Terengganu adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang melaksanakan pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan perempuan di panggung wayang.
Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga Square merupakan pawagam pertama yang patuh Syariah kerana mewujudkan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram kira-kira beberapa bulan yang lalu.
Terbaru, Paragon Cinema di KTCC Mall juga mula beroperasi hari ini dan sekali gus menjadikan ia sebagai pawagam ketiga di negeri Terengganu yang patuh Syariah.
Ads
Paragon Cinemas KTCC Mall menempatkan 10 buah dewan tayangan kesemuanya dengan kapasiti 1 dewan ATMOS dengan muatan sehingga 232 kerusi, dan 1 dewan skrin gergasi dengan saiz skrin sebesar 18 meter memuatkan 276 kerusi menjadikan Hall 10 Paragon Cinema Kuala Terengganu ini adalah antara yang terbesar di Pantai Timur dan jumlah kerusi yang dimuatkan secara keseluruhan adalah sebanyak 1516 kerusi.
Ads
Walau bagaimanapun, bagi pembukaan pawagam ini hanya lima buah dewan sahaja dibuka untuk tayangan percuma selama seminggu (filem-filem 2019) dan juga tayangan berbayar bagi filem terbaru.
Korang berpeluang untuk menebus tiket percuma maksimum 4 tiket untuk sekeping borang tuntutan.
Ads
Sebelum ini, peraturan pengasingan tempat duduk yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ini dilancarkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh Syariah.
Ini merupakan salah satu inisiatif yang terbaik bagi kerajaan Terengganu untuk terus memantau dan menjaga batas-batas pergaulan di negeri tersebut.
Pejam celik, kedua orang puteri kepada Dato’ Awie dan Arni Nazira Anua sudahpun menginjak ke usia 20-an.
Biarpun ibu-bapa mereka itu sudah lama membawa haluan masing-masing, namun Puteri Aleeya Antasha, 22 dan Puteri Aleefa Antasha, 20 tetap menyayangi Awie dan Arni selayaknya dan sama rata.
Baru-baru ini, puteri sulung mereka Puteri Aleeya Antasha telahpun berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Acara daripada institusi Management & Science University (MSU).
Dalam majlis konvokesyen Aleeya yang dilangsungkan pada hujung minggu lalu, apa yang membuatkan momen itu lebih istimewa adalah kehadiran Awie dan Arni di sana sebagai tanda sokongan.
Aleeya bukan sekadar mewarisi kejelitaan raut wajah Arni yang popular menerusi drama Cinta Antara Benua satu ketika dahulu, malah remaja itu juga tidak kurang bijak juga.
Berkat usaha Aleeya dalam bidang akademik dan disertakan doa ibu-bapanya, dia telahpun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik pada majlis konvokesyen tersebut.
Luah Arni, “Saya bersyukur dan bangga dengan Aleeya kerana impiannya untuk membuktikan dia boleh berjaya dalam pelajaran termakbul.
“Mummy dan Daddy doakan moga kakak dan semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Mudah-mudahan kakak dan semua adik-adik terus cemerlang di dunia dan akhirat. Syukur ya Allah di atas segala kurnia,” katanya.
Moga-moga kejayaan Aleeya ini membuatkannya bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya sekaligus memberi dorongan kepada adiknya, Aleefa untuk turut berusaha mencapai kejayaan sama.
Tambahan pula apabila Aleefa turut melanjutkan pengajian dalam bidang sama dan di institusi sama.
Untuk pengetahuan, Aleeya dan Aleefa merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama dengan Dato’ Awie sebelum mereka berpisah pada tahun 2006.
Selain dua puteri tersebut, Arni yang kini telah menginjak ke usia 43 tahun juga merupakan ibu kepada tiga lagi orang cahaya mata daripada perkahwinan keduannya bersama usahawan, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar. Mereka terdiri daripada Wan Muhammad Mua’dz, 12; Wan Ayesha Maserra, 10 dan Wan Muhammad Mushrief, 7.
Kini, Arni lebih selesa bergelar suri rumahtangga sepenuh masa dan meneruskan rutin harian sebagai seorang isteri serta ibu kepada lima orang anak tercinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini tumpuan terhadap dunia sneakers telah menarik perhatian ramai. Walaupun ia bukanlah benda baru namun dengan beberapa kejadian yang berlaku dalam tempoh terdekat telah menyedarkan masyarakat umum tentang kegilaan yang dibawa oleh budaya sneakerhead. Dengan kisah bertumbuk kerana NMD Pharrell hinggalah kepada kisah tular Vans Pa’din.
Jenama-jenama seperti Adidas, Nike, Jordan, Vans, Converse dan sebagainya telah menguasai pasaran sneakers dan sering menjadi buruan peminatnya.
Dengan adanya permintaan tinggi maka di situlah wujud perniagaan resale. Kalau diperhatikan ia kini sudah menjadi antara industri barun yang semakin popular terutamanya di kalangan peniaga online, khususnya di Facebook dan Instagram.
Remaja ingin kongsikan 10 jenis kasut yang mempunyai nilai resale tinggi berbanding harga asalnya. Jom kita sama-sama lihat sneaker apakah yang dianggap sebagai ‘grails‘ buat sneakerhead terkini.
Chanel x adidas Pharrell Hu NMD
Sneakers yang menjadi buran utama sekarang ini biasanya melibatkan kolaborasi jenama atau selebriti terkenal. Ini bolehlah dikatakan kolaborasi luarb biasa kerana melibatkan tiga nama serta satu silhoutte kasut yang menjadi kegilaan ramai dalam 2 tahun kebelakangan ini.
Dengan nama Chanel, Pharrell dan adidas sudah cukup membuatkan ia cukup eksklusif. Apatah lagi dikatakan dengan hanya 500 pasang sahaja dikeluarkan.
Harga asal: USD1,180
Harga pasaran: USD11,000 (RM44,943)
Jordan 1 Retro High Off-White Chicago
Virgil Abloh dengan jenama hi-end streetwear, Off-White ternyata mempunyai aura cukup luar biasa. Kepercayaan Nike diberikan kepadanya untuk dia berikan sentuhan tersendiri terhadap 10 jenis kasut menghasilakn satu karya cukup hebat.
Sebagai salah satu daripada koleksi ‘The Ten’, Jordan 1 Retro High Off-White Chicago menjadi rebutan ramai. Dengan colorway OG serta sentuhan Virgil, ia memberikan nafas baru kepada ikon sneakers
yang cukup penting.
Harga asal: USD190
Harga pasaran; USD1,200 (RM4,903)
Nike Mag 2016
Kasut ini antara pertama yang akan ‘pop up’ dalam minda penulis bila orang sebut harga mahal macam kena jual buah pinggang. Nike Air Mag 2016 merupakan revolusi teknologi auto lacing yang diketengahkan oleh Nike. Pernah menonton filem ‘Back To The Future 2’?
Ya, inilah kasut yang dihasilkan daripada imaginasi filem tersebut. Apa yang menarik, kasut ini hanya ditawarkan menerusi cabutan tiket berharga USD10 sahaja dan ia hanya dikeluarkan 89 pasang sahaja. Kesemua kutipan tersebut kemudian disalurkan kepada J.Fox Foundation for Parkinson’s Research.
Harga asal: NA (raffle tiket USD10)
Harga pasaran: USD26,000 (RM106,248)
DJ Khaleed x Air Jordan 3 ‘Grateful’
Dalam tempoh beberapa dekad ini jenama Jordan sentiasa meniti di bibir penggemar sneakers. Sebagai contoh Jordan 12 ‘Flu Game’ yang bertandatangan Michael Jordan pernah dijual sehingga USD100 ribu.
Kolaborasi bersama DJ Khaled, produser/DJ/rapper telah mengahsilkan sneaker merah yang cukup cantik. Beberapa bulan selepas ia dikeluarkan, harganya melambung tinggi!Yang menariknya, ia hanya boleh didapati dengan membeli albumnya Grateful dan melayakkan mereka untuk menyertai peraduan.
Harga asal: NA
Harga pasaran: USD25,000 (RM102,165)
VLONE x Nike Air Force 1 High
Sebuah lagi jenama streetwear berpengaruh yang dikepalai oleh A$AP Bari, VLONE diberi kepercayaan oleh Nike. Kali ini mereka tampil dengan silhoutte Air Force One. Ini merupakan edisi kedua selepas sebelum ini muncul dengan low-cut Air Force 1 yang kini dijual dipasaran melebihi USD1000.
Bagaimana pula dengan edisi ini? This is so limited! Dengan hanya 100 pasang sahaja dihasilkan dan boleh didapati dengan raffle di Nike Paris tidak hairanlah ia mempunyai nilai jual semula cukup tinggi!
Harga asal: NA
Harga pasaran: USD8,000 (RM32,686)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK adalah antara penyanyi yang kini menjadi sebutan para peminat terutamanya kaum wanita. Berasal dari Tawau Sabah, anak muda berusia 24 tahun ini juga merupakan ahli kumpulan rap K-Clique.
Baru-baru ini, Remaja berkesempatan bertemu dengan penyanyi kegilaan ramai ini dan jelas sekali seperti yang pernah tular sebelumnya, MK sememangnya seorang personaliti yang mudah didekati. Tidak lokek berkongsi cerita, MK turut memberitahu satu rahsia tentang wanita idamannya.
Kalau korang nak tahu, MK sebenarnya seorang yang suka makan makanan pedas. Jadi tidak hairanlah jika dia ingin mencari seorang wanita yang pandai memasak lauk Masak Lemak Cili Api.
Ha, bolehlah korang cepat-cepat tanya mak macam mana nak masak lauk Masak Lemak Cili Api kan? Hiks!
Bagi yang sememangnya mengikuti perkembangan personaliti rap ini, MK juga sering dilabel sebagai ‘bad boys’ dikalangan masyarakat. Tidak melatah dengan tohmahan tersebut, anak kelahiran Sabah ini punya pendapatnya tersendiri.
“Oh yang tahu, tahulah (gelak). Saya sebenarnya tak kisah tentang pendapat orang tetapi untuk yang mengenali saya, yang tahu saya macam mana, bila mereka yang beri pendapat itu baru saya peduli. Tapi bagi saya kalau first impression orang itu tidak penting, kerana selepas mengenali saya baru mereka akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” jelas MK.
Ditanya adakah perempuan memang suka kepada ‘bad boys’, MK berseloroh menjawab, “Terpulang. Saya bukannya bad boys tapi kalau dia mahu bad boys boleh, kalau nak jadi ‘baik’ boys pun boleh.”
MK juga turut meluahkan rasa kesyukuran apabila kumpulan K-Clique menerima pencalonan dalam kategori Best Southest Asia Act di MTV EMA 2020.
“Sejujurnya kami terkejut dengan pencalonan ini, so sama ada menang atau kalah bukan lagi isu kerana apa yang penting kami sudah mewakili Malaysia dalam acara anugerah tersebut,” katanya.
Undian boleh dibuat di laman web mtvema.com sekarang sehingga 3 November ini.
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.