Park Bo Gum Temui Peminat Di KL September Ini Sempena Destinasi Terakhir ‘Be With You Fan Meeting Tour’

Share

Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo-gum baru-baru ini dikhabarkan bakal bertemu peminat menerusi ‘Be With You Fan Meeting Tour’ bermula Julai hingga September tahun ini. 

Menerusi perkongsian di media sosial, berita ini diumumkan sendiri oleh agensinya iaitu The Black Label yang menyatakan bahawa beliau bakal menjelajah beberapa negara Asia termasuk Jepun, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Difahamkan, acara ‘Be With You Fan Meeting Tour’ pertama akan bermula pada 26 Julai ini di Pia Arena MM, Yokohama, Jepun. Manakala peminat di Malaysia berpeluang bertemu Bo-gum sekitar September nanti di Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir bagi jelajah fan-meet tersebut.

Park Bo-gum yang popular sebagai pelakon versatil menerusi beberapa watak dalam drama popular seperti ‘Reply 1988’, ‘Record of Youth’, ‘When Life Gives You Tangerines’ ini mula mencuri perhatian sekali lagi apabila muncul menerusi drama terbaru bergenre aksi komedi yang kini sedang ditayangkan berjudul ‘Good Boy’.

Dalam drama ‘Good Boy’, pelakon kacak ini membawa watak Yoon Dong-joo, seorang atlet yang terlibat dalam pasukan khas elit dan berpasangan dengan pelakon Kim So-hyun. Lakonan mantap dan plot menarik menjadikan drama ini antara yang dinanti-nantikan.

Selain berlakon, Bo-gum turut aktif sebagai pengacara rancangan muzik ‘The Seasons: Park Bo-gum’s Cantabile’, memperlihatkan sisi versatil dirinya sebagai penghibur serba boleh.

Sementara itu, walaupun tarikh dan waktu ‘Be With You Fan Meeting Tour’ sudah diumumkan mengikut destinasi masing-masing, namun butiran harga tiket masih belum dinyatakan. 

Pada masa yang sama, di media sosial, ramai peminat sudah mula menyuarakan keterujaan dan bersiap sedia untuk menyambut kehadiran pelakon berusia 32 tahun itu. Bagi peminat Park Bo-gum di Malaysia, ini merupakan peluang keemasan korang untuk berjumpa secara langsung dengan pelakon paling ‘green-flag’ generasi ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE