Home Blog Page 1886

Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?

Bermain dengan api. Inilah keberanian yang ditunjukkan oleh Presiden Amerika Syarikat apabila 6 Disember lalu mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu kota baru Israel.

Ekoran pengumumannya itu, muncullah isu boikot produk-produk Isreal melibatkan pelbagai barangan kegunaan harian, makanan dan banyak lagi.

Banyak media sosial khususnya mula menyenaraikan produk-produk keluaran Amerika dan Israel  mulai mengajak seluruh umat islam tidak membeli barangan ini demi memberi pengajaran kepada kuasa ekonomi besar ini. Dan isu boikot ini bukan isu baru, sudah lama.

Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?
Produk Amerika/ Israeal yang diancam boikot – pix internet
Suatu ketika dahulu di saat Israel rakus membedil Palestin, isu boikot ini turut muncul. Dilaporkan  Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.
“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya. (sumber Sinar Harian 2014).

Ini bermakna, kuasa umat Islam seramai 1.6 bilion di seluruh dunia mampu memberikan kesan ekonomi kepada kuasa besar yang tamak dan rakus ini jika sama-sama memboikot produk yang dikeluarkan oleh negara kejam.

Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?
Jika 1.6 bilion umat Islam di dunia bersatu dalam boikot ini, mampu merudumkan ekonomi negara terlibat

Pelbagai jenama besar dan biasa dibeli dan menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini adalah jenama seperti Coca-Cola, Starbucks, Nokia, Johnson & Johnson, Colgate,  Adidas, Apple dan Mc Donald juga disebut-sebut antara produk yang harus diboikot.

Hati-hati sebelum menyebarkannya?

Gerbang Alaf Sdn Bhd, pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia  membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi di sini berhubung individu dan kumpulan yang melakukan dakwaan palsu mengenai McDonald’s Malaysia.

Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?
Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar – pix Mstar Online
Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, laporan yang dibuat pada Rabu  itu turut melibatkan pihak yang menyebarkan maklumat tidak berasas mengenai McDonald’s Malaysia melalui platform media sosial dan saluran lain.
“Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai isu ini,” katanya semasa sidang media mengenai isu boikot McDonald’s Malaysia di sini, Khamis.

Katanya, antara tohmahan yang dikaitkan adalah berkaitan sumbangan McDonald’s Amerika Syarikat (AS) kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program Pemberian Sepadan (Matching Gift).

Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?
Mc Donald di Amerika
Azmir yang menafikan perkara itu berkata, di AS, sudah menjadi kelaziman untuk syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan yang bertujuan menggalakkan pekerja mereka menderma kepada badan kebajikan, katanya.
“Program ini tidak khusus kepada McDonald’s kerana banyak syarikat lain di AS, termasuk sebahagian besar syarikat Fortune 500, mengendalikan program tersebut (dianggarkan lebih 60 peratus syarikat Fortune 500),” katanya.

Beliau berkata, JUF merupakan antara banyak badan di AS yang berhak menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan tersebut.

Azmir juga menafikan dakwaan bahawa McDonald’s Malaysia menyalurkan sebahagian hasil jualannya di Malaysia kepada McDonald’s AS setiap tahun sebaliknya bayaran itu adalah royalti ke atas jenama McDonald’s itu sendiri.

Beliau berkata, setiap keuntungan daripada jualan akan digunakan bagi projek pelan masa hadapan McDonald’s Malaysia, termasuk menambah cawangan restoran di Malaysia.

“Sebahagian daripada pelan perniagaan 10 tahun kami, kami komited untuk melabur lebih daripada RM1.4 bilion bagi meningkatkan bilangan restoran McDonald’s di Malaysia kepada 450 buah menjelang 2025, mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan.
“Buat  masa ini, terdapat 265 restoran McDonald’s di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 12,000 pekerja, di mana 80 peratus daripada pekerja kami adalah beragama Islam,” katanya.
Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?
Isu boikot Mc Donald Amerika Vs EU yang pernah muncul suatu ketika dahulu – pix internet
Beliau berkata, McDonald’s Malaysia juga berhak menuntut ganti rugi daripada pihak yang memboikot, sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan akibat tindakan boikot tersebut.

Selain itu, Azmir berkata, pihaknya juga telah  mendapatkan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa seruan ‘wajib boikot’ hanya sah jika diperintahkan oleh umara’/pemerintah negara.

“Dalam konteks ini, pemimpin negara dan mana-mana pihak berkuasa Islam dalam Malaysia tidak  pernah mengeluarkan  apa-apa perintah memboikot McDonald’s Malaysia,” katanya.

Justeru itu katanya, sebarang seruan mewajibkan boikot ke atas McDonald’s adalah salah daripada  perspektif Islam.

Beliau berkata, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyarankan supaya individu atau pertubuhan bukan kerajaan yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu supaya  mengeluarkan kenyataan terbuka menarik balik kesemua tuduhan ke atas McDonald’s Malaysia.- Bernama.

Ini Hak Bersuara Rakyat Malaysia

Apa kaitan isu kebebasan bersuara dengan isu boikot ini?

Untuk pengetahuan, kebebasan bersuara di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Bahagian II dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan bagi menjamin kebebasan asasi manusia. Salah satu kebebasan asasi adalah kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang terkandung di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara adalah asas kepada kewujudan demokrasi dan menghormati maruah manusia.

Perkara 10(1)(a) memperuntukkan setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara. Warganegara Malaysia mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan buah fikiran mereka setakat mereka tidak menyentuh pada isu-isu sensitif yang telah dikenal pasti oleh Parlimen dalam perkara 10(4).

Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?

Kebebasan bersuara dalam negara kita tidak dijaminkan secara mutlak dan hanya terbatas kepada warganegara sahaja. Parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap kebebasan bersuara melalui undang-undang jika mendapati sekatan tersebut perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Tapi awas ya, kebebasan bersuara sama sekali berlainan dengan menghasut biarpun kita bebas menyuarakan pendapat. Ya, memang tak salah bercakap tetapi kena faham, percakapan itu menjurus kepada soal apa?

Kebebasan bersuara sering dikaitan dengan perbuatan menghasut. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan adalah dianggap oleh undang-undang  sebagai melakukan kesalahan yang boleh dihukum hingga lima tahun penjara atau RM5,000 didenda.

Kebebasan mengeluarkan pendapat terhadap sesuatu isu adalah berbeza daripada menghasut yang cuba menyebabkan kehuru-haraan.

Bagaimana dengan ahli Parlimen pula?

Ahli Parlimen mempunyai kebebasan bersuara yang lebih luas semasa berada dalam prosiding Parlimen. Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keistimewaan Parlimen yang menjamin hak ahli Parlimen ketika mereka membincangkan sesuatu isu dalam sidang Parlimen.

Perkara 63(2) memperuntukkan tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara).

Antara Hak Bersuara Untuk Boikot Produk & Tindakan Saman Balik : Siapa Betul?

Walaupun ahli Parlimen mempunyai hak bersuara yang luas semasa berada dalam prosiding Parlimen, mereka juga tertakluk kepada sekatan yang diperuntukkan dalam perkara 63(4) iaitu mereka tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang telah dikenal pasti dalam perkara 10(4) dan juga mengatakan sesuatu yang akan dihukum di bawah Akta Hasutan 1948. Sumber Wikipedia.

Jadi fahamlah sendirilah ya, apa kebebasan bersuara dengan menghasut!

 

 

7 Sebab Utama Kenapa Peminat Bintang Follower Instagram Paling Ramai Selena Gomez Sangat Menyayanginya

Dalam beberapa hari lepas, Remaja ada mengeluarkan satu artikel tentang jumlah pengguna Instagram terkini dan akaun yang mempunyai followers paling ramai di dunia. Posting artikel tersebut turut Remaja kongsikan bersama pembaca di Instagram kami.

Dan di situ kami dapat lihat betapa sayangnya peminat-peminat Selena Gomez yang memberi komen dan memperbetulkan fakta yang kami nyatakan dalam artikel. Sebebarnya fakta itu tidak salah, cuma ralat daripada pihak kami dengan tidak menyatakan secara spesifik bahawa senarai itu merupakan dalam ketegori atlet & food (chef) di seluruh dunia.

Sekali lagi, Remaja ingin mohon maaf jika menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama pimnat setia Selena Gomez yang merupakan orang yang mempunyai jumlah follower paling ramai di Instagram pada masa ini dengan jumlah lebih 131 juta followers.

7 Sebab Utama Kenapa Peminat Bintang Follower Instagram Paling Ramai Selena Gomez Sangat Menyayanginya

Melihatkan reaksi ramai yang mempertahankan Selena, Remaja sedar betapa sayangkan mereka kepada bekas bintang besar Disney suatu ketika dahulu. Ini turut membuatkan kami berasa tertanya-tanya; why did her fans very protective of her?

Walaupun bergelar sebagai bintang besar pada skala global, Selena Gomez sangat terkenal dengan keramahannya dengan peminat. Agak jarang untuk kita temui penyanyi popular sepertinya sanggup luangkan masa membalas komen, melakukan kunjungan serta pelbagai reaksi spontan kepada peminat yang super cute dan awesome.

Nak tahu kenapa fans Selena Gomez sayang sangat kepadanya. Ini Remaja senaraikan 7 contoh mengapa dia cukup disayangi peminat terutamanya di Instagram. Like Selena said, killing them with kindness!

1. Sentiasa memberikan dedikasi ucapan terima kasih kepada peminat

2. Saat dia tagged peminatnya dan menyatakan ‘I love you’. So cute!

Remember 🙂 always

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

3. Memberikan kejutan kepada peminatnya di rumah dan dalam bilik mereka sendiri!

4. Mengalirkan air mata kerana terharu dengan sokongan peminatnya selama ini.

5. Pernah menelefon peminatnya!

6. Tak pernah segan meminta maaf sebab terlepas pandang mesej daripada peminat

7. Setiap kali menjayakan konsert, dia tidak akan hampakan peminat untuk bergambar beramai-ramai

Ottawa, Canada -sick sick sick night ?? love you guys

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

 

How you can not love her right. Just look at that!

?

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

10 Instagram Personaliti Paling Ramai Follower

1. Selena Gomez (@selenagomez) 131 juta – penyanyi & aktres
2. Cristiano Ronaldo (@cristiano) 117 juta- pemain bolasepak
3. Ariana Grande (@arianagrande) 116 juta – penyanyi & aktres
4. Beyonce (@beyonce) 109 juta – penyanyi
5. Kim Kardashian (@kimkardashian) 105 juta – bintang realiti TV
6. Taylor Swift (@taylorswift) 105 juta – penyanyi
7. Kylie Jenner (@kyliejenner) 100 juta – bintang realiti TV
8. Dwayne Johnson (@therock) 97 juta – pelakon & penggusti WWE
9. Justin Bieber (@justinbieber) 95 juta – penyanyi
10. Kendall Jenner (@kendalljenner) 85 juta – peragawati

 

 

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Sekeping gambar mampu menceritakan segalanya. Dari gambar kita akan belajar erti kehidupan, kemanusiaan, membentuk kasih sayang dan ada ketikanya mampu menyemai rasa kebencian.

Saksikan gambar-gambar menarik dari seluruh dunia yang telah memenangi pertandingan bagi kategori alam semulajadi yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Wildlife (Hidupan Liar), Landscapes (pemandangan), Aerials (udara) dan Underwater (bawah air) anjuran National Geographic bagi tahun 2017.

Pemenang hadiah utama menerima US7500 dan diterbitkan di majalah National Geographic selain @NatGeo Instagram akaun. Manakala pemenang pertama akan menerima US2500.

CATEGORY WILDLIFE

Grand Prize

Face To Face In A River In Borneo

 Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Photo  by Jayaprakash Joghee Bojan

2nd Place

Mother Love

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Photo  by Alejandro Prieto

3rd Place

WHITE FIGHTERS

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Pusztaszer, Csongrad, Hungary / Photo  by Bence Mate

Honorable Mention

MACAQUE MAINTANANCE

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Photo by Lance McMillan

People’s Choice, Wildlife

 Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Newport, New Hampshire, United States / Photo  by Harry Collins

 CATEGORY LANDSCAPES

1st Place Winner

FIRE FALL

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Kapaahu, Hawaii, United States / Photo  by Karim Iliya

2nd Places
DUSHANZI GRAND CANYON

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Dushanzi, Xinjiang Uygur Zizhiqu, China / Photo by Yuhan Liao

3rd Places

ILLUMINATE

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Grand Canyon, Arizona, United States / Photo  by Mike Olbinski

Honorable Mention, Landscapes

COLD AND MISTY

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Gârcina, Neamt, Romania / Photo  by Gheorghe Popa

People’s Choice

KALSOY

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Trøllanes, Eysturoy, Faroe Islands / Photo  by Wojciech Kruczyński

CATEGORY AERIALS

1st Place Winner

ROCK POOL

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Collaroy, New South Wales, Australia / Photo  by Todd Kennedy

2nd Place

FROM ABOVE

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Kaizu, Shiga, Japan / Photo  by Takahiro Bessho

3rd Place

DRIP

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Photo by Greg C.

Honorable Mention

LIFE AFTER LIFE

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Photo  by Agathe Bernard

People’s Choice

MEANDERING CANYON

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Photo by David Swindler

CATEGORY UNDERWATER

1st Place Winner

FLUORESCENT ANEMONE

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Hoodsport, Washington, United States / Photo  by Jim Obester

2nd Place

IN YOUR FACE


Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Photo by Shane Gross

3rd Place

FLYING FISH IN MOTION

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Palm Beach, Florida, United States / Photo by Michael O’Neill

Honorable Mention

JENNIFER ONEIL PREDATORS ON A BAIT BALL

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Kralendijk, Bonaire, Bonaire, Saint Eustatius and Saba / Photo  by Jennifer ONeil

People’s Choice

DRIFT

Gambar Terbaik Dunia Di National Geographic Nature Photographer Of The Year 2017

Location: Shell Cove, New South Wales, Australia / Photo by Matthew Smith

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi

0

Hari ini menandakan hari para pelajar yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mengambil slip keputusan mereka.

Ada yang tak sabar-sabar menantikan keputusan setelah berbulan-bulan mereka berhempas pulas concentrate pada pelajaran.

Ada juga yang sedikit cuak kerana tidak menyangka hari ini akan tiba juga. Hehe cuak ke dik?

Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi
Sebahagian daripada 171 pelajar dengan slip keputusan PT3 mereka di SMK Putrajaya Presint 16 (1). – Foto Bernama

 

Daripada 425,251 calon yang mengambil peperiksaan penilaian tersebut pada Oktober lalu, beribu-ribu calon telah memperoleh keputusan yang amat cemerlang. Lalu, ia menandakan kualiti pelajardi Malaysia memang bukan calang-calang orangnya.

TAHNIAH korang, you should definitely be proud of your achievement and effort!

Antara yang telah memperoleh keputusan cemerlang ialah 4 kelompok pelajar ini. Semuanya datang daripada latar belakang berbeza dan setiap seorang mempunyai kisah menarik untuk dikongsikan di sebalik kejayaan mereka itu.

Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi

Tak Perlukan Tuisyen

Tatkala ramai pelajar seluruh negara mengharapkan kepada kelas tambahan di pusat tuisyen, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih, Kuantan ini nampaknya tidak memerlukannya.

Allyia Loo Zainai yang lebih mesra dengan panggilan Allyia muncul sebagai pelajar tunggal berbangsa Melayu di sekolah tersebut yang memperoleh keputusan 10A bersama lima lagi pelajar dengan keputusan yang sama.

Boleh ke kalau tiada kelas tuisyen pada zaman ini? Well, Allyia telah membuktikan itu tidak mustahil.

Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi
Allyia bersama ibu bapanya, Zainal Md Desa dan Mariana Abdullah. Dia turut menjadikan kejayaan kakak sulungnya yang kini belajar di Amerika Syarikat sebagai dorongan utama meraih keputusan tersebut. Foto – Sinar Online

 

“Saya selalu mengulang kaji di rumah dengan bantuan ibu. Semasa di dalam kelas pula, saya berikan tumpuan sepenuhnya dan rajin bertanya cikgu serta rakan jika ada perkara yang saya tidak faham,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.

“Sebelum ini saya hanya mendapat keputusan 8A 2B untuk percubaan, jadi saya happy dengan keputusan ini. Tambahan pula kerana ini adalah kali pertama saya mendapat A untuk subjek Sains!”

 

Jangan Risau Tentang Duit

 Ayah kepada pelajar Nurhannan Mohd Fauzi sering mengingatkan anaknya itu untuk sentiasa menjaga solat, berpegang kepada al-Quran dan jangan pernah berhenti berusaha.

“Pesan ayah, al-Quran itu adalah kunci kepada kejayaan kita. Beliau juga selalu cakap, jangan risau sangat tentang duit. Sekiranya kita berusaha, insyaAllah Tuhan akan menolong kita,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Islamiah Mersing, Johor.

Nurhannan mengakui dia terkejut ketika memperoleh keputusan 8A kerana ketika percubaan, pelajar tersebut hanya memperoleh 2A saja.

Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi
Nurhannan (dua dari kiri) bersama rakan-rakan lain menerima keputusan di sekolah, sebentar tadi. Selain ingin meneruskan keputusan peperiksaan cemerlang, dia juga berhasrat untuk fokus dalam aktiviti menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas menamatkan SPM kelak. Foto – Sinar Online

 

“Sejak dapat keputusan percubaan, saya cuba tingkatkan usaha ke arah subjek yang saya lemah.

“Saya cuba fokus di dalam kelas saja kerana bila berasa di rumah, saya mengikuti kelas mengaji yang dijalankan oleh ayah di Wakaf Darul Quran dan kelas itu hanya habis pada jam 10 malam

Mengakui antara subjek yang digemarinya ialah Bahasa Arab, penulis tertanya juga mengapa subjek itu menjadi pilihan sedangkan ramai pelajar yang mengatakan ia susah.

“Awal-awal je pening sedikit kerana perkataannya hampir sama. Tapi lama kelamaan bila saya sudah menguasainya sedikit, Bahasa Arab menjadi semakin menyeronokkan.”

 

Dekatkan Diri Dengan Tuhan Selalu

“Kalau kita berusaha sekuat mana sekalipun tapi kita tak dekatkan diri dengan Tuhan, tak bermakna juga,” kata Muhammad Syazwan Khirudin yang ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut Jaya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu memperoleh keputusan 9A 2B dan baginya, ini hanyalah permulaan untuk dia mengejar cita-cita sebagai seorang akauntan kelak.

Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi
Muhammad Syazwan Khirudin (tengah) bersama rakan lain (dari kiri) Abdul Qayyum, Hakeem Haikal, Mohd Afizul dan Mohsein Mehdi.

 

“Tentulah, saya terkejut bila melihat keputusan ini. Apatah lagi kerana saya seorang saja yang memperoleh 9A di sekolah ini.”

“Bagi saya, belajar tetap belajar. Tapi ada masanya kami suka juga keluar sebentar untuk bermain bagi menghilangkan tekanan. Contohnya, permainan seringkas ‘baling selipar’ je.”

 

Belajar 4-5 Jam Sehari

Kata orang, kalau nak berjaya terpaksalah kita berusaha mengikut cara masing-masing.

Dan jika korang lebih selesa untuk belajar selepas waktu 12 tengah malam, so be it.

Yong Zong Sheng dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid, Johor Bahru ini sudah terbiasa untuk belajar pada waktu tersebut untuk empat ke lima jam sehari (or should we say, semalam).

Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi
Ras Qurratu Ain dan Zong Sheng bukan hanya bersekolah di tempat yang sama tetapi juga berjiran!

 

“Saya memang berminat untuk menjadi seorang doktor pakar pembedahan. Mungkin juga itu yang menaikkan semangat saya untuk mendalami subjek Sains dan belajar sehingga waktu awal pagi.

Berbeza pula dengan Ras Qurratu Ain Mohd Yusuf yang belajar di sekolah yang sama, dia memilih untuk belajar antara jam 8 malam hingga 11 malam. Walaupun waktu belajarnya berbeza, namun dia masih memperuntukkan tempoh 4-5 jam sehari.

=====================

Hebatkan mereka semua ni sehinggakan ramai di kalangan pelajar kolej dan universiti sekalipun memberi ‘tabik spring’ kepada mereka. Penulis berharap usaha pelajar PT3 pada tahun ini akan diteruskan sehingga ke peringkat SPM dan peringkat tertiari pada masa akan datang. Daebak!

5 Tip Memilih Aliran Sesuai Untuk Tingkatan 4

Pada hari ini, keputusan bagi calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah mula boleh didapati di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun tiada pengumuman secara berpusat dilakukan seperti tahun sebelumnya selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan PMR.

Untuk tahun 2017, seramai 424,251 calon menduduki peperiksaan di seluruh negara. Pelajar-pelajar dinilai mengikut empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.

5 Tip Memilih Aliran Sesuai Untuk Tingkatan 4

Jadi ke mana hala tuju pelajar selepas PT3? Tidak dapat dinafikan masih terdapat kekeliruan daripada ibu bapa dan terutamanya di kalangan pelajar sendiri bagaimana untuk menentukan hala tuju yang terbaik bagi pemilihan aliran sesuai bila ke tingkatan 4 nanti.

Difahamkan, pelajar-pelajar yang layak boleh memohon memasuki ke Tingkatan Empat di mana-mana sekolah terpilih termasu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara. Tujuh SBP menawarkan sejumlah 945 tempat untuk kemasukan pelajar Tinglatan Empat. Itu untuk pelajar yang cemerlang. Bagaimana pula dengan yang lain?

Bagi Remaja, PT3 memang peperiksaan dan penilaian yang penting tapi ia bukanlah titik nokhtah untuk pelajar mencapai kejayaan pada masa akan datang. Masih jauh lagi perlajanan mereka untuk ditempuhi.

Jadi bagaimana ntuk memilih aliran yang sesuai. Di sini Remaja ingin kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh membantu ke mana hala tuju pelajar selepas PT3.

5 Tip Memilih Aliran Sesuai Untuk Tingkatan 4

Aras Pencapaian

Keputusan PT3 boleh digunakan sebagai kayu pengukur pencapaian pelajar, terutamanya buat pelajar berminat untuk ke aliran Sains. Pencapaian bagi subjek seperti Sains dan Matematik harus diberi perhatian memandangkan lebih banyak subjek berkaitan akan dipelajari bila memasuki aliran Sains nanti. Ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Namun sekurang-kurangnya ini adalah indikator awal yang membolehkan atau membataskan pencapaian akademik pelajar di tingkatan 4 kelak. Pencapaian yang baik, tak bererti anda boleh buat dengan baik dalam aliran Sains dan juga pencapaian yang kurang memuaskan, tak bererti anda tak boleh buat dengan baik dalam aliran Sains.

Ukur Kemampuan

Selain daripada pencapaian PT3, perlu juga ada muhasabah diri menilai kemampuan belajar bagi 2 subjek tadi, iaitu Sains dan Matematik. Kalau kebiasaannya berdepan kesukaran untuk belajar dan sentiasa mendapat markah yang kurang memuaskan, maka kamu perlu pertimbangkan dengan sebaiknya. Adakah benar kamu ingin teruskan dalam aliran Sains? Jika bukan aliran Sains, bagaimana? Mungkin itu yang menjadi persoalan kamu. Percayalah aliran Sastera dan Teknik/Vokasional juga sangat penting. Bukanlah nak cakap dua aliran itu lebih senang tetapi mungkin kecenderungan kamu bukan pada aliran Sains. Nilai diri dengan sebaik mungkin, InshaAllah perancangan anda ini nanti akan akan jadi satu percaturan yang terbaik.

Kenal Pasti Minat

Untuk memilih aliran sama ada Sains, Saster atau Teknik/Vokasional juga boleh didasarkan kepada minat kamu terhadap bidang tertentu. Dengan minat, apa yang kamu lakukan pada masa akan datang akan menjadi lebih senang dan teratur. Tapi ingat, dengan minat sahaja kamu tidak akan ke mana tapi harus selari dengan pencapaian dan Kemampuan anda dalam subjek berkenaan. Minat dalam aliran Sains atau Sastera juga boleh ditentukan melalui Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kamu boleh rujuk guru kaunseling sekolah untuk ketahui potensi kamu ke arah mana.

Jangan Segan Bertanya

Malu bertanya sesat jalan. Begitulah lumrah hidup, kita memang tidak boleh nak buat pandai sendiri jika tidak tahu. Sebagai seorang pelajar kamu tidak harus berasa malu atau segan untuk bertanya kepada guru. Contohnya kalau kamu ingin ambil aliran Sains, pergilah berjumpa guru Sains dan Matematik. Selaku pembimbing kamu dia lebih mengetahui adakah kamu boleh teruskan dengan minat terhadap aliran tersebut. Jangan malu untuk kadikan guru mereka sebagai suara penting untuk kamu buat keputusan.

Istikharah

Selepas segalanya telah diusahakan kamun harus berserah dan memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa agar diberi petunjuk dan mempermudahkan segala perancangan kamu.Usaha terkakhir ini juga merupakan satu lagi ikhtiar terbaik terutama bagi kamu yang dalam dilema teruk.

Buat semua lepasan PT3, good luck dan buatlah pilihan yang tepat semasa memilih aliran untuk memasuki Tingkatan Empat!

Foto: Sinar Harian

Pelajar Pecahkan Rekod Sekolah Sebagai Calon Tunggal Peroleh 9A Dalam PT3

“Keputusan cemerlang ini saya hadiahkan untuk arwah abah. Walau dia tak dapat bersama meraikan pencapaian ini, saya tunaikan janji untuknya,” kongsi Aliah Irdiena Abdul Halim, 15 tahun.

Satu-satunya pelajar yang memperoleh 9A 1B di sekolahnya, SMK Bukit Mendi, Triang, Pahang untuk keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan sebentar tadi, kejayaannya itu sekaligus memecah rekod sekolah kerana pencapaian terbaik  sebelum ini hanyalah 7A.

Pelajar Pecahkan Rekod Sekolah Sebagai Calon Tunggal Peroleh 9A Dalam PT3
Barisan pelajar cemerlang PT3 SMK Bukit Mendi,Pahang

“Saya dah janji nak belajar sungguh-sungguh. Walau abah tiada depan mata dan mungkin tidak akan melihat kejayaan saya pada hari ini atau masa-masa akan datang ia bukan halangan untuk saya berjaya mencapai apa dihajatkan,” katanya yang mesra disapa Farah.

Bergelar anak yatim seawal usianya 4 tahun, Farah membesar dengan kasih sayang ibunya bersama seorang lagi adiknya, Amira Umaira, kini 11 tahun selain Alliff Usman bin Mokhtar, 2 tahun.

Berkongsi caranya belajar, kata Farah, semasa trial PT3, dia langsung tidak memperoleh A. Cuma dapat  5B dan 1C.  Biar rasa cuak tetapi katanya, dia tetap tenang kerana yakin dengan usaha dilakukannya.

“Saya hanya study hard sebulan sebelum nak exam. Saya bangun seawal jam 3 pagi dan study sebelum ke sekolah.

“Saya buat ulang kaji sampai masuk waktu Subuh. Bersiap dan kemudian pergi ke sekolah. Dalam kelas pun saya beri tumpuan apa yang cikgu ajar. Mana tak faham saya tanya cikgu sampailah jadi faham. Lagi satu, saya dan kawan-kawan ada buat study group untuk kami lebih faham mata pelajaran yang cikgu ajar

“Masa yang sama, saya amalkan membaca satu helai al-Quran setiap pagi sebelum ke sekolah. Mohon pada Allah dan alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala usaha saya ini,” katanya yang bercita-cita hendak menjadi doktor gigi.

Pelajar Pecahkan Rekod Sekolah Sebagai Calon Tunggal Peroleh 9A Dalam PT3
Bahagia bersama dua adiknya, Umaira dan Alliff

Pernah mendapat tawaran ke sekolah berasarama penuh selepas UPSR dahulu tetapi Farah hanya pergi untuk tempoh singkat kerana tak mahu berjauhan dengan keluarga.

“Farah cakap pada ibu, walau di mana pun Farah belajar dan sekolah, Farah akan buktikan dengan keputusan exam yang baik,” katanya memaklumkan, ibunya, Sahada Roffii seorang guru tempatnya belajar.

Pelajar Pecahkan Rekod Sekolah Sebagai Calon Tunggal Peroleh 9A Dalam PT3
Bersama ibu kesayangannya, Suhada yang juga guru mengajar di SMK Bukit Mendi

Seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan iaitu lompat tinggi, badminton dan bola jaring sebelum ini, akui Farah tidak wujud langsung halangan untuk berjaya dalam kedua bidang diminatinya ini.

“Sebelum ini saya wakil sekolah bagi sukan bola jaring,” katanya memaklumkan dirinya berpangkat Sfaff Sarjan dalam Kadet Remaja Sekolah malah pernah mewakili negeri Pahang ke Perlis bagi aktiviti tersebut.

Ditanya resipi kejayaannya, jelas Farah, dia memaklumkan, fokus di dalam kelas semasa guru mengajar adalah kejayaan utamanya.

“Saya hanya beri tumpuan ketika cikgu mengajar. Kita kena hormat guru selain hormatkan ibu bapa. masa yang sama mesti berbaik-baik dengan semua orang. Selain itu mohon dari Allah dalam setiap solat.

“Masa yang sama, hidup perlukan perancangan. Sebagai pelajar kita kena tahu dan boleh membezakan mana betul dan mana salah,’ katanya yang sudah memohon memasuki asrama penuh untuk tingkatan empat.

Ingin Kulit Flawless Seperti Neelofa? Ketahui 6 Sebab Utama Kenapa Stres Boleh Jejaskan Kulit Wajah

“Aduhhhh… minggu ini ada projek photoshoot bersama rakan-rakan course fotografi. Tapi kenapa sekarang tiba-tiba pula jerawat batu boleh tumbuh atas dahi ni? Kenapaa kulit wajah aku tak flawless macam Neelofa? Whyyyy?!”

Situasi di atas bukanlah satu benda pelik yang berlaku kepada kamu terutamanya pada usia remaja dengan raging hormone pesat ‘membangun’ dalam diri. Kenapa jerawat selalu sahaja keluar tidak kena timing? Sabar, mungkin ini jawapannya. Tahukah kamu bahawa stres boleh menjejaskan kulit terutama pada wajah? Tapi sejauh manakah stres boleh jejaskan kulit dan apa yang boleh kamu lakukan untuk elak daripada perkara ini berlaku.

1. Hormon Stres Boleh Bikin Havoc!

Semua orang akan berdepan dengan rasa stres dalam kehidupan mereka tidak kiralah sama ada harian atau beberapa kali dalam tempoh seminggu/sebulan. Bagaimana stres boleh menjejaskan kulit wajah? Bila stres, badan akan mengeluarkan hormon stres sebagai mekanisme tindak balas. Apabila stres hormin tersebut mebawa aliran darah kamu lari daripada kulit sebaliknya terus ke ke bahagian otot dan organ. Salah satu hormon stres iaitu cortisol boleh menyebabkan oil glands kamu terjejas lalu menyebabkan tumbuhnya jerawat.

2. Kesukaran Untuk Tidur

Apabila otak befikir terlalu banyak dan berdepan stres pada waktu yang lama, kamu boleh berdepan kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Tidur sangat penting untuk kesihatan secara am dan kulit secara khususnya. Dan ia juga merupakan tempoh yang amat penting bagi tubuh badan melakukan proses pemulihan. Efek akibat kekurangan tempoh tidur pula menyumbang kepada peningkatan tahap hormon cortisol.

Ingin Kulit Flawless Seperti Neelofa? Ketahui 6 Sebab Utama Kenapa Stres Boleh Jejaskan Kulit Wajah

3. Membuatkan Keadaan Bertambah Teruk

Jika kamu seorang yang berdepan dengan kondisi kulit yang kronik seperti eczema, psoriasis atau rosacea, keadaan stres boleh memburukkan lagi keadaan. Jadi untuk kamu yang berdepan dengan kondisi ini perlu menitikberatkan bagaimana untuk menangani stres.

4. Kawal Diri Untuk Hadapi Stres

Untuk berdepan dengan stres pelbagai cara dilakukan setiap orang. Malah, ada yang melakukan sesuatu sehingga boleh mencederakan diri sendiri.Perbuatan seperti menggigit kuku, menggaru dan memutarkan rambut boleh mendatangkan keburukan. Begitu juga dengan perbuatan memicit jerawat ketika berada dalam keadaan stres. Perlu diingatkan jika stres elakkan mengambil minuman atau makanan yang mengandungi kafein. Ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Ingin Kulit Flawless Seperti Neelofa? Ketahui 6 Sebab Utama Kenapa Stres Boleh Jejaskan Kulit Wajah

5. Meningkatkan Risiko Kanser?

Relaks, jangan panik dulu. Stres tidak akan menyebabkan kamu mendapat kanser. Namun, ia boleh meningkatkan risikonya. Kenapa? Sebab stres boleh menjejaskan sistem imunisasi secara amnya. Namun dalam kajian terkini mendapati stres turut menjejaskan sistem imunisasi untuk melawan sel kanser.

6. Wajah Jadi Lebih Tua Dengan Cepat

Ya, mungkin kamu pembaca Remaja tidak perlu risau dengan masalah wajah berkedut. Tapi kamu perlu tahu bahawa stres boleh menjadikan wajah kamu menjadi tua dengan lebih cepat. Bila stres, garisan kedut akan berlaku dan dengan dibantu hormon stres ia meningkatkan kadar penuaan kulit. Jadi kalau nak sentiasa awet muda, jangan stres selalu. Jangan mudah naik angin atau marah. Jadilah seorang yang chill dan sentiasa berfikiran positif!

 

Carian Tertinggi Google Trends 2017, Izara Aishah Ungguli Carta Selebriti Manakala Hero Seorang Cinderella Ungguli Carta Drama

Tahun 2017 hampir berakhir dan seperti biasa pelbagai senarai carta akan dikeluarkan oleh pelbagai agensi dan laman sesawang. Antara carta statistik yang sering mendapat perhatian pada setiap tahun pastinya Google Trends.

Carian Tertinggi Google Trends 2017, Izara Aishah Ungguli Carta Selebriti Manakala Hero Seorang Cinderella Ungguli Carta Drama
Megan Markle, carian tertinggi global bagi kategori selebriti.

Pada hari ini, Google Trends telah mengeluarkan senarai kata kunci carian terbanyak yang dilakukan oleh masyarakat Global dan Malaysia khususnya menerusi carian enjin Google. Bagi carian tertinggi peringkat global nama Meghan Markel pasti tidak asing lagi. Populariti bintang drama bersiri ‘Suits’ dan tunang kepada Prince Harry cukuip luar biasa apabila menjadi nama teratas kategori pelakon dan kelima secara keseluruhan.

Untuk carian tertinggi bagi keseluruhan kategori pula merupakan tragedi Hurricane Irma diikuti iPhone 8, iPhone X, Matt Lauer dan Meghan Markle. Bagi ketegori pelakon pula mengikuti di belakang Megan ialah Kevin Spacey (kontroversi kes cabul), Gal Gadot (Wonder Woman), Louis C.K dan Bill Skarsgard.

