Baru-baru ini, penantian selama 18 tahun akhirnya berakhir apabila gandingan jaguh beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah berjaya menghadiahkan pingat kejuaraan buat Malaysia selepas menjuarai acara beregu wanita pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2026. Kejayaan itu sekaligus mengembalikan kegemilangan Malaysia dalam acara berkenaan di pentas kejohanan berprestij dunia.

Difahamkan, kejayaan yang diperoleh pasangan beregu itu diraih selepas mereka menewaskan wakil Jepun, Hinata Suzuki dan Nao Yamakita, menerusi kemenangan straight games 21-18, 21-11 pada aksi final yang berlangsung di SJF Bank Arena, Odense, Denmark. Perlawanan tersebut mengambil masa 36 minit, dengan Pearly-Thinaah mempamerkan aksi bertenaga untuk memastikan gelaran kejuaraan menjadi milik negara.

Meskipun berdepan tentangan sengit daripada pasangan Jepun, khususnya pada set pertama, Pearly-Thinaah berjaya mengekalkan ketenangan dan mengawal rentak permainan. Kematangan serta keserasian kedua-dua pemain itu menjadi antara faktor penting yang membantu mereka menamatkan perlawanan dengan kemenangan meyakinkan.

#GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Tamatkan Kemarau 18 Tahun, Raih Juara Terbuka Denmark 2026 #GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Tamatkan Kemarau 18 Tahun, Raih Juara Terbuka Denmark 2026

Ads

Kejayaan tersebut cukup bermakna apabila Pearly-Thinaah menjadi gandingan beregu wanita Malaysia pertama yang menjuarai Terbuka Denmark sejak kejayaan Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty pada 2008. Selepas 18 tahun, trofi berprestij itu akhirnya kembali ke tangan Malaysia, sekaligus mencipta satu lagi detik membanggakan buat arena badminton negara.

Lebih menarik lagi, kemenangan di Denmark turut menyaksikan pasangan ranking kelima dunia itu meraih gelaran kedua mereka bagi musim 2026. Sebelum ini, Pearly-Thinaah turut menjuarai Masters Indonesia pada Januari lalu, membuktikan kemampuan mereka untuk terus bersaing dan mencabar kejuaraan dalam kejohanan bertaraf antarabangsa.

Perjalanan mereka menuju ke podium tertinggi juga bukanlah mudah apabila terpaksa bekerja keras untuk menewaskan wakil India, Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand, pada peringkat suku akhir. Mereka kemudiannya meneruskan kemaraan dengan menundukkan pasangan China, Bao Li Jing dan Cao Zi Han, 21-16, 21-14 dalam aksi separuh akhir sebelum mengesahkan tempat ke final.

Ads

#GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Tamatkan Kemarau 18 Tahun, Raih Juara Terbuka Denmark 2026 #GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Tamatkan Kemarau 18 Tahun, Raih Juara Terbuka Denmark 2026

Sementara itu, Pearly-Thinaah membawa pulang trofi kejohanan serta hadiah wang tunai berjumlah AS$70,300 (kira-kira RM287,000), manakala pasangan naib juara menerima AS$33,250 (kira-kira RM136,000). Namun, lebih daripada ganjaran kewangan, kemenangan tersebut menjadi bukti bahawa usaha berterusan, disiplin dan semangat juang mampu membuahkan hasil di pentas tertinggi.

Ads

BACA: #GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Akhiri Penantian 10 Tahun! Raih Emas Beregu Wanita Di Sukan SEA 2025

Dalam pada itu, kejayaan Pearly-Thinaah menamatkan kemarau 18 tahun itu bukan sekadar menambah koleksi kejuaraan peribadi, malah menyuntik inspirasi kepada generasi muda yang bercita-cita mengharumkan nama Malaysia dalam sukan badminton. Pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, selain mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara gandingan beregu wanita terbaik negara.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads