Pavilion Bukit Jalil Akhirnya Dibuka, Lihat 4 Spot OOTD Pilihan REMAJA

Share

 

Setelah sekian lama menantikan pembukaan Pavilion Bukit Jalil yang mudah dilihat daripada tepi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), ia akhirnya dapat mula dikunjungi oleh orang ramai bermula hari ini.

Sumber Foto : Facebook Rafi’uddin Ramlee

Bagi penduduk di kawasan sekitarnya seperti dari Sri Petaling, Puchong dan Bukit Jalil, tentunya sudah lama korang melihat kerja-kerja pembinaan pusat membeli-belah kedua di bawah pengurusan dan kelolaan syarikat Paviilion ini. Kedudukan di tengah-tengah tiga kawasan kejiranan ini membuatkan ia mudah diakses oleh seisi keluarga.

Kini, korang tidak lagi perlu mengharungi trafik sesak semata-mata untuk ke Pavilion Kuala Lumpur! *Yay* Tambahan pula dengan keluasannya sehingga 1.8 juta kaki persegi, pastinya banyak aktiviti serta tarikan menarik yang akan dilangsungkan di sini dari semasa ke semasa.

Setakat hari ini, parkir kenderaan masih belum dicaj kepada pengunjung. Sumber Foto : Facebook Ooi Sa Sa

Bersempena pembukaan rasminya pada hari ini, REMAJA berkesempatan untuk meninjau Pavilion Bukit Jalil. Seperti yang dijangka, orang ramai mula untuk ‘menyerbu’ port baharu dan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat pada hujung minggu ini hinggalah ke akhir tahun apabila tiba musim cuti sekolah.

Biarpun masih banyak stor yang belum dibuka (kebanyakan meletakkan poster di hadapan stor bagi mengumumkan ia bakal dibuka tidak lama lagi, pihak Pavilion Bukit Jalil tetap menyediakan dekorasi bersempena perayaan Hari Natal pada bulan ini di bahagian ‘centre court’.

Selain dekorasi tersebut, ini merupakan lima lagi spot menarik untuk korang mengambil foto OOTD semasa ke sini kelak. Jom lihat antara foto-foto menarik yang telah dikongsikan di media sosial.

 

Centre Court di Aras 2

Centre Court ini persis Pavilion Kuala Lumpur dengan keluasan 6,000 kaki persegi. Sumber Foto : Facebook Kenn Lai :

 

Piazza Dengan Kanopi Setinggi 35 Meter

Sumber Foto : Facebook Saje Share
Sumber Foto : Malaysia Bonsai & Suiseki Society 2

 

Dari Ruang Balkoni

Rekaan dalaman yang moden dan minimalis ini ibarat berada dalam babak filem Sci-Fi semasa ia masih kosong. Sumber Foto : Malaysia Shopping Mall

 

Air Pancut ‘Ayam Jantan Emas’

Sumber Foto : Facebook May Soo
Sumber Foto : Malaysia Bonsai & Suiseki Society

*

Bergantung kepada lokasi kediaman masing-masing, Pavilion Bukit Jalil mudah diakses melalui laluan lebuhraya seperti MEX, MRR2, KESAS, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Selain itu, ia juga berdekatan dengan stesen pengangkutan awam seperti LRT Awan Besar, LRT, Bukit Jalil dan LRT Sri Petaling.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN