Orang ramai termasuk pempengaruh media sosial dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu membabitkan etnik Rohingya, termasuk berkaitan lokasi penempatan mereka.

Sebaliknya, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin, meminta sebarang maklumat atau kejadian yang memerlukan perhatian pihak berkuasa disalurkan terus kepada polis untuk tindakan lanjut.

PDRM Ingatkan Orang Ramai & Pempengaruh Jangan Ambil Tindakan Sendiri Isu Rohingya

Serah Kepada Pihak Berkuasa

Menurut Noor Hisam, orang ramai tidak seharusnya bertindak berdasarkan emosi atau mengambil langkah sendiri apabila berdepan isu berkaitan kaum, etnik mahupun pendatang asing.

“Apa yang saya boleh katakan jangan ambil tindakan sendiri kerana kita ada pihak berkuasa seperti PDRM, Jabatan Imigresen dan sebagainya.

“Jika ada kekeliruan atau kejadian yang memerlukan tindakan daripada pihak berkuasa termasuk mengetahui penempatan Rohingya, laporkan kepada pihak polis.

Ads

“Biarkan pihak berkuasa yang menangani isu-isu ini. Kita lihat sekarang ini di media sosial banyak provokasi atau mesej negatif berkaitan Rohingya ini,” katanya.

PDRM Ingatkan Orang Ramai & Pempengaruh Jangan Ambil Tindakan Sendiri Isu Rohingya

Bimbang Tindakan Dipengaruhi Emosi

Dalam pada itu, Noor Hisam turut meluahkan kebimbangan sekiranya tindakan yang diambil sendiri oleh orang awam melampaui batas sehingga boleh menjejaskan keamanan.

Katanya, situasi tersebut lebih membimbangkan apabila tindakan dilakukan kerana dipengaruhi emosi atau provokasi yang tersebar di media sosial.

Ads

“Jadi tanggungjawab kami pihak polis untuk memastikan keamanan. Tidak kira isu apa sama ada membabitkan kaum atau etnik atau pendatang asing, hubungilah pihak polis jika ada sebarang maklumat.

“Jangan fikir mahu tular sesuatu termasuk penempatan Rohingya kerana dikatakan tindakan lebih pantas akan diambil pihak berkuasa.

“Kita bimbang tindakan sendiri ini dipengaruhi emosi yang hasilnya akan negatif. Apapun serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Ads

Peringatan tersebut hadir susulan kebimbangan terhadap penyebaran provokasi dan mesej berbaur negatif di media sosial berkaitan isu Rohingya.

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang, sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa untuk ditangani mengikut peruntukan sedia ada.

PDRM Ingatkan Orang Ramai & Pempengaruh Jangan Ambil Tindakan Sendiri Isu Rohingya

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Metro Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads