Parlimen Korea Selatan Tentukan BTS Sertai Tentera Atau Tidak

Share

 

Persoalan sama ada kumpulan K-pop terkenal, BTS diwajibkan untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan ketenteraan ataupun bakal dikecualikan masih belum diputuskan oleh agensi pengurusan kumpulan tersebut, Hybe.

Lapor Yonhap, perkara itu telah dimaklumkan oleh Ahn Cheol-soo iaitu ketua jawatankuasa pegawai pasukan bakal Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol kepada pemberita selepas mereka melawat premis agensi tersebut Sabtu lalu.

Tambah Cheol-soo lagi, perbincangan tersebut akan terus dibawa ke peringkat Parlimen kerajaan baharu selepas ini. Wow, keputusan pengecualian perkhidmatan tentera ini sampai ke pengetahuan pejabat Presiden Korea Selatan!

ARTIKEL BERKAITAN : Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs – REMAJA

BACA LAGI : Dalam Sejarah, V BTS Jadi Orang Asia Pertama Raih 19 Juta ‘Like’ Di Instagram – REMAJA

BTS menjayakan persembahan Butter di anugerah Grammy 2022 semalam.

Sememangnya kumpulan BTS merupakan aset berharga negara tersebut setelah ia berterusan membanggakan rakyatnya dengan segala kejayaan dan rekod baharu yang dicatatkan selama ini.

Lawatan ke Hybbe itu telah menjadi tumpuan ramai di saat-saat ramai peminat yang mula berspekulasi sama ada ahli BTS akan dikecualikan daripada menyertai perkhidmatan dua tahun yang selama ini diwajibkan ke atas semua warganegara lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan (kecuali untuk pemuzik klasik dan atlet yang memenangi pingat atau anugerah di peringkat dunia

).

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan disebut sedang mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan pengecualian perkhidmatan tentera kepada BTS. Begitupun, syarikat label mereka pernah menyatakan tiada sebab untuk ahli-ahli BTS dikecualikan daripada berkhidmat. Malah, mereka turut menyatakan hasrat untuk mendaftarkan diri secara sukarela selama beberapa kali sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN : 7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini – REMAJA

BACA LAGI : Gara-Gara Sokong Atlet Korea Selatan, Ahli BTS Terpaksa ‘Hadap’ Cercaan Netizen China – REMAJA

Adakah ahli-ahli BTS sudah bersedia untuk ‘menukar mikrofon kepada senapang’ selama dua tahun dalam kem latihan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN