Foto: Reuters

Sejak situasi pandemik COVID-19 melanda dunia, ramai pekerja yang berurusan melalui panggilan video ekoran daripada perintah WFH yang telah diarahkan oleh kebanyakan syarikat. Apabila melakukan kerja dari rumah, maka banyaklah terjadi insiden-insiden yang tidak disengajakan.

Ada yang kantoi berseluar pendek, anak menangis di belakang dan macam-macam ragam lagi yang biasanya kita lihat.

BACA: Wartawan Luar Negara Curi Perhatian Muncul Secara Live Di Televisyen Tanpa Pakai Seluar

Seperti yang berlaku di luar negara, ketika Hakim Roy Ferguson membuka prosiding secara maya Mahkamah Daerah Kehakiman ke-396 di Texas pada aplikasi Zoom tidak menyangka bahawa beliau akan bertemu dua orang peguam dan ‘anak kucing’.

Peguam Hadir Prosiding Mahkamah Guna Zoom, Sebaliknya Keluar Filter Kucing
Sumber: Youtube

‘Anak kucing’ yang dimaksudkannya itu adalah seorang peguam daerah, Rod Ponton yang telah ditutupi oleh filter Zoom yang menggunakan gambar kucing.

IKLAN

BACA: Wartawan Filipina Berusaha Kawal Reaksi Muka Bila Kucingnya Bergaduh Ketika Live Di Kaca TV

Hakim tersebut turut menegur bahawa Ponton mungkin telah menghidupkan filter dalam tetapan video.

Ponton menjelaskan pembantunya sedang berusaha memperbaiki tetapan Zoom berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa dirinya ada disini secara langsung dan bukannya kucing.

IKLAN

Peguam Hadir Prosiding Mahkamah Guna Zoom, Sebaliknya Keluar Filter Kucing

Video tersebut menjadi viral di media sosial, Hakim Roy Ferguson memuat naik ciapan di Twitter, IMPORTANT ZOOM TIP: If a child used your computer, before you join a virtual hearing check the Zoom Video Options to be sure filters are off. This kitten just made a formal announcement on a case in the 394th (sound on).

IKLAN

Menurut Reuters, Ponton menjelaskan bahawa dia tidak pasti bagaimana filter itu muncul.

“Saya masuk ke komputer setiausaha saya untuk hadir pada perbicaraan ini melalui Zoom, dan ketika semua orang sudah sedia, hakim memanggil kes itu dan wajah semua orang seharusnya muncul di Zoom. Wajah semua orang muncul kecuali saya. Wajah saya adalah kucing,” jelasnya.

Macam-macam perkara lucu yang berlaku. Sebaiknya sebelum korang menghadiri sebarang mesyuarat atau urusan yang dibuat melalui panggilan video, harapnya check terlebih dahulu sebelum memulakan video ya. Hiks!

Sumber: Reuters, Twitter

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI