Park Seo Joon Dilaporkan Bakal Beraksi Bersama Brie Larson Dalam The Marvels

Share

Pelakon utama Itaewon Class, Park Seo Joon khabarnya bakal membintangi filem The Marvels dan akan digandingkan bersama pelakon Hollywood, Brie Larson.

Menurut laporan eksklusif Star News, baru-baru ini Park Seo Joon telah pun menyelesaikan internal review dan perbincangan setelah menerima tawaran untuk menjadi salah seorang pelakon dalam siri Marvel itu.

Foto: SCMP

Pelakon berusia 33 tahun ini akan berangkat ke Amerika Syarikat pada pertengahan tahun ini, selepas menyelesaikan penggambaran filem terbarunya Concrete Utopia untuk memulakan penggambaran The Marvels.

The Marvels dibintangi oleh Brie Larson sebagai Kapten Marvel dan Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau. Disebabkan The Marvels adalah sekuel kepada Captain Marvel yang merupakan filem superhero wanita pertama Marvel mendapat kutipan lebih daripada $1.1 billion USD, maka penonton meletakkan harapan yang tinggi untuk filem sekuel ini.

Jika memang benar Park Seo Joon bakal membintangi filem box office ini, sudah tentu ia bakal memberikan satu impak positif terhadap industri lakonan Korea kerana berjaya membawa pelakon mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Sama-sama kita nantikan update daripada pelakon Korea ini sendiri. Harapnya menjadilah ya. Hiks!

Sumber: (1)

IKLAN