Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur di pentas final Terbuka Jepun apabila tewas kepada regu utama dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo baru-baru ini.
Perlawanan akhir kejohanan berstatus Super 750 itu menyaksikan Pearly-Thinaah gagal menyaingi kehebatan pasangan China tersebut dalam dua set terus, dengan keputusan 15-21 dan 14-21 dalam masa 45 minit permainan.
Ads
Kredit foto: Shuttlehard
Selain itu, persembahan pasangan ranking ketiga dunia itu kelihatan tidak konsisten sejak set pertama lagi, apabila corak permainan mereka tampak teragak-agak dan gagal memecah dominasi Sheng Shu-Tan Ning.
Walaupun cuba bangkit pada set kedua dengan strategi lebih agresif, namun pengalaman serta ketenangan pihak lawan ternyata menjadi pemisah, sekaligus menafikan impian Pearly-Thinaah untuk menjulang gelaran kedua musim ini.
Biarpun kecewa dengan keputusan tersebut, Pearly-Thinaah masih mampu berbangga dengan pencapaian mereka yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$33,250 (RM141,182) sebagai naib juara kejohanan pada kali ini.
Ads
Kredit foto: Badminton Association of Malaysia – BAM
Sementara itu, kemenangan penuh bergaya menyebelahi Sheng Shu-Tan Ning yang membawa pulang ganjaran utama bernilai AS$70,300 (RM298,500), sekaligus memperkukuh rekod kemenangan mereka ke atas Pearly-Thinaah kepada sembilan daripada 12 pertemuan.
Ads
Sekadar info, pencapaian ini juga menyamai kejayaan beregu lagenda negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang turut muncul naib juara Terbuka Jepun pada edisi 2008. Ini juga satu penanda aras penting buat Pearly-Thinaah dalam mengukuhkan lagi nama mereka dalam sejarah badminton negara.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
COVID-19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan, malah hampir melumpuhkan ekonomi dunia.
Dan bagai ada sinar baru bila vaksin Covid-19 ini bakal tiba di Malaysia Februari ini, bekalan vaksin Covid-19 fasa pertama yang dibeli kerajaan daripada syarikat farmaseutikal Pfizer iaitu vaksin COMIRNATY.
Justeru, KKM melalui soalan lazim (FAQ) yang disediakan Insitut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menyenaraikan sembilan (9) jenis golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini.
Vaksin adalah pilihan terbaik ketika ini untuk mencegah dan mengawal jangkitan #COVID19 daripada terus merebak.
Namun, tidak semua orang sesuai menerima vaksin ini. Siapakah mereka?
Menurut KKM, 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini ialah :
Vaksin COMIRNATY tidak sesuai diberikan kepada:
1. Individu yang mempunyai sejarah alahan yang serius terhadap makanan (atau) ubat (atau) persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
2. Individu yang mengalami alahan yang serius selepas menerima dos pertama vaksin COMIRNATY.
3. Individu yang menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.
4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi.
5. Individu yang menghidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 sel/mL.
6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil.
7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria.
8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.
9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (<50,000/µL)
Masalah rabun mata bukan hanya dihidapi oleh golongan berumur, kini seawal usia kanak-kanak lagi sudah ada yang mempunyai masalah penglihatan ini. Rabun mata berlaku kerana mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan seseorang itu menjadi kabur.
Penggunaan cermin mata dan kanta lekap adalah rawatan biasa untuk merawat masalah ini. Selain itu juga, pembedahan laser mampu memulihkan masalah rabun namun ia tidak digalakkan untuk dilakukan oleh pesakit kanak-kanak.
Mungkin ramai yang ingin tahu berapa agaknya kos lasik mata dan bagaimana prosedur yang perlu dilakukan?
Berikut adalah perkongsian yang telah dibuat oleh Adzwa Junidak tentang kos rawatan dan proses yang dilalui untuk melakukan rawatan laser ini. Namun, diingatkan harga dan prosesnya mungkin tidak sama mengikut klinik atau hospital yang korang pilih okay?
Adzwa memilih untuk melakukan pembedahan lasik ini di salah sebuah klinik di Damansara Uptown. Perkongsian ini juga menjelaskan tentang prosedur yang dilakukan ketikan pandemik COVID-19. Jadi, mungkin ada kos tambahan seperti swab test yang korang perlu buat.
RM 5588 + RM 100 (screening fee) + RM230 (RT-PCR Test)
*RT-PCR Test kita boleh buat di mana-mana klinik dengan syarat buat 2 DAYS BEFORE SURGERY and kena bawa sekali result swab test during surgery.
Ada beberapa fasa yang korang kene lalui sebelum menuju ke hari pembedahan.
