And here we go again..

 

Nampaknya, masyarakat kita rata-rata masih belum mengikis sentimen panik sehinga mengakibatkan beberapa situasi ‘panic buying’ ataupun belian panik terjadi di pasaraya sekitar Lembah Klang.

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, sebentar tadi Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri telahpun mengumumkan bahawa negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 14 Oktober ini.

Ini sejurus nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang melihat situasi kes positif Covid-19 yang semakin meningkat di Lembah Klang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Majlis Kahwin, Berbasikal Selepas PKPB

Pengumuman tersebut disambut dengan pendapat berbeza di kalangan rakyat. Ada yang menyokong demi keselamatan masyarakat yang lebih terjamin. Tidak kurang juga ada yang membantah kerana enggan situasi ekonomi negara bertambah teruk walaupun Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan syarikat akan dibenarkan untuk terus beroperasi.

IKLAN

Apapun, yang jelas adalah perasaan panik masyarakat Lembah Klang mengenai persiapan barangan keperluan mereka. Menerusi tinjauan di media sosial, beberapa pengguna akaun Twitter telahpun memuat naik situasi belian panik yang terjadi sebelum waktu pejabat tamat lagi pada hari ini!

Belian Panik Di Lembah Klang Terjadi Sebelum Waktu Pejabat Tamat!

 

Belian Panik Di Lembah Klang Terjadi Sebelum Waktu Pejabat Tamat!

IKLAN

 

Belian Panik Di Lembah Klang Terjadi Sebelum Waktu Pejabat Tamat!

 

Belian Panik Di Lembah Klang Terjadi Sebelum Waktu Pejabat Tamat!

IKLAN

 

Belian Panik Di Lembah Klang Terjadi Sebelum Waktu Pejabat Tamat!

Kami faham perasaan yang dilalui oleh kalian memandangkan kami juga menetap dan beroperasi di Lembah Klang. Namun situasi panic buying ini hanya akan meningkatkan peratus wabak Covid-19 merebak and that does not help with the current situation.

Lagipun, kerajaan sudahpun menetapkan piawaian agar hanya 2 orang isi rumah saja dibenarkan untuk mendapatkan barangan keperluan di pasaraya. Jadi, korang ADA masa lagi untuk membeli apa yang patut okay.

*

Ini sebahagian lagi larangan yang dikenakan sempena PKPB kali ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI