Walaupun sehari telah berlalu, penulis masih terbayangkan paneran Marvel Studios: Ten Years of Heroes.
Berlangsung di tingkat 10 Pavilion Kuala Lumpur, pameran yang bermula sejak 28 Jun hingga 27 Oktober 2019 ini dibawakan khas oleh The Walt Disney Company, Pavilion, Maybank, Samsung Malaysia dan KLOOK.
Setelah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Dr Siti Hasmah, korang dah boleh saksikan sendiri 10 buah bilik khas dalam pameran Marvel Studios dengan mata sendiri!
But first, apa yang menarik dalam bilik-bilik tersebut?
Iron Man
Korang akan memasuki makmal Stark Industries yang mempunyai Hall of Armor, dengan sut Mark II, Mark VI dan Mark V.
Captain America
Di sini mereka mempamerkan antara ‘kenderaan’ Marvel Cinematic Studio (MCU) paling ikonik iaitu Hellicarier.
Kita juga bertuah apabila Marvel menerbangkan khas prop sebenar Captain America iaitu USO Shield daripada filem Captain America: First Avenger (2011) dan Stealth Shield daripada filem Captain America: Winter Soldier (2014).
Ads
Thor
Bagi penulis, ruang ini adalah antara bilik terbaik untuk mengambil foto OOTD. Bukan je setakat berjalan di bitfrost berwarna-warni, korang juga akan berjumpa patung Thor bersaiz sebenar dengan efek kilat.
Paling mengujakan adalah prop hammer milik Thor: God of Thunder dan Scepter milik Loki.
Doctor Strange
Bilik ini mempunyai fungsi interaktif Mystic Art of Time Manipulation. Jangan terlepas untuk bermain dengannya!
Selain itu, satu dinding besar dikhaskan bagi Mirror Dimension seperti di dalam filem Doctor Strange, dan menariknya ia mempunyai kelibat bangunan pencakar langit Menara Maybank.
The Guardians of the Galaxy
Seriously, comel sangat bila dapat menari bersama Groot! Hehe..
Selain Groot, korang juga akan berjumpa Star-lord dan Gamora di sini.
Ads
Black Panther
Seperti filemnya, bilik Black Panther memang menyerlah dan over-the-top!
Terdapat ruang makmal Shuri dan juga kostum sebenar Black Panther yang disarungkan oleh Chadwich Boseman daripada filem keluaran 2018 itu.
Ant-Man
Dialah antara sebab utama bagaimana adiwira Avengers boleh menangani Thanos & tenteranya.
Masuki ruang Quantum Realm dan saksikan sendiri prop sebenar makmal Pym Tech Rolling daripada filem Ant-Man & The Wasp.
Adakah Carol Danvers adiwira terkuat di kalangan Avengers? Well, that is (still) debatable. Namun bilik Captain Marvel ini sememangnya antara yang paling menarik kerana korang boleh memilik warna kostum Starforce miliknya.
Avengers
Bukan mudah untuk kita ingat kesemua babak pengenalan infinity stones dalam filem keluaran MCU sejak 2008.
Di sini, korang boleh track back cerita sebenar infinity stones, berjumpa dengan figura Thanos dan replika nano gautlet.
Akhir sekali…
Apa lagi, dapatkan merchandise original MCU. Ada yang harganya mampu dimiliki, ada yang mencecah RM8000 bagi collector tegar.
Kemudian, jangan ketinggalan bergambar bersama famili MCU di bahagian terakhir iaitu class photowall.
*
Bagi yang ingin ke sini, terdapat promosi harga tiket early birds yang boleh korang rebut. Layari laman web marvelexhibition.my untuk mengetahui promosi yang sedang dijalankan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan penyanyi, Wani Kayrie di pentas Anugerah Televisyen Asian (ATA) Ke-28 baru-baru ini telah memperoleh perhatian ramai.
Peluang siswazah Management & Science University (MSU) itu untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa selama dua malam berturut-turut sewajarnya meraih pujian ramai pihak memandangkan Wani merupakan penghibur tunggal negara yang terpilih untuk berkongsi pentas berprestij itu bersama barisan artis dari rantau Asia Tenggara lain.
Kongsi Wani kepada REMAJA sewaktu dihubungi, dia berpeluang untuk menyampaikan tiga buah lagu (dua buah lagu pada hari pertama acara dan sebuah lagi pada hari kedua acara).
Persediaan tentulah dilakukan serba-serbi baik dari segi vokal & koreogradi serta dari segi rekaan busananya dan tata gaya di acara itu. Kesemnya dititikberatkan oleh Wani agar impiannya untuk membawa elemen-elemen dari Malaysia ke peringkat antarabangsa tercapai.
“Pakaian saya adalah adibusana (customed outfit) yang mempunyai unsur-unsur tradisional. Selebihnya, saya lakukan persediaan sendiri dari segi vokal dan tarian.
“Semestinya saya merasa terharu malah berbangga kerana ini adalah edisi kedua Wani dijemput oleh Asian TV Awards.
“Biarpun dahulunya di Filipina dan kali ini di Vietnam pula, saya amat berbesar hati kerana negara luar memandang bakat saya lebih daripada apa yang saya inginkan.”
“Peluang membuat persembahan di peringkat antarabangsa ini adalah impian setiap penyanyi yang sudah lama berkarya dalam industri dan saya rasa saya sudah mencapai tanda aras itu untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa,” ujarnya kepada REMAJA.
Dalam perkembangan lain, Wani kini dalam proses menantikan demo-demo lagu daripada para komposer berbakat. Penyanyi lagu ‘Kamu Kamu’ itujuga dalam proses rakaman sebuah lagu cover yang diuruskan oleh Rocketfuel Entertainment dan khabarnya melibatkan seorang penyanyi duet.
Haa, tak sabar nak tahu siapakah gerangan penyanyi duet tersebut!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sekian lama peminat menantikan kemunculan single terbaharu Lisa Blackpink, kini penyanyi berasal dari Thailand itu telah pun melancarkan video muziknya, ‘LALISA’ di YouTube kira-kira dua jam lalu.
Lisa sebelum ini mengaku bahawa dia ingin memasukkan unsur budaya Thailand ke dalam single solo terbaharunya. Tidak hanya itu, peminat juga dapat melihat busana dan tarian tradisional Thailand yang dipersembahkan dalam muzik videonya itu.
Selebriti popular ini tampil dengan membawakan koreografi bertenaga mengikut alunan muzik tempo yang catchy.
Baru sahaja dua jam dilancarkan, ‘LALISA’ telah mendapat 15 Juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) di YouTube dan turut menjadi trending di laman Twitter.
Baru-baru ini, Christian Yu atau lebih dikenali sebagai DPR IAN, salah seorang pengasas kolektif muzik popular Korea Selatan Dream Perfect Regime (DPR), mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewa terhadap bekas rakan kongsi melalui beberapa hantaran emosional di aplikasi X pada 6 Oktober lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, DPR IAN mendakwa bahawa dirinya tidak pernah menerima sebarang bayaran atau pampasan kewangan atas sumbangan kreatifnya selama lebih 10 tahun bersama DPR. Lebih mengejutkan, beliau turut menuduh rakan pengasas bersama, Scott Kim, telah mengambil kredit serta kawalan penuh terhadap hasil kerja DPR tanpa pengetahuannya.
Konflik Antara Christian Yu dan Scott Kim
Pada masa yang sama, DPR IAN menafikan dakwaan bahawa dirinya menjadi punca utama kepada keluarnya DPR LIVE dari kumpulan tersebut pada tahun 2023. Beliau menegaskan bahawa sepanjang tempoh bersama, beliau bertanggungjawab menyunting, mengarahkan, mengonsep serta menghasilkan hampir keseluruhan projek Dream Perfect Regime.
Menurut kenyataan rasmi, Christian Yu mendedahkan rasa kecewa kerana tidak dihargai selepas memberikan seluruh hidup dan tenaga untuk membangunkan DPR. Beliau turut menyatakan bahawa dirinya menerima imbuhan yang jauh lebih sedikit berbanding staf yang diambil untuk bekerja dalam pasukan tersebut.
DPR IAN Dedah Tekanan Emosi dan Isu Kepimpinan
Dalam luahan yang sama, DPR IAN menyentuh tentang perjuangan peribadinya menentang masalah kesihatan mental di tengah tekanan kerja dan konflik dalaman. Beliau turut mengisytiharkan dirinya sebagai CEO serta penerbit eksekutif sah bagi Dream Perfect Regime, sambil menitipkan mesej pedas kepada Scott Kim dengan berkata bahawa dia berharap “tidak akan pernah menemui kedamaian” atas apa yang berlaku.
Reaksi Dari Ahli Lain Dream Perfect Regime
Dua hari selepas pendedahan tersebut, DPR LIVE tampil membalas melalui aplikasi X dengan menolak dakwaan adanya konflik peribadi antara dirinya dan DPR IAN. Namun, beliau menuding kepada figura lain bernama Jeff Son sebagai individu yang memonopoli keuntungan serta pemilikan jenama Dream Perfect Regime.
Kisah ini sekali lagi membuka tirai kepada konflik dalaman yang selama ini tersembunyi di sebalik kejayaan besar kolektif tersebut. Pertikaian mengenai hak cipta, pembahagian aset, serta kawalan kreatif kini menjadi topik hangat di kalangan peminat dan pemerhati industri muzik Korea.
Kedudukan Terkini Dream Perfect Regime
Berdasarkan maklumat rasmi, jawatan CEO Dream Perfect Regime kini dipegang oleh Kim Hyunsoo, yang sebelum ini dikenali sebagai pengurus peribadi kepada DPR LIVE. Sebelum ini, kedudukan tersebut disandang oleh Scott Kim yang kini dituduh mengambil alih kredit serta hasil kerja kreatif yang selama ini diusahakan oleh Christian Yu.
Pendedahan konflik dalaman ini menjadikan nama DPR IAN kembali trending dalam kalangan peminat muzik Korea, sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada penggiat industri yang memerhati perkembangan Dream Perfect Regime dengan penuh minat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!