Aplikasi TikTok menjadi kegilaan ramai golongan muda dan remaja sehingga memiliki ratusan juta pengikut seluruh dunia, remaja Malaysia merupakan salah satu negara yang terkena gelombang ini dah boleh dikatakan aplikasi ini mampu menjadi sumber kewangan bagi sesetengah pihak.
Namun tidak semuanya tentang aplikasi ini disenangi ramai, terbaru, Lembaga Telekomunikasi Pakistan dalam sebuah ciapan di Twitter telah menyatakan bahawa aplikasi tersebut tidak lagi boleh diakses di negara itu.
Dalam ciapan yang menyiarkan siaran akhbar itu menyatakan, memandangkan sejumlah aduan dari pelbagai lapisan masyarakat terhadap kandungan tidak bermoral / tidak senonoh pada aplikasi perkongsian video TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan telah mengeluarkan arahan untuk menyekat aplikasi tersebut.
Ads
Melihat pandangan dan jenis kandungan yang dimuat naik secara konsisten di TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan mengeluarkan notis terakhir kepada aplikasi tersebut dan memberikan banyak masa untuk bertindak balas dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa untuk mengembangkan mekanisme proaktif yang berkesan untuk menyederhanakan kandungan atas talian yang tidak mematuhi undang-undang.
Namun, aplikasi tersebut gagal mematuhi arahan sepenuhnya, oleh itu, arahan dikeluarkan untuk menyekat aplikasi TikTok di negara ini.
ADA YANG TIDAK BERSETUJU
Ads
Namun begitu tidak semua pihak bersetuju dengan langkah yang diambil ini. Sebagai contoh, dalam satu ciapan di Twitter oleh Amensty International South Asia, pertubuhan tersebut menyatakan yang kerana semata-mata kempen melawan unsur kesat, rakyat dinafikan hak untuk mengeksperesikan diri di atas talian. Kempen untuk menyekat TikTok ini datang bersama latar semasa yang mana suara disenyapkan di televisyen, kolum hilang dari surat khabar, laman sesawang diblok dan iklan televisyen disekat.
Ads
Menurut ciapan itu lagi, pihak Amnesty International South Asia berharap agar keputusan untuk menyekat TikTok di Pakistan diundur semula dan melonggarkan genggaman terhadap apa yang rakyat di negara itu boleh baca, tonton, bercakap, menulis dan sebagainya.
***P/S – Bagi penulis penggunaan aplikasi media sosial ada baik dan buruknya jika tidak dikawal dengan baik. Tidak kiralah apa pun jenis aplikasi tersebut.
Malang tidak berbau, itulah yang terjadi kepada peserta rancangan nyanyian realiti yang menampilkan BBNU, Big Stage musim ke-3 ini.
Menurut laporan Mstar, Sandra Dianne terbabit dalam kemalangan dan ia disahkan sendiri oleh wakil syarikat rakaman Sony Music berhubung perkara ini.
Buat masa ini (ketika laporan) Dianne masih berada di dalam wad kecemasan dan belum ada apa-apa keputusan dari doktor yang merawat di Hospital Putrajaya.
Sandra bersama finalis Big Stage musim ke-3
Sandra masih lagi antara finalis yang menruskan cabaran ke minggu seterusnya di Big Satge yang masih berlangsung di PICC, Putrajaya.
Pihak Remaja mendoakan agar Sandra cepat sembuh seperti sedia kala dan segalanya dipermudahkan.
Sumber: MStar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika zaman dahulu, hotel menjadi tumpuan untuk menginap ketika bercuti. Namun ketika ini sudah banyak home stay diwujudkan bagi menampung keperluan terutamanya melibatkan jumlah ahli keluarga yang ramai. Bukan saja murah tapi dikira berbaloi berbanding menyewa hotel yang tidak boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.
Tapi malangnya ramai yang ghairah cari duit tak halal dengan memasukkan nama dan akaun bank sewaan rumah sedangkan rumah tak wujud pun.
Akak ini, Nur Ahmad berkongsi kisahnya kena tipu dengan “tuan rumah” yang rumahnya mungkin tak wujudpun ketika menempah apartment dalam percutian ke Pulau Pinang melalui laman web Booking.Com. Siap kena maki lagi dan bila call boleh pula tuan rumah tanya siapa nie sedangkan duit semua dah ambil.
Baca kisahnya…
As-Salam. Saya nak berkongsi information ni pd semua fb friends supaya tidak ada orang lain dapat masalah yang sama. Percutian kali ni walau sangat-sangat pendek tapi ada masalahnya.
Selalu cuti di negara orang, tak de pulak ada masalah macam ni. Saya cuma minta hati-hati dengan makhluk dalam gambar ni ya. Tak pasti sama ada ini memang muka dia atau muka org lain. Sbb tak pernah kenal.
Saya book apartment dia (Jazz suite) via booking.com sehari sebelum terbang ke Penang kerana apartment yg dah dibook sebelum ni tiba2 ownernya cancel tanpa sebab tp atas alasan dia salah tgk date booking (confirmation number semua dh dapat jugak).
Tak tahulah sama ada ini adakah lelaki yang juga tuan rumah tapi inilah wajah yang tertera di laman web booking.com seperti didakwa
Ini buktinya, semua bayaran sudah dibuat dan tempahan sudah dinyatakan tetapi bila sampai di sana, hanya makian yang dapat. Memang kejam kan
Lepas book apartment ‘Jazz Suite’ ni, semuanya OK. Dapat email confirmkan dan pembayaran pun dah dibuat ke booking.com (saya cuba book few other hotels dan apartment tp semua fully booked). Jazz suite ni kena bayar full dan tak boleh refund kalu kita cancel.
Ok. Kami sampai Penang kul 0930 pagi. Pukul 1 petang saya call dia utk bertanya pukul brp boleh collect kunci rumah. Dia jawab call sgt kasar ‘awak siapa, awak siapa?’. Kita explain la tp x boleh nak ckp sbb dia terus potong cakap ‘wassup details!’ dan terus putuskan line.
Saya ws detail dan antar screenshot confirmation ni. Dia baca few mins later tp langsung tak jawab apa2. Saya ws lagi dan dia hanya bagi blue tick. No answer. Ok la..cuba sangka baik. Tgh drive kot and boleh check in pun pukul 3. So, kami drive dan masuk ke mall di Tanjung Tokong (20 mins drive ke Jazz Suite dan ddk minum air (anak2 dah start penat dan ngantuk sbb bangun kul 4.30 pagi aritu).
Ingat nak dpt bilik awal boleh rehat2 dan tidur sblm explore Penang. Pukul 2.50, husband cuba call dia (guna hp saya) dan jawapan sama mcm mula2 saya call tadi. ‘AWAK SAPA, AWAK SAPA?’
Ws saja la! Husband cuba explain dia siapa tapi si mamat Jazz ni terus hang up! Saya pulak cuba call lagi. Masa tu pukul 3.05 dah. Dah mmg waktu check in dah. Dia tak jawab langsung! Few times call dia tak jawab2 jugak. Husband dah hilang sabar call booking.com terus. Luckily ada mat salleh yg menjawab dan husband citer semua what happen.
Mat salleh di booking.com tu terkejut, customer dapat bad treatment mcm tu dan dia offer utk call sendiri mamat Jazz Suite ni. Few mins later, Mr Smith ke apa ke nama ntah kat booking.com tu call kami semula dan cakap dia pun kena sergah dgn si mamat ‘Jazz Siut’ dan hang up call. And derang malu la customers dilayan mcm tu dan offer utk bookingkan kami apartment lain tanpa kami bayar extra cost kalu apartment baru nnt harga lebih mahal.
So, he did n kami dpt new apartment. Tapi, lepas tu mamat ‘Jz Siut’ ni later ws saya guna voice note dan suruh call dia! Aaaiii…kita customer, patut dia la call kita kan…tp x pe. Husband call dia, dia jawab. Husband tanya dia apa masalah dia tak nak jawab call kita earlier dan ckp kat mana boleh collect kunci sbb kita ‘guests’ dah penat dan nak rehat (masa ni dah pukul 4 lebih).
Dia terus bagi ‘F’ word pada husband dan hang up!! Kuang ajar betul mamat tu. Apa benda la buat bisnes tapi tak de etika dan tak honour booking orang. Husband terus complain ke booking.com dan minta pihak booking.com amik action or review lagi peluang dia berbisness di situ. Duit dah bayar segala, dia buat hal pulak. Nasib baik booking.com kata derang belum masukkan duit tu ke acc ‘jazz siut’ tu.
Saya beritau ni bukan nak jatuhkan bisnes dia ya, tp cuma tak nak org lain jugak terkena mcm kami kena. (Pukul 6.40 baru dpt bilik kat tmpt lain). Lembik rasa badan kepenatan + traffic yg heavy kat Penang buat mood hilang betul lepas tu. Just hati2. Jgn la book Jazz Suite ni.
Tak tau la mmg wujud ke tak apartment ni sbb lepas kami dpt new apartment, kami lalu depan building Jazz Suite ni. Kami tengok building tu masih dlm pembinaaan (x sure la kalu yg kat atas2 dh siap). Apapun just be careful. Pengajaran utk kami…book je la 3 bilik kat hotel kalu tak dpt apartment utk cater 6 org.
Malam 14 Jun 2022 nyata merupakan malam milik Malaysia setelah pasukan bola sepak kebangsaan berjaya menundukkan pasukan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus menempah slot ke kejohanan Piala Asia 2023.
Ini merupakan kali pertama Malaysia layak ke pusingan akhhir Piala Asia secara merit dalam tempoh 42 tahun. Kali terakhir ia dilakukan secara merit adalah pada tahun 1980 manakala pada pusingan akhir Piala Asia 2007 pula, Malaysia beraksi kerana mendapat tiket selaku tuan rumah.
Ternyata, sokongan penyokong di stadium (dan tentunya di hadapan kaca televisyen) telah menjadi di antara faktor yang memangkin semangat pemain. Tanpa penat lelah, kelompok Ultra Malaya terus bersorak dan menyanyikan lagu semangat khas buat pemain Malaysia.
Ia secara tidak langsung menangkis kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyifatkan sorakan penyokong boleh membuatkan pemain Harimau Malaya hilang fokus sewaktu kalah kepada pasukan Bahrain, 11 Jun lalu.
Antara kain rentang gergasi yang gigih disediakan dan diperagakan oleh Ultra Malaya.
Jika diamati secara teliti di kaca televisyen semalam, tentu ada sebahagian daripada korang yang perasan dengan kain rentang yang digantung oleh Ultra Malaya semalam. Kain rentang yang berbunyi, “Peja Jgn Sap Gam !!!” (Faizal Azumu, Jangan Hisap Gam) merupakan indikasi kepada betapa tidak masuk akalnya kenyataan Faizal mengenai sokongan Ultra Malaya.
Foto yang menunjukkan kain rentang itu juga kini telah tersebar luas di media sosial serta aplikasi pesanan mesej hinggakan ia mendapat perhatian daripada empunya badan, Faizal sendiri.
Menerusi ciapan di Twitter, Faizal memberi respon balas dengan berkata, “Nasihat yang amat baik kepada saya dana kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita.”
Terdahulu, Faizal cuba menarik balik kenyataan asalnya yang mendatangkan amarah kepada ramai pihak dengan memohon maaf atas kesilapan kata-kata.
“Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.
“Cakap-cakap bola saya sebelum ini disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” ciapnya, juga di Twitter.
Apapun, jangan kita putus semangat untuk terus memberikan sokongan kepada pemain bola sepak serta para atlet sukan negara yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.