Panduan Senarai Suhu Yang Sesuai Untuk Masak Pelbagai Jenis Makanan Guna Air Fryer

Share

Masyarakat hari ini mempunyai banyak pilihan yang memudahkan mereka untuk memasak, salah satunya adalah dengan menggunakan air fryer. Sejak beberapa tahun lalu, produk ini sudah terkenal sebagai antara alternatif untuk mengurangkan penggunaan minyak ketika memasak.

Menurut, Root of Science, air fryer dapat membantu menghadkan pengambilan lemak tepu dalam jumlah yang banyak, selain membantu mengurangkan pengambilan kalori harian. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan kita di rumah menggunakan air fryer untuk tujuan memasak.

Foto: Insider

Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang korang nak makan, semuanya boleh dimasak dengan mudah menggunakan air fryer

ini. Korang hanya perlu mengetahui suhu dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak.

BACA: Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Masak Corn Dog Guna Air Fryer

Seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @neorcent telah pun berkongsi senarai suhu dan tempoh masa untuk memasak sekiranya menggunakan air fryer. Informasi ini sangat berguna dan boleh dijadikan rujukan ramai.

Nah, lepas ni kalau korang nak masak apa-apa guna air fryer, bolehlah rujuk disini ya. Selamat memasak. Hiks!

Sumber: Twitter @neorcent

IKLAN