
Ketika ini Sukan Asia ke-19 sedang berlangsung di China menyaksikan kontinjen Malaysia setakat ini berjaya mengutip 13 pingat dan berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhan.
Terbaru, Muhammad Sharul Aimy telah membanggakan kontinjen negara apabila dia berjaya memperoleh pingat gangsa dalam sukan gimnastik artistik kategori melombol.

Kejayaannya ini sekaligus menamatkan kemarau pasukan gimnastik yang kali terakhir memperoleh pingat pada edisi Sukan Asia ke-15 tahun 2006 menerusi Ng Shu Wai yang ketika itu memenangi pingat perak dalam acara yang sama.
BACA JUGA: Pelajar Kolej Poly-Tech Bangi Harumkan Nama Negara. Tahniah!

Bertempat di Huanglong Sports Centre Gymnasium, Sharul Aimy yang bertarung dengan lapan lagi peserta lain melakukan lompatan baik di percubaan kedua sekaligus mengumpul 14.466 mata untuk berada di kedudukan ketiga.
Podium sah menjadi milik atlet berusia 22 tahun itu apabila atlet terakhir Ng Ka Ki dari Hong Kong gagal memintasnya. Wataru Tanigawa dari Jepun mengutip 15.016 mata keseluruhan selaku juara, manakala atlet Iran Mahdi Olfati meraih perak dengan catatan 14.783.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar SK Kampong Melayu Kluang Dinobatkan Sebagai Penerima Anugerah Pingat Hang Tuah 2022

Keberaniannya memberikan inspirasi…
Biarpun usianya baru sahaja berusia lapan tahun, namun keberanian dan tindakan pantas Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas harus dipuji.
Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu Kluang, Johor itu dianugerahkan Pingat Hang Tuah oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabtu lalu.

Anugerah Pingat Hang Tuah telah diadakan sejak tahun 1960 lagi bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong sebaik sahaja dia menyedari rumahnya terbakar.
ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Teruja Hadiri Konvokesyen, Hawa Rizwana Tamat Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78. Berhasrat Sambung PhD

Jiran-jiran yang kemudiannya menyedari insiden tersebut berjaya mengeluarkan mereka dari rumah. Ketika ditemui pihak media, Danish berkongsi mengenai apa yang terjadi.
Ujarnya, “Tak tahu nak buat apa-apa (ketika kejadian) tetapi pergi ke belakang (rumah) minta tolong orang dan jiran tolong.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga Pelajar Kolej Vokasional Keningau Raih Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa, Cipta Penyental Kaki Dari Sisa Jagung

Pernah tak anda sangka sisa jagung yang selalu kita makan itu boleh dijadikan produk kecantikan? Itulah idea kreatif yang dicetuskan oleh sekumpulan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah baru-baru ini apabila mereka menghasilkan produk yang diberi nama Co-Scrubber yang berfungsi sebagai penyental kaki unik yang diperbuat daripada tongkol jagung.
Tiga pelajar jurusan Kosmetologi KV Keningau iaitu Rosbianahlin Rosli, Zetty Sherlin, dan Farisyah Sahipin berkata mereka menyedari bahawa tongkol jagung yang biasanya dibuang selepas bijinya diambil, masih boleh digunakan.
Mereka menjalankan eksperimen sehingga akhirnya berjaya menghasilkan penyental kaki mesra alam yang lembut tetapi berkesan untuk membuang sel kulit mati dan melembutkan kapalan. Selain kepedulian terhadap alam sekitar dan semangat inovasi, tiga gadis hebat ini juga berjaya membuktikan bahawa kreativiti boleh mengubah bahan terbuang menjadi sesuatu yang bernilai.

Tidak seperti batu apung yang boleh menyebabkan kulit mengelupas secara berlebihan atau berisiko menyebabkan jangkitan, produk Co-Scrubber menawarkan alternatif yang lebih selamat dan semula jadi.
Dalam pada itu, idea hebat ini bukan sahaja menarik perhatian rakan-rakan di sekolah, malah ia turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Anugerah Perak dalam International Creative & Innovative Idea Competition (ICIIC) pada Februari 2025 dan mereka juga mendapat tempat kedua dalam pertandingan kitar semula di Taman Bandukan Music Festival pada November 2024.

Pencapaian ini juga membuktikan bahawa inovasi hijau dan perusahaan sosial semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat global dan kalau anda nak tahu, walaupun Co-Scrubber ini kecil sahaja tapi ia mampu memberi impak yang besar kepada beberapa hal seperti berikut:
- Mengurangkan Sisa Organik: Daripada menjadi sampah, tongkol jagung kini diberi ‘nafas baru’ sebagai produk yang lebih berfaedah.
- Membantu Ekonomi: Para petani tempatan boleh menjual tongkol jagung yang biasanya tidak bernilai, sekaligus menambah pendapatan.
- Menyokong Social Entrepreneurship: Menurut Rosbianahlin, Zetty, dan Farisyah, mereka berhasrat untuk menjadikan Co-Scrubber sebagai perusahaan sosial dengan bimbingan para guru di KV Keningau.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, turut meluahkan rasa berbangga dengan pencapaian ini dan menekankan bahawa projek ini adalah bukti bahawa pelajar kolej vokasional juga mampu mencipta dan memberi perubahan besar kepada masyarakat.
Wah! Nampaknya dunia pada masa kini semua orang mampu mencipta pelbagai inovasi dan ia tidak terhad untuk saintis dan jurutera kan! Melalui idea kreatif dan semangat yang tinggi, anda juga boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan siapa tahu mungkin selepas ini, giliran korang pula!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet Malaysia Yang Layakkan Diri SEBULAN Sebelum Pembukaan Sukan Olimpik

Menjelang 30 hari sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, semakin ramai atlet negara yang telah berjaya melayakkan diri untuk berentap di temasya sukan terbesar dunia itu.
Sekitar April lalu, penulis pernah menyenaraikan beberapa atlet daripada lima acara sukan yang telah menempah slot masing-masing. 70 hari kemudian yakni pada hari ini, jelas lebih ramai atlet Malaysia yang bakal ‘terbang’ ke Tokyo bagi menyahut cabaran Olimpik mereka.
Terbaru, seramai 23 orang atlet telah mengesahkan tempat manakala beberapa lagi masih menunggu pengesahan daripada persatuan sukan antarabangsa bagi kategori sukan masing-masing. Biarpun begitu, tempoh kelayakan semakin menghampiri tarikh tamat. Harapnya, mereka sempat untuk diserap masuk ke dalam skuad Team Malaysia.
Ya, Sukan Olimpik kali ini sememangnya berbeza tanpa kehadiran penonton antarabangsa. Hanya warganegara Jepun dan masyarakat asing yang kini menetap di Jepun saja yang bakal memenuhi ruang duduk stadium. Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah bagi menjaga keselamatan semua pihak tatkala wabak COVID-19 masih berleluasa termasuklah di Tokyo, Jepun.
Justeru, senarai atlet di bawah haruslah membawa semangat dan persediaan 110 peratus sekiranya mereka ingin menempah kejayaan. Jom lihat siapakah gerangan atlet berkenaan:
MEMANAH
Khairul Anuar Mohamad
BERBASIKAL TREK
Mohd Azizulhasni Awang & Muhammad Shah Firdaus Sahrom

ARTIKEL BERKAITAN : Digelakkan Dua Pelajar PhD Akibat Lemah Penguasaan Bahasa Inggeris, Ini Cerita Azizulhasni Awang – REMAJA
TERJUN
Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Pandelela Rinong, Leong Mun Yee & Cheong Jun Hoong

ARTIKEL BERKAITAN : Pandelela Rinong Raih Pingat Emas Di Kejohanan Piala Dunia FINA 2021 – REMAJA
BACA LAGI : Rela Jaga Kesihatan Daripada Teruskan Sukan Olimpik 2020, Dhabitah Sabri Tak Kecewa – REMAJA
GIMNASTIK ARTISTIK
Farah Ann Abdul Hadi & Jeremiah Loo Phay Xing

PELAYARAN
Khairulnizam Mohd Afendy, Nur Shazrin Mohd Latif, Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali.

BADMINTON
Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) & Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

ARTIKEL BERKAITAN : “Lagi Nervous Tengok Daripada Main..” Lee Chong Wei Gembira Kejayaan Lee Zii Jia – REMAJA

.
GOLF
Gavin Kyle Green & Kelly Tan

.
RENANG
Welson Sim & Phee Jinq En

.
OLAHRAGA (Lompat Tinggi)
Lee Hup Wei & Nauraj Singh Randhawa

*
All the best kepada kesemua atlet berikut!
Seperti yang dinasihatkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria baru-baru ini, kekalkan fokus kalian pada minggu-minggu terakhir persiapan dari segi fizikal dan mental sebelum mereka ke Tokyo.
ARTIKEL BERKAITAN : Laurel Hubbard, Wanita Transgender Pertama Dibenarkan Sertai Sukan Olimpik – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