1. Set appointment
Korang boleh call sahaja klinik dan beriahu yang korang berminat untuk membuat lasik. Pekerja mereka akan set appointment untuk korang datang klinik bagi melakukan screening test.
2. Screening test (RM100)
Waktu ni korang kena isi form yang berkaitan. Perkerja akan check mata korang untuk pastikan jenis lasik apa yang sesuai. Mereka akan check power mata, silau, pressure dan paling penting ketebalan kornea.
Ketebalan kornea lebih daripada 480 micrometer sahaja boleh teruskan untuk proses pembedahan lasik. Bagi individu yang mempunyai kornea nipis, boleh buat prosedur lain. Kemudian, mereka akan advise jenis lasik yang sesuai dengan mata kita.
Seperti Adzwa, dia power matanya adalah 475, silau 50. Jadi, dia masih boleh melakukan normal lasik yang berharga RM2988.
3. Set tarikh pembedahan (RM400)
Selepas menjalani screening, kalau korang bersetuju untuk teruskan rawatan lasik ini, korang kena bayar deposit sebanyak RM400 untuk lock tarikh pembedahan. Pembedahan hanya akan dibuat setiap hari Jumaat sahaja. Korang boleh pilih tarikh mana yang korang nak, asalkan hari Jumaat.
4. RT-PCR Swab Test (RM230)
Ini antara prosedur baru bagi individu yang ingin melakukan pembedahan sewaktu musim pandemik. Korang wajib buat RT-PCR Test dua hari sebelum pembedahan. Korang boleh pilih untuk buat dimana-mana klinik berdekatan.
5. Final check-up (bayaran penuh)
Check-up terakhir biasanya akan dilakukan sehari atau dua hari sebelum pembedahan. Proses ini sama sahaja seperti proses screening kerana mereka akan check mata kita. Cuma kali ini, korang kena bagi bayaran penuh sebelum pembedahan.
6. Hari pembedahan
Korang kena datang 30 minit awal, tanpa mekap, skincare atau perfume. Jangan lupa bawa sunglasses sebab selepas pembedahan memang mata sangat sensitive terhadap cahaya. Jangan lupa bawa teman yang boleh memandu untuk membawa korang pulang.
Sebelum pembedahan, mereka akan beri 4 jenis pil (painkiller, strong painkiller, ubat tidur dan ubat muntah) dan 4 jenis ubat titis.
Pembedahan dilakukan dengan sangat cepat. 10 saat sahaja untuk sebelah mata, jadi keseluruhannya 10 minit untuk seorang pesakit. Sekejap sahaja kan? Tahu-tahu mata dah clear. Tak sakit langsung cuma korang akan bau hangus dan bunyi laser tui barat macam potong sesuatu. Hiks!
Selepas selesai, korang boleh terus balik rumah. Waktu inilah baru korang akan menjalani proses pemulihan pula.
Hm, mudah sahaja rupanya prosedur rawatan lasik ni. Jadi, sesiapa yang dah lama berniat dan melakukan rawatan ini, kalau dah cukup bajet bolehlah terus hubungi klinik atau hospital.
Sebelum ini kita sudah mengetahui bahawa virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau droplet yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk. Kini, satu kajian terbaharu telah mendapati bahawa pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling secara hembusan.
Gambar hiasan
Menurut Astro Awani, kajian ini telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, namun ia masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.
Dapatan pakar dari Mexico, Itali dan New Zeaand itu menyebut bahawa hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran. Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga jarak dua meter, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom iaitu 1 meter.
Pakar terbabit turut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas atau mana-mana kawasan awam di mana orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap vape.
Gambar hiasan
Sementara itu, kajian oleh Public Health Ontario pula mendapati individu yang menggunakan vape mempunyai risiko lebih lebih untuk menghidap COVID-19. Aerosol yang terhasil daripada produk vape boleh menyebabkan penyebaran virus apabila individu itu berada dalam jarak dekat dengan pesakit COVID-19.
Kajian tersebut turut menyebut bahawa sentuhan tangan ke mulut melalui penggunaan vape juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Portal Daily Mail UK juga melaporkan sekumpulan saintis yang menghasilkan model bagaimana virus boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut dan dihembuskan semula.
Gambar hiasan
Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko jangkitan sekitar 5 hingga 17 peratus.
Oleh yang demikian, diharap agar pengguna vape lebih berhati-hati dan jika boleh, elakkan menghisap vape dikawasan orang ramai. Bukan hanya kerana takut jangkitan COVID-19 sahaja, kami yakin masyarakat juga tidak selesa jika kepulan asap berada disekeliling mereka.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.