Selebriti popular Hollywood, Paris Hilton menzahirkan rasa kecewa dan sedih apabila cahaya mata sulungnya, Phoenix menjadi bahan ejekan dan cemuhan warganet di media sosial.
Menerusi aplikasi X, Paris atau nama sebenarnya, Paris Whitney Hilton sangat berkecil hati dengan tindakan mereka yang tidak berhati perut, mengejek dan mentertawakan saiz kepala cahaya matanya itu.
“Hidup sebagai orang popular, saya tidak kisah dikecam namun menjadikan anak saya sebagai bahan ejekan, itu sangat tidak boleh diterima.
“Segala cemuhan membuatkan hati saya remuk dan tiada perkataan dapat digambarkan berapa sakitnya hati saya,” ciapnya.
Ads
Mengulas lanjut, dia juga memaklumkan kadang kala tidak mengerti dengan segelintir warganet yang mudah sahaja mengkeji anak kecil yang tidak berdosa.
“Kalau saya tak kongsi gambar anak, orang cakap saya bukan ibu yang baik.
“Kalau saya kongsi gambar kepada umum, akan ada sahaja orang yang memilih untuk menjadi kecam dan pembenci.
Ads
“Phoenix adalah dunia saya dan sudah lama saya pasang impian nak jadi seorang ibu tapi apabila ini berlaku, saya sangat kecewa,” katanya lagi.
Sebelum ini, penyanyi lagu Stars Are Blind itu ada memuat naik beberapa foto bayi comelynya itu menerusi Instagram, namun segelintir pengguna media sosial mentertawakan saiz kepalanya yang dikatakan terlalu besar.
Bahkan, ada yang mendakwa anaknya itu bukan lahir daripada rahim Hilton termasuk menyatakan Phoenix bukanlah seorang bayi yang sihat atau normal hanya kerana saiz kepala yang sedikit besar berbanding fizikal bayi biasa.
Sekadar informasi, Hilton berkahwin dengan usahawan yang juga merupakan seorang penulis, Carter Reum pada tahun 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Realitinya, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia masih berada dalam tahap kritikal dan sesiapa saja boleh dijangkiti biarpun prosedur operasi standard (SOP) telah kita patuhi.
Terbaru, pelakon Bidadari Salju, Sweet Qismina mengesahkan dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19 semasa berada di Kuala Kangsar, Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April yang lalu.
Hanya sehari setelah memasuki set, Sweet mendapati dirinya kurang sihat dan berehat dengan mengambil ubatan selama tiga hari. Begitupun, dia terus mengambil langkah proaktif untuk menjalani ujian SWAB di Hospital Columbia, Taiping setelah keadaannya tidak pulih dan masih sukar bernafas.
Menerusi hantaran kenyataan rasmi daripada pihak Warner Music Malaysia yang mewakili Sweet, dia disahkan positif dan terus dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin menjalani saringan PCR. Hasil ujian tersebut turut positif.
Justeru, Sweet dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh dalam keadaan sedikit lemah dan hilang deria rasa. Bagaimanapun, keadaan pelakon itu kini stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi.
Sama-samalah kita doakan agar keadaan Sweet bertambah pulih ya.
Sebelum ini, beberapa personaliti popular tempatan juga pernah disahkan positif Covid-19 semasa berada di tempat kerja. Ini termasuklah Alif Satar, Roy, Aepul Drama Band dan Syafiq Farhain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kesembilan baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku dan menjadikan kelapan-lapan peserta layak ke peringkat suku akhir.
Menerusi tema Mendonia, Ning Baizura meraih markah 73.17 peratus dengan membawakan lagu First Love nyanyian asal Hikaru Utada dan juga duet bersama Zehra Zambri menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang oleh Alyah mendapat pujian para juri.
“Ning banyak improve dan very less error. Dia juga sangat istimewa, sebab bakat dia tu kalau dia tak ada benda ‘special’ tu, tiada syarikat rakaman akan ambil dia dan dia patut maintain level yang dia ada tu,” kata Datuk Ramli M.S ketika ditemui pihak media selepas konsert Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.
Dalam pada itu, persembahan unik dari Fairuz Selamat membawakan lagu Mirai E nyanyian Kiroro No Mori bagaimanapun kurang berjaya memikat hati para juri apabila mendapat markah tercorot iaitu sebanyak 55.54 peratus.
“Bila saya sudah berada di tempat terbawah, ada banyak lagi benda perlu saya belajar dan belum gali lagi. Ini semua rezeki,” komen Fairuz ketika ditanya pihak media selepas konsert #GV11.
Sementara itu, Liza Aziz (73.16%) menerusi lagu Mas Que Nada nyanyian Jorge Ben Jor berada di tempat kedua dan Zehra Zambri (71.04%) di tempat ketiga selepas menyampaikan lagu berbahasa Arab penyanyi asal Pascale Machaalani berjudul Nour El Chams.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti wanita terkenal, Neelofa telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Januari 2022, jam 3.44 petang di sebuah hospital di ibu negara.
Baru sebentar tadi, Neelofa telah memuat naik hantaran di IG storynya dengan mengumumkan nama putera sulung mereka, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris. Berita gembira ini turut dikongsi oleh suaminya, Haris Ismail menerusi sebuah kenyataan media.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,”
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,”
Neelofa dan Haris Ismail selamat diijab kabul pada 27 Mac tahun lalu dan kini kedua pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Haris, semoga anak yang dilahirkan ini membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!