Satu-persatu francais restoran di Malaysia yang mula memberikan kesedaran tentang pengambilan menu sihat demi mendapatkan zat secukupnya dalam badan, dan Nando’s Malaysia juga tidak mahu ketinggalan.
Jika sebelum ini korang akan ‘stick’ dengan menu ayam panggang bersaiz suku di Nando’s, apa kata korang tukar sedikit selera dengan mencuba menu terbaru mereka yang sedikit berbeza.
Okay, BANYAK bezanya..
..tak tahulah sama ada rasanya kekal sedap atau tidak.
Penulis berkesempatan untuk mengunjungi cawangan Nando’s di Citta Mall yang terletak di Ara Damansara, Selangor untuk mencuba sendiri menu kempen #GetBackOnTrack yang dibawakan oleh jenama restoran Afrika Selatan ini.
Dengan nama kempen pun, pastinya korang sudah dapat mengagak kempen ini adalah sebahagian daripada usaha Nando’s untuk mengajak pengunjung mereka beralih kepada hidangan yang sihat dan sedap.
Mulai 15 Mac lalu, Nando’s telah mencuba menu bebas-daging dan kaya dengan sumber protein ini agar diet kita lebih seimbang.
Penulis berpeluang untuk mencuba keseluruhan set menu baharu Nando’s ini dan rata-rata menggunakan inti pati yang lebih kurang sama iaitu cendawan Portobello premium yang diimport, tofu, bayam segar (tak rasa sayur langsung, serius!), cili benggala, isi jagung dan hidangan Spicy Rice Nando’s yang wangi dan sememangnya merupakan kegemaran semua orang.
Portobello Mushroom dengan Tofu Burger
Ads
Penulis mulakan hidangan makan tengah hari, tempoh hari dengan hidangan Portobello Mushroom bersama Tofu Burger. Cendawan terasa moist kerana ia dipanggang separa, manakala tauhunya pula dibakar agar teksturnya terasa crunchy.
Satu kelainan yang ada adalah jem cili istimewa Nando’s sebagai sos pencicah. Ini bukan jem strawberi seperti yang korang ratakan pada roti tau! Ia lebih berperisa, tidak terlalu manis atau pedas dan.. it is different. Korang kena cuba sendiri.
Harga RM19.90 (ala carte)
Portobello Mushroom Bowl
Jika korang masih hendakkan rasa cendawan tersebut namun mahu menjadikannya sebagai hidangan sampingan kepada ‘a quarter chicken’ yang wajib ada di atas meja korang itu, pilih saja menu Portobello Mushroom Bowl ini.
Memang puas bila ada hidangan sihat seperti ini di samping ayam panggang.
Harga RM12.90
Ads
Veggie Carnival Bowl
Tak cukup sekadar burger ataupun hidangan berasaskan cendawan saja?
Jangan risau, penulis juga sebegitu. Nasib baik Nando’s menyediakan pilihan Veggie Carnival Bowl yang didatangkan dengan cendawan Portobello premium, cili benggala, bayam segar dan Spicy Rice.
Terdapat tiga pilihan bowl yang boleh korang cuba di mana dua daripadanya mempunyai inti ayam. (Yay chicken lovers!) Bagi penulis, ia bergantung kepada citarasa korang sekiranya inginkan ayam dan bergantung juga kepada saiz menu tersebut.
Pertama ialah Tofu Sticks & Dip yang merupakan appetizer baharu bagi menggantikan bread stick atau chicken nuggets yang biasa kita makan di mana-mana restoran lain.
Malah, tidak salah pun jika Nando’s ingin mengekalkan menu ini. Tauhu yang dipanggang ini tidak langsung rasa seperti tauhu. Ia lebih mirip tekstur nugget tempura namun sihat untuk membuka selera korang.
Satu lagi menu yang wajib korang cuba ialah Portobello Mushroom bersama Tofu Wrap.
Segala-galanya ada dalam wrap ini dan ia lebih mudah dimakan berbanding burger tadi, pada pandangan penulis. Memang kenyang guys!
Overall, kempen #GetBackOnTrack ini wajar dicuba oleh peminat Nando’s yang inginkan kelainan.
Bagi peminat ayam panggang bersaiz suku dengan 1 side dish, mungkin sekali korang tidak akan mengubah pilihan kegemaran korang itu because this is totally different.
TAPI, why not korang pesan saja salah satu menu appetizer seperti semangkuk cendawan Portobello atau Tofu Sticks & Dip untuk mempelbagaikan rasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi mencatatkan angka yang membimbangkan, malah lebih ramai kenalan rapat mula dijangkiti virus pandemik ini. Risau, panik, sedih, perasaan bercampur baur memikirkan sekiranya ia berlaku kepada diri dan keluarga sendiri.
Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak ini, namun seeloknya biarlah kita mempunyai sedikit pengetahuan tentang keperluan atau apa sahaja yang perlu dilakukan sekiranya ia berlaku di depan mata.
Mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Tekanan darah normal adalah:
• Sistolik: 120 (julat 90-139) mmHg
• Diastolik: 80 (julat 60-89)
Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Nadi yang normal adalah 60-100 degupan jantung seminit.
Nama Loh Kean Yew mekar kebelakangan ini dek kecemerlangannya mewakili Singapura. Dia juga mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negara itu yang memenangi acara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF pada 2021
Loh yang kini merupakan pemain badminton nombor satu Singapura telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Singapura 2022 dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA), yang berlangsung di Marina Bay Sands, kelmarin.
Seiring dengan kemenangannya, pemain nombor 3 dunia itu membawa pulang sebuah piala iringan dan wang tunai berjumlah S$10’000.00.
Jejaka berusia 25 tahun ini dalam satu hantaran di Instagramnya menyatakan rasa terharu apabila diberikan anugera tersebut. “Malam tadi, saya telah diberi penghormatan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sukan Singapura dengan anugerah Olahragawan Terbaik 2022. Saya sangat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan sangat gembira untuk semua orang yang menerima anugerah.
“Apa yang lebih istimewa ialah kehadiran ibu bapa saya di Anugerah Sukan Singapura untuk berkongsi detik gembira ini dengan saya. Terima kasih ayah dan ibu atas pengorbanan dan sokongan anda, anugerah ini saya dedikasikan untuk anda,” tulisnya panjang.
Anugerah Sukan Singapura bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka atas pencapaian sepanjang tahun. SSA, yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sport Singapore dengan sokongan Tote Board, kembali diadakan selepas ditiadakan selama setahun apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemain Singapura yang kian menyinar ini pada asalnya merupakan rakyat Malaysia. Loh Kean Yew dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah berlatih di bawah Pertubuhan Badminton Pulau Pinang sebelum dia berhijrah ke Singapura pada 2010 ketika berusia 13 tahun.
Dia yang mendapat biasiswa untuk berlatih selama empat tahun di Sekolah Sukan Singapura kemudiannya menjadi sebahagian daripada atlet negara itu dan memilih untuk menjadi warganegara Singapura. Walaupun kini bergelar atlet Singapura, Malaysia masih lagi menjadi kampung halaman untuk pemain badminton ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang sudah sedia maklum swab test COVID-19 dilakukan dengan cara calitan di hidung dan di tekak. Ada yang berpendapat ia sangat menyakitkan dan ada pula yang mengatakan ia tidaklah sakit seperti yang disangka.
Namun begitu, khabarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan ujian saringan COVID-19 melalui air liur secara kendiri di rumah tidak lama lagi. Kaedah itu bagi mengesan pesakit yang tidak bergejala yang mungkin sudah dijangkiti mereka yang positif COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini pihak KKM sedang mengenal pasti dua buah syarikat yang akan membekalkan test kit berkenaan, di mana alat itu sedang dalam proses pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Alatan Perubatan (MDA).
Foto: kompas.com (Gambar hiasan)
Sebelum ini, KKM telah memulakan ujian COVID-19 menggunakan persampelan air liur di beberapa hospital kerajaan dan berdasarkan penilaian IMR, kaedah itu mempunyai sensitiviti sebanyak 96.67 peratus dan ketepatan iaitu spesifisiti 100 peratus.
Kaedah persampelan ini dilihat lebih selamat dan tidak invasif berbanding persampelan dengan kaedah ‘nasopharyngeal’ serta ‘oropharyngeal’ swab, iaitu melalui hidung dan mulut.
Sekiranya hasil ujian menggunakan test kit itu menunjukkan individu berkenaan positif COVID-19, mereka perlu hadir ke fasiliti kesihatan KKM untuk pemeriksaan lanjut. Mereka masih perlu melakukan ujian lain. KKM juga akan melatih petugas kesihatan bagi memastikan kaedah pengambilan sampel air liur dilaksana dengan lebih tepat.
Sebilangan masyarakat menerima inisiatif ini dengan positif dan bersetuju sekiranya ujian saringan COVID-19 dilakukan dengan sampel air liur.
Apa-apa pun, diharap agar tindakan ini adalah terbaik untuk masyarakat Malaysia dan jangan berhenti berdoa supaya virus ini diangkat dari dunia.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...