Panggilan Telefon Ibu Bapa Sebelum Pertandingan Bantu Bonnie Menang Emas Angkat Berat

Share

 

“Sebelum datang ke sini, perasaan saya 50-50..”

Malaysia dan peminat sukan tempatan masih meraikan kejayaan jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyai Gustin setelah beliau meraih pingat emas keempat negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Bertempat di Pusat Pameran Nasional (NEC), Bonnie yang berentap dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram telah melakukan angkatan 220 kilogram sekaligus memecah rekod temasya.

Atlet muda berusia 23 tahun itu juga mencipta satu lagi sejarah apabila menjadi atlet pertama Malaysia yang memenani acara tersebut dalam sejarah penyertaan negara di Sukan Komanwel.

Sumber Foto : NST

Menerusi kejayaan semalam juga, Bonnie sedikit sebanyak mengubat kekecewannya apabila hanya sekadar menduduki tempat keempat di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

ARTIKEL BERKAITAN : Acara Pembukaan Komanwel Meriah, Bonnie Bunyau & Aifa Azman Ketuai Perarakan Kontinjen Negara – REMAJA

Kongsi Bonnie ketika ditemui pemberita, dia menzahirkan rasa syukurnya setelah dapat menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia.

“Sebelum datang sini perasaan saya 50-50. Sebelum pertandngan, saya telefon ibu bapa dan mereka berpesan supaya kosongkan fikiran dan buat yang terbaik,” katanya.

Sumber Foto : Olympic Mas

Remaja kelahiran Sarawak ini juga berkata keputusannya untuk tidak meneruskan angkatan baggi mengatasi rekod dunia 230kg miliknya adalah disebabkan keadaan bahunya yang masih belum pulih sepenuhnya. Lalu, dia enggan mengambil risiko tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Skuad Powerlifting Mantap! Ini Jurulatih Di Sebalik Kejayaan Atlet Malaysia Di Paralimpik – REMAJA

Semestinya, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Bonnie. Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting ini menerusi Facebook miliknya.

“Atlet powerlifting kebanggaan negara Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas,” katanya.

Diharap, momentum kejayaannya pada Sukan Komanwel 2022 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan diteruskan selepas ini di kejohanan dunia lain.

BACA LAGI : Usia 18 Tahun Hanyalah Angka, Amir Daniel Mampu Tersenyum Bersama Pingat Gangsa Judo – REMAJA

SUMBER : BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN