Ironi bukan apabila pakar yang bertungkus-lumus cuba untuk meningkatkan semula kesihatan pesakit kadangkala jatuh sakit juga kerana mengabaikan kesihatan sendiri demi tugasan.
Situasi ini banyak dilalui oleh pakar perubatan muda yang baru saja tamat pengajian termasuklah pakar perubatan kelahiran Malaysia iaitu Dr. Nur Amalina Che Bakri.
Dalam segmen khas Nota : Catitan London Dr. Amalina yang ada di dalam keluaran Majalah Remaja isu April – Jun 2018, beliau sempat untuk berkongsi pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor muda penuh bersemangat di United Kingdom.
Sebagai seorang pakar bedah pelatih di bahagian surgikal dan trauma, Dr. Amalina menggalas tanggungjawab besar. Ini termasuklah memantau beberapa doktor pelatih di bawahnya, bertugas di bilik bedah dan klinik, sentiasa berada dalam posisi on call dan sempat mengajar di Imperial College. 4 tugasan dalam satu masa!
Meski kedengaran seperti tidak masuk akal, tekad yang kuat dalam diri Dr. Amalina tidak pernah luntur. Sehinggalah pada satu ketika, beliau terpaksa akur dengan kudrat kesihatan dan dimasukkan ke wad selama beberapa hari atas sebab keletihan.
Antara posting di Instagram Story dan Twitter yang mendekatkan diri beliau dengan followers.
Ads
“Ketika mula-mula menjadi doktor junior, saya akui saya terlalu fokus dengan kerja sehingga mengabaikan diri dan jatuh sakit. Saya belajar daripada kesilapan tersebut.
“Sekarang, jika tiba waktu cuti, saya memilih untuk merehatkan minda dan merancang percutian bersama teman. Lokasi saya di London sedikit sebanyak memudahkan saya untuk melancong ke sekitar Eropah kerana perjalanan hanya memakan masa satu ke dua jam saja,” kata beliau yang kini sedang meluangkan masa bercuti seketika di Sepanyol.
Masa Di Tempat Kerja Dikongsi Secara Live
Sekiranya korang merupakan salah seorang daripada 200,906 orang followers yang mengikuti Dr. Amalina di Instagram, pastinya ada yang sempat untuk menonton sesi LIVE yang sering beliau adakan semasa berehat sebentar daripada tugasan atau selepas tamat tugasan.
Ads
“Idea untuk mengadakan sesi perbincangan secara LIVE bersama followers saya datang ketika saya sedang mengajar pelajar perubatan di Imperial College London.
“Di dalam sesi LIVE pertama yang berlangsung selama dua jam itu, kami sempat membincangkan cara pengurusan pesakit yang pecah saluran darah utamanya, radang hempedu dan luka akibat tembakan. Kami sendiri tidak menyangka perbincangan tersebut berlangsung sehingga 2 jam, dan masih ramai yang menontonnya,” kongsinya yang kini menjalani latihan pakar di St Mary’s Hospital London.
Salah satu sesi LIVE Dr. Amalina di Instagram.
Beliau juga beranggapan teknologi perlu digunakan sepenuhnya mengikut minat atau passion masing-masing dan bukannya bagi tujuan bersosial dan berhibur saja.
Ads
Sambil mengajar, pada masa yang sama beliau boleh belajar daripada mereka.
“Sekarang sudah terlalu banyak perkara negatif yang menular di media sosial. Jadi saya fikir, tidak salah untuk saya menyebarkan mesej positif dan berguna kepada followers.
“Walaupun saya tidak berkhidmat di Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya saya cuba untuk memberikan semangat kepada golongan pelajar terutamanya pelajar perubatan serta masyarakat Malaysia secara amnya,” tambah Dr. Amalina yang juga gemar untuk memuat naik rutin harian di butang Instagram Highlights.
Khas untuk followers yang terlepas sesi sebelum ini, katanya.
* * * * *
Dalam perkongsianPART 2 esok, REMAJA akan kongsikan bagaimana Dr.Amalina berdepan dengan isu buli siber di media sosial dan apakah cara beliau menggerakkan suara wanita muda untuk berdepan dengan dunia yang semakin mencabar ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kumpulan K-Pop, The Boyz baru sahaja memeriahkan Megastar Arena pada 7 September dengan konsert jelajah The Boyz World Tour: Zeneration II di Kuala Lumpur.
Konsert yang dihadiri oleh ribuan peminat yang dikenali sebagai The B atau Deobi sememangnya menghangatkan suasana dan kumpulan penyanyi itu juga sempat mempersembahkan sebanyak 23 lagu hit mereka istimewa untuk Deobi.
Walau bagaimanapun, keadaan semasa konsert The Boyz World Tour: Zeneration II yang pada awalnya berjalan dengan lancar itu tiba-tiba menjadi riuh selepas bekalan elektrik terputus apabila The Boyz hampir menyanyikan lagu terakhir.
Meskipun begitu, The Boyz sempat menenangkan dan mengalihkan perhatian para peminat dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ ketika keadaan bertukar menjadi kecoh.
Selepas pihak pengajur memohon maaf dan menyelesaikan beberapa isu teknikal (bekalan elektrik terputus) yang terjadi semasa konsert sedang berjalan langsung, The Boyz memberikan ucapan terakhir kepada peminat di Kuala Lumpur dan mereka juga turut meneruskan dengan lagu penutup berjudul ‘Fire Eyes’.
Dalam pada itu, The Boyz turut menyanyikan beberapa lagu popular mereka seperti Maverick, Reveal, The Stealer, Thrill Ride, Levitating, D.D.D dan Bite Back.
Konsert jelajah dunia The Boyz ini telah rasmi dimulakan dengan tiga malam persembahan berturut-turut di Seoul, Korea Selatan pada awal Julai lalu.
Seterusnya, pelantun lagu Nectar ini juga telah meneruskan perjalanan mereka di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk melawat beberapa bandar seperti New York, Los Angeles, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Macau, Osaka, Paris, London, dan beberapa lagi.
Sekadar info, The Boyz terdiri daripada 11 anggota iaitu Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric telah memulakan debut sejak tahun 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penonton muda, rancangan realiti seperti Gimme The Mic Malaysia memiliki daya tarikan yang istimewa.
Seorang penonton muda berkongsi pandangannya mengenai mengapa rancangan ini menarik dan patut untuk diteruskan.
Menurut penonton yang dikenali sebagai Nur Khumaira Roshizad, daya tarik utama program tersebut adalah kerana ia memberi peluang kepada mereka yang mungkin tidak dikenali secara meluas untuk tampil dan menyerlah.
“Apa yang membuatkan program ini menarik untuk ditonton bagi saya sebagai penonton muda adalah kerana saya suka tonton rancangan seperti ini.
“Selain itu, saya suka program seperti ini kerana tidak mengetengahkan mereka yang dah popular dan kita sebagai penonton tak tahu pun latar belakangnya,” katanya.
Tambah penonton berusia 24 tahun ini juga, Gimme The Mic dianggap sebagai platform penting untuk bakat-bakat baharu untuk menempa nama di persada seni tanah air.
“Dengan adanya program-program seperti ini, dapat buat satu platform untuk mereka menyerlah bakat mahupun lakukan comeback,” kata penonton tersebut.
Bagi pemilik nama Muhammad Khairul Izuan Khairuddin pula, keunikan rancangan ini terletak pada kesungguhan peserta yang bukan hanya mahu terkenal, tetapi juga mahu membuktikan kemampuan mereka dalam industri.
Malah, penonton berusia 24 tahun ini turut berpendapat bahawa program seperti ini wajar diteruskan kerana ia memberi ruang kepada individu di luar sana untuk mengembangkan bakat mereka.
“Bagi saya program sebegini wajar diteruskan kerana sebagai penonton apa yang saya nampak adalah Gimme The Mic ini beri ruang kepada mereka di luar sana untuk mengembangkan lagi bakat,” tuturnya.
Selain itu, dia menyarankan agar program-program seperti ini tidak hanya memfokuskan kepada peserta muda sahaja.
“Kekalkan sahaja pelbagai umur dan jangan letakkan syarat-syarat kepada umur yang tertentu sahaja, terutama hanya tertumpu kepada orang muda kerana kita sebagai penonton mahu lihat kepelbagaikan dalam sesebuah rancangan realiti,” tambahnya.
Jelasnya lagi, kepelbagaian umur dalam program bukan sahaja menunjukkan personaliti yang berbeza tetapi juga memberikan pelbagai cara dalam membawa diri serta tahap keyakinan diri yang pelbagai.
Secara keseluruhan, pandangan daripada kedua penonton muda ini menunjukkan bahawa Gimme The Mic mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada peserta baru.
Dengan mengutamakan kepelbagaian dan memberi peluang kepada semua lapisan umur, rancangan ini dapat terus memikat hati penonton dan mengembangkan industri muzik tempatan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hiking antara aktiviti favourite yang boleh dilakukan pada setiap hujung minggu. Bukan saja untuk kekal aktif, tapi kepuasan yang diperoleh setiap kali berjaya sampai ke puncak hanya difahami oleh hikers.
Terbaru, putera raja yang memiliki wajah yang kacak iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berjaya menawan puncak Gunung Tahan di Lipis, Pahang semalam.
.
Untuk info, puncak Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan berketinggian 2187 Mtr dari aras laut yang terletak di Taman Negara Pahang antara lokasi yang menjadi pilihan para pendaki.
Baginda menjayakan ekspedisi memanjat gunung tertinggi di Semenanjung itu menerusi program Eksesais Kembara Makmur yang melakukan pendakian selama empat hari bermula 1 Ogos lalu.
.
Menurut kenyataan House of Pahang, program tersebut turut disertai pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz selain pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan…
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menjadi putera raja pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Tahan di Lipis, Pahang semalam.
Baginda menjayakan ekspedisi memanjat gunung tertinggi di Semenanjung itu menerusi program Eksesais Kembara Makmur yang melakukan pendakian selama empat hari bermula 1 Ogos lalu.
Menurut kenyataan House of Pahang, program tersebut turut disertai pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz selain pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).
Setinggi-tinggi ucapan tahniah!
“Sesungguhnya, rodong-rodong Pahang sekaliannya amat berbangga mempunyai seorang Pemangku Raja yang begitu cintakan negeri…
“… dan ingin menjelajah setiap inci dan pelusuk bumi bertuah Darul Makmur ini. Daulat Tuanku,” tulis kenyataan tersebut di laman Facebook.
Menerusi laman Instagram, posting gambar Tengku Hassanal yang berada di puncak gunung dihujani ucapan tahniah daripada rakyat yang turut berbangga atas kejayaan baginda.
.
Semoga Tengku Hassanal terus aktif dan diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik dari Allah SWT.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!