Park Seo Joon Menang Saman 5 Juta Won, Restoran Guna Gambar Tanpa Izin Bagi Tujuan Promosi

Share

Baru-baru ini, pelakon kacak Korea Selatan, Park Seo Joon telah memenangi kes saman terhadap seorang pemilik restoran yang diketahui menggunakan babak dari salah satu drama lakonannya bagi tujuan promosi tanpa sebarang keizinan.

Menurut kenyataan rasmi daripada agensinya, Awesome ENT, perkara ini telah berlaku secara berlarutan sejak tahun 2019 walaupun pihak restoran berkenaan telah diberikan peringatan sama beberapa kali.

“Kami telah beberapa kali meminta pihak restoran untuk menghentikan penggunaan foto Park Seo Joon tanpa izin. Walaupun mereka ada menurunkan banner dan iklan online pada satu ketika, tetapi restoran itu tetap menyambung semula penggunaan gambar tersebut secara berterusan dan melanggar permintaan kami,” kata wakil agensi.

Babak dalam drama What’s Wrong with Secretary Kim
Restoran yang menggunakan gambar dalam babak What’s Wrong with Secretary Kim sebagai tujuan promosi

Dalam pada itu, tindakan pemilik restoran tersebut akhirnya membawa padah apabila Awesome ENT mengambil tindakan undang-undang. Namun, pemilik restoran berkenaan terus berdegil dan melakukan beberapa tindakan yang kurang sopan.

Pada masa yang sama, pihak agensi turut memaklumkan bahawa tuntutan asal dalam kes ini adalah sebanyak 60 juta Korea Won (kira-kira RM202,000) berdasarkan skala operasi restoran tersebut.

“Kami telah mengesahkan bahawa defendan melakukan pencemaran imej kedua, termasuk memperlekeh dan mempersenda keputusan mahkamah,” jelasnya.

Awesome ENT juga menegaskan pihaknya tidak akan berlembut terhadap sebarang pelanggaran hak imej artis mereka.

Difahamkan, kes ini berpunca daripada satu babak dalam drama popular pada tahun 2018 yang dilakonkan oleh Park Seo Joon menerusi ‘What’s Wrong with Secretary Kim’. Di dalam drama itu, pelakon lelaki itu dilihat menikmati hidangan ketam perap dan lokasi penggambaran itu merupakan restoran sebenar dimana pemiliknya telah menggunakan imej babak tersebut dengan menambah teks promosi untuk tujuan iklan restoran.

Walaupun jumlah asal saman yang dilaporkan adalah sebanyak 6 bilion Korea Won, pihak agensi menjelaskan ia adalah anggaran kasar kerugian yang dikira. Bagaimanapun, tuntutan rasmi sebenar adalah sebanyak 60 juta Korea Won dan mahkamah kemudiannya menetapkan pampasan sebanyak 5 juta won (sekitar RM17,000) sahaja.

“Jumlah 6 bilion Korea Won itu hanyalah satu anggaran awal berdasarkan potensi kerugian. Namun kami faham dan akur dengan keputusan mahkamah untuk menetapkan angka akhir yang lebih realistik,” ujarnya.

Sementara itu, pihak agensi turut memberi amaran bahawa mereka akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar hak imej dan hak peribadi artis di bawah pengurusan mereka tanpa sebarang kompromi.

terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE