Nak beli kereta baru tapi simpanan belum cukup, lagi-lagi untuk mereka yang baru saja nak mulakan kerjaya. Bukan setakat down payment je, kos penyelenggaraan, insurans, road tax dan kos minyak juga perlu diambil kira. Semuanya nak kena pakai duit.
Nak ambil jalan mudah, pilihlah kereta second hand.
Tak salah pun nak beli kereta terpakai ini tapi pastikan korang ikuti tips yang dikongsikan oleh Servis Kereta di laman Twitternya. Semoga dapat membantu anda membeli kereta terpakai yang berkualiti!
TIPS UNTUK BELI KERETA SECOND-HAND
1. Tahun Kereta Dibuat
Kena tahu kereta itu dikeluarkan tahun bila. Boleh tengok dekat geran kereta, tak pun tanya je lah owner dia.
2. Mileage Kereta
Logiknya mileage rendah lebih bagus. Tapi tak semestinya, sebab kereta yang travel jauh tapi maintenance tiptop, so kira bagus jugak.
3. Status Kemalangan
Kena tahu jika kereta tersebut pernah alami kemalangan atau tidak.
Ads
Accident free bermaksud kereta tersebut tidak pernah kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan casis. Kalau setakat calar-calar masih dikira accident free.
4. PERIKSA KEADAAN KERETA
BAHAGIAN A: ENJIN
Pastikan tiada kesan bocor pada oil seal. Lepas itu, check ada bunyi pelik tak dekat enjin.
Selalunya enjin yang di maintain bunyi senyap dan tiada bunyi tappet. Nak tau bunyi tappet macam mana boleh google.
BAHAGIAN B: UNDERCARRIAGE
Ads
U/c terdiri daripada absorber dan bushing. Benda ni penting sebab benda ini akan determine your driving pleasure.
Nak tahu okay ke tak, test drive. U/c ni gunanya untuk serap hentakan. So kalau dah rosak atau pecah, kereta akan jadi keras bila lalu jalan tak rata.
BAHAGIAN 4: ELECTRONIC PARTS
Sebelum nak tengok kereta, buat research apa barang standard electronic model kereta tersebut. Contohnya, macam power window, reverse sensor dan sebagainya.
Lagi up model, lagi banyak electronic parts dia.
5. PERIKSA EXTERIOR & INTERIOR KERETA
Ads
Last sekali, baru tengok exterior dan interior kereta tersebut. Kalau bau lipas, faham-fahamlah ye.
Bila dah tengok semua ini baru kita boleh determine berbaloi tak harga kereta tersebut.
EXTRA TIPS!
Kalau owner kereta ada buku servis ataupun resit-resit yang dia maintain kereta tersebut pun bagus. Ini sebagai rujukan kepada anda.
Kesimpulannya, buatlah keputusan dengan bijak.Jadi lah pengguna bijak sebelum membeli kenderaan terpakai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila dipatuk ular, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Sedut bisa? Ikat bahagian anggota tubuh yang dipatuk? Atau terus panik lalu jatuh pengsan?
Ha, jangan gelak dengan soalan-soalan yang kami tanyakan ini sebab percaya atau tidak, kalau dah digigit ular mesti ramai yang mula takut dan terus cemas.
Waktu inilah kepala ligat berfikir tentang petua orang-orang dulu. Kena buat itu, kena buat ini. Persoalannya, adakah segala petua yang dikongsi itu adalah benar atau hanya mitos semata?
Gambar hiasan
Nah, kalau nak tahu cara sebenar bagaimana mengendalikan patukkan ular sebelum mendapat rawatan hospital, baca pengalaman dan panduan yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ketika berhadapan dengan situasi ini.
Kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.
Jangan sedut.
Jangan ikat.
Jangan toreh.
Jangan picit luka.
Yang kena buat adalah :
1. Bertenang dan jangan panik
2. Jauhi ular tu
3. Jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala (tiga segi ke bulat) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk (kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas)
4. Bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular itu ke dalam saluran darah.
5. Limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la macam mana pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital.
6. Masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ya. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar.
Ingat, kalau kena patuk ular jangan panik melulu. Lakukan saja cara yang telah dikongsi ini dan segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Setelah dua malam berturut-turut keluhan lantang didengari daripada pihak calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 setelah mendapati jadual peperiksaan yang harus mereka hadapi pada bulan Februari tahun hadapan terlalu ketat, hari ini Kementarian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan jadual baharu SPM dalam tempoh terdekat.
Tinjauan REMAJA di media sosial sejak hujung minggu lalu mendapati ramai yang tidak berpuas hati dengan jadual peperiksaan yang meletakkan beberapa subjek kritikal secara berturutan tanpa membiarkan sedikit ruang untuk pelajar benar-benar melakukan persiapan saat terakhir dengan selesa.
Malah, mereka turut mengkritik tarikh peperiksaan yang jatuh pada hari Jumaat dan Ahad menurut paparan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Ini termasuklah subjek Princip Perakaunan Kerta 1, 2 dan 4 serta subjek Al-Adab wa Al-Balaghah yang dijadualkan pada hari Ahad, 6 Mac. Subjek lain seperti Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta juga pada awalnya dijadualkan berlangsung juga pada hari Ahad, 13 Mac.
Sementara itu, subjek seperti Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai, Bahasa Arab, Al-Luhhah Al-Arabiah Al-Mu’asirah dan Turath Bahasa Arab pula jatuh pada hari Jumaat, 18 Mac.
Oleh kerana subjek-subjek ini jatuh pada hari cuti mingguan (Jumaat atau Ahad mengikut negeri), maka ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana situasi tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.
Lalu menerusi hantaran video di Facebook hari ini, Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi Jidin bekata beliau sudahpun mengadakan perbincangan dengan pihak LPM dan Pengurusan Tertinggi KPM dengan mengambil kira semua pandangan yang diberikan sama ada dari ibu bapa mahupun pelajar. Malah, pandangan pihak guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan juga diambil kira.
“InsyaAllah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat,” jelasnya.
Terdahulu, isu jadual peperiksaan SPM 2021 ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai tradisi tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, acara World #QuranHour sekali lagi bakal menemui semua pada 26 April 2022 bersamaan 24 Ramadan 1443H.
Bakal bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio AlHijrah, pejam celik World #QuranHour pada tahun ini telah memasuki edisi ketujuhnya dengan membawakan tajuk ‘Dunia Bersujud’.
Ia merujuk kepada intipati surah Al-Sajdah yang telah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini.
Untuk pengetahuan korang, surah Al-Sajdah menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat ‘Dunia Berbudi & Penyayang’.
Penonton di TV AlHijrah bakal mendengarkan bacaan Surah Al-Sajdah dari jam 12 sehingga 1 tengah hari manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Selain Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan rakan Sinergi Media Malaysia, sesi World #QuranHour ini turut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Bercakap mengenai #QuranHour, ia tidak setakat terhenti pada bulan Ramadan ini apabola terdapat dua lagi program utama yang akan dibawakan oleh penganjur iaitu Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos hadapan dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Untuk pengetahuan korang, pada tahun lalu, World #QuranHour telah diadakan secara hibrid memandangkan negara masih berada pada fasa pandemik. Begitupun, ia telah mencatatkan penyertaan luar biasa dengan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
So guys, jangan lupa untuk meluangkan masa selama sejam bersama-sama World #QuranHour pada 26 April ini bagi menyemarakkan lagi semangat serta makna bulan Ramadan ini buat diri kita sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!