saudaranya iaitu Muhammad Yusof bin Haron.
Dirinya memaklumkan arwah mempunyai enam orang anak, 5 orang anak arwah masih ditahan di wad sebab terkena jangkitan Covid-19. Turut terkena jangkitan ialah isterinya yang turut dijangkiti.

Dalam ucapannya juga, Aiman turut mengucapkan Al-Fatihah, Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk mereka. Amin, tulisnya dalam ciapannya tengah malam tadi.
Dalam pada itu pengguna twitter lain turut mengucapkan salam takziah di atas pemergian arwah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.



Malah ada juga yang mengatakan amat sedih kerana di saat akhir tidak dapat mengucup jenazah seperti dilakukan oleh kebanyakan orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lamine Yamal Buat ‘Homework’ Di Euro 2024, Bintang Bola Sepak Sepanyol Usia 16 Tahun

Lamine Yamal, nama yang semakin dikenali dalam dunia bola sepak. Pada usia yang masih muda, Lamine telah menunjukkan bakat yang luar biasa dan menjanjikan masa depan yang cerah dalam sukan ini.
ARTIKEL BERKAITAN : GORDON RAMSAY Gagal Kejar Impian Jadi Pemain Bola Sepak Tapi Berjaya Jadi Chef Jutawan!
Pada usia 16 tahun, di mana kebanyakan remaja hanya fokus pada sekolah dan aktiviti kokurikulum, Yamal telah berjaya cemerlang dalam kedua-dua bidang akademik dan bola sepak.
Keupayaan untuk mengimbangi kedua-dua ini memerlukan disiplin dan pengurusan masa yang luar biasa. Walaupun menghadapi tekanan dan tuntutan sukan profesional, Yamal tetap komited kepada pendidikannya.
Kisahnya menekankan betapa pentingnya pendidikan walaupun untuk mereka yang berada di landasan menuju kejayaan dalam sukan.
Dedikasi Yamal terhadap pelajarannya mengingatkan kita bahawa pencapaian akademik dan kejayaan atletik tidak semestinya saling eksklusif. Ia juga menunjukkan sistem sokongan yang disediakan oleh keluarganya, jurulatih, dan sekolah, memastikan dia mempunyai sumber yang diperlukan untuk berjaya dalam kedua-dua bidang.

Keupayaan Yamal untuk menguruskan kedua-dua tanggungjawab ini bukan sahaja menjadi contoh positif untuk atlet muda tetapi juga menunjukkan bahawa mengejar kerjaya sukan profesional boleh berjalan seiring dengan aspirasi akademik. Pencapaiannya di padang, bersama dengan komitmennya terhadap pendidikan, menjadikannya model teladan untuk pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi dan juga pelajar.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai bintang bola sepak Sepanyol berusia 16 tahun ini.
1. Darah Campuran Ghana Dan Sepanyol
Lamine Yamal dilahirkan pada 13 Julai 2008 di Barcelona, Sepanyol. Dia mempunyai darah campuran kerana ayahnya berasal dari Ghana dan ibunya adalah orang Sepanyol. Latar belakang keluarga yang pelbagai ini memberikan Lamine kelebihan dalam memahami dan menghayati budaya yang berbeza.
2. Pemain Muda di Akademi La Masia
Lamine Yamal memulakan karier bola sepaknya di akademi terkenal FC Barcelona, La Masia, yang telah melahirkan ramai bintang bola sepak terkemuka seperti Lionel Messi, Xavi, dan Andres Iniesta. Dia telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sejak kecil dan terus mencuri perhatian pelatih serta pencari bakat.
3. Sering Dibandingkan Dengan Lionel Messi
Lamine terkenal dengan kemahiran teknikal yang luar biasa, kelajuan, dan ketangkasan di atas padang. Dia sering bermain sebagai penyerang sayap, menggunakan kelajuannya untuk mengatasi pertahanan lawan. Gaya permainannya sering dibandingkan dengan Lionel Messi kerana kebolehannya mengawal bola dengan baik dan membuat hantaran yang tepat.
4. Kejayaan Antarabangsa
Pada usia yang muda, Lamine telah mewakili Sepanyol dalam beberapa kejohanan antarabangsa peringkat remaja. Dia telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan, membantu pasukannya mencapai kemenangan dan memperoleh pengiktirafan sebagai salah satu pemain muda terbaik di peringkat antarabangsa.
5. Perhatian Media dan Pengiktirafan
Kejayaan Lamine tidak terlepas daripada perhatian media. Banyak media sukan di Sepanyol dan seluruh dunia telah menulis mengenai bakat luar biasa yang dimilikinya. Dia sering muncul dalam berita sukan sebagai salah satu prospek paling cerah dalam bola sepak.
6. Idola dan Inspirasi
Seperti ramai pemain muda, Lamine mempunyai idola yang menjadi sumber inspirasi baginya. Lionel Messi adalah salah satu pemain yang sangat dikaguminya. Selain Messi, dia juga terinspirasi oleh gaya permainan Neymar dan Ronaldinho.
7. Cabaran dan Harapan Masa Depan
Walaupun masih muda, Lamine Yamal sedar akan cabaran besar yang menantinya dalam dunia bola sepak profesional. Namun, dengan bakat dan dedikasi yang dimilikinya, ramai yang yakin bahawa dia akan terus mencapai kejayaan dan mungkin suatu hari nanti menjadi salah satu bintang besar dalam bola sepak.
8. Sokongan Keluarga
Dukungan daripada keluarga memainkan peranan penting dalam perkembangan karier Lamine. Ibu bapanya sentiasa memberikan sokongan moral dan memastikan dia mempunyai persekitaran yang positif untuk berkembang sebagai pemain dan individu.
Dengan potensi yang dimilikinya, tidak mustahil untuk kita melihat Lamine menjadi salah satu pemain bola sepak terkemuka di dunia dalam masa terdekat.
BACA LAGI: GORDON RAMSAY Gagal Kejar Impian Jadi Pemain Bola Sepak Tapi Berjaya Jadi Chef Jutawan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rehatlah! Allah Lebih Sayangkan Dirimu, 2 Remaja Bijak Meninggal Akibat Kanser

Jika pelajar lain menikmati alam persekolahan dengan seribu cerita, berlainan dengan ujian diberi Allah buat dua hambanya, Iskandar Izani dan Ainun Masturah keduanya berusia 16 tahun. Dalam tempoh dua hari, kedua remaja ini dijemput Illahi akibat kanser.
Iskandar pelajar cemerlang yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Alor Akar dan tinggal di Asrama Semai Bakti Kuantan di bawah Felda disahkan meninggal pagi tadi akibat kanser otak yang didiagnos April lalu.
Manakala Ainun Masturah dari Balok Fajar, Kuantan pula didiagnos kanser tulang sejak 2016 menemui Illahi Jumaat lalu pada 12 Julai lalu, jam enam petang dan jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu di kampung halamannya sekaligus meninggalkan segera derita yang dialami selama ini.


Dalam catatan perkongsian dari Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser, Wan Shahriza turut berkongsi momen sedih ini di atas pemergian pelajar bijak ini. Malah katanya lagi segala sumbangan orang ramai bagi membantu membeli mesin untuk arwah Ainun sudah dikembalikan oleh keluarganya untuk kegunaan mereka yang derita kanser.
Namun catatan rakan-rakan arwah Iskandar yang sudah pun menyiapkan hadiah untuk arwah agar cepat sembuh dan kembali sihat nyata tidak kesampaian apabila arwah Iskandar terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya sekaligus mengundang kesedihan yang bukan sedikit buat rakan-rakannya.


Ternyata, kanser yang amat ditakuti ini sudah meragut sekian banyak nyawa dan semoga roh mereka yang sudah menemui sang pencipta diletakkan bersama di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Bacalah juga catatan peribadi Wan Shahriza di fb PERSONA untuk tatapan kita bersama.
Inalillahiwainailahirojiun.
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Ainun Masturah, telah selamat pulang ke rahmatullah sekitar jam 6 petang tadi, tidak sampai dua jam setelah dibawa pulang dari hospital.
Malam semalam, dia sempat berbisik pada ibunya,
“Ainun minta maaf, ibu. Cakap dgn abah, Ainun minta maaf.. Ainun dah tak larat..”
Saya sendiri tadi, selepas diberitahu oleh ibu Ainun, Normala, yang mereka akan membawa Ainun pulang dari hospital, sempat terlelap di atas sofa depan kaca TV.


Dan bermimpikan Ainun.. Dalam.mimpi beberapa.minit itu, dia tidak memakaipun tiub oksigen seperti di hospital. Dia sedang duduk dan sedang mencari2 sesuatu di antara barang2 dari hospital yang berselerak di hadapannya.
“Eh, Ainun tak payah pakai tiub oksigen pun.”. Komen saya. Teringat yg Ainun sebelum ni akan tercungap2 tanpa bantuan oksigen.
“Aah tak payah. Cuma mesin oksigen kena standby jugak..”. Kata ibunya.
Sesungguhnya memang berhari2 kami cuba mencarikan mesin oksigen yg sesuai untuk Ainun kerana hospital tidak mengizinkan discaj tanpa mesin oksigen yg berfungsi baik. Hanya pagi tadi, ibunya memberitahu saya, yg Ainun sudah boleh menggunakan mesin oksigen yg kami beli tanpa menyebabkan bacaan oksigen menurun, seperti sebelum ini.
Itulah wajah Ainun yang terakhir yang saya lihat. Dalam.mimpi yg masih baharu. Seolah olah dia datang memohon permisi.
Sewaktu menziarahinya tadi, saya tidak membuka kain yg menutupi wajahnya. Takut saya tewas mengawal perasaan.
Al Fatihah Ainun Masturah. Semoga tenang dan damai selalu dalam istirahat yg abadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