Bagaimana pula dengan senarai Google Trends untuk Malaysia? Untuk carian nama selebriti, Izara Aishah mengungguli carta dengan berada di tempat teratas kemudian diikutim oleh Gal Gadot, Hannah Delisha, Afifah Nasir, Aiman Tino dan Faiz Subri. ‘Hero Seorang Cinderella’ lakonan pasangan hangat wedding of the year, Fattah Amin dan Fazura pula menjadi drama paling popular sepanjang tahun ini.

Carian Tertinggi Google Trends 2017, Izara Aishah Ungguli Carta Selebriti Manakala Hero Seorang Cinderella Ungguli Carta Drama
Hero Seorang Cinderella menjadi drama mendapat carian terbanyak Google sepanjang tahun 2017.

Bagi ketegori keseluruhan carian BR1M di tempat pertama diikuti Hero Seorang Cinderella, SEA Games, Titian Cinta dan SAPS NKRA.

Okaylah, berikut merupakan senarai carian tertinggi Google Trends di Malaysia sepanjang 2017 mengikut kategori.

Carian Umum 

1) BR1M
2) Hero Seorang Cinderella
3) SEA Games
4) Titian Cinta
5) SAPS NKRA
6) Fast and Furious 8
7) Suamiku Paling Sweet
8) Despacito
9) Bigg Boss Vote
10) Myvi 2018

Orang 

1) Izara Aishah
2) Gal Gadot
3) Hannah Delisha
4) Afifah Nasir
5) Aiman Tino
6) Faiz Subri
7) Aliff Aziz
8) Alicia Amin
9) Fathia Latiff
10) Mat Over

Berita 

1) JJPTR
2) Petrol price Malaysia
3) Budget 2018
4) MRT Malaysia
5) Lembaga Getah Malaysia
6) Hurricane Irma
7) Catalonia
8) Tahfiz terbakar
9) Fattah Amin-Fazura
10) Banjir di Pulau Pinang

Filem

1) Fast and Furious 8
2) Justice League
3) Beauty and the Beast
4) Wonder Woman
5) It
6) Logan
7) Annabelle: Creation
8) Bad Genius
9) Dunkirk
10) Bahubali 2

Drama Bersiri Tempatan

1) Hero Seorang Cinderella
2) Titian Cinta
3) Suamiku Paling Sweet
4) Andainya Takdir
5) Mencintaimu Mr Photographer
6) Biar Aku Jadi Penunggu
7) Isteri Tuan Ihsan
8) Duda Pujaan Dara
9) Sayang Papa Saya Tak
10) Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Sumber: Google Trends 2017

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan ramai lepasan ijazah masih tercari-cari kerja, masih ada banyak syarikat besar di Asia yang kukuh dan mampu menjamin masa depan jika dapat bekerja di syarikat ini.

Kebanyakannya syarikat ini tidak terlibat dalam petroleum sebaliknya  terlibat dalam perniagaan e dagang, produk komputer dan elektronik serta lain-lain perniagaan lain.

Dalam senarai 20 syarikat terbesar di Asia ini, hanya ada satu syarikat dari Malaysia iaitu Batu Kawan Bhd yang menjalankan urus niaga berkaitan dengan pembuatan kimia, pengangkutan, pelaburan hartanah dan perniagaan perladangan.

Semak senarai 20 syarikat terbesar di Asia. Selepas ini bolehlah korang anta resume ke syarikat-syarikat ini. Mana tahu, kot-kot ada peluang bekerja di syarikat kukuh ini. Rezeki Allah tak siapa tahukan. Sumber artikel MSN Finance.

Jom kenali 20 syarikat terbesar di Asia 2017.

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Founder and executive chairman Jack Ma. ©Rebecca Cook/Reuters
ALI BABA HOLDING LTD
  • Negara :- China
  • Tahun ditubuhkan : 1999
  • Pekerja : 50,097 orang
  • Permodalan pasaran : $446.94 bilion
  • Sebuah syarikat e-dagang, ia menyediakan perkhidmatan jualan serta pembayaran elektronik dan perkhidmatan pengkomputeran awan.

*Jumlah dinyatakan dalam USD dan dikemas kini pada 17 Sept 2017

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
©Pichi Chuang/Reuters
CATCHER TECHNOLOGY CO.LTD
  • Negara : Taiwan
  • Tahun ditubuhkan : 1984
  • Pekerja : Tidak diperoleh
  • Permodalan pasaran : $ 225 bilion
  • Berurusan dalam pembuatan dan pengedaran produk komputer dan elektronik, syarikat itu adalah salah satu penyedia utama selongsong terpadu untuk telefon pintar dan komputer riba mewah di dunia.
Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Chairman and CEO Robin Li. ©Tyrone Siu/Reuters
BAIDU INC.
  • Negara : China
  • Tahun ditubuhkan :2000
  • Pekerja : 45,887
  • Permodalan pasaran : $81.56 bilion
  • Beroperasi sebagai pembekal perkhidmatan internet serta platform e-dagang, ia menawarkan penyelesaian pemasaran dalam talian, penyelesaian carian internet,  pembayaran dalam talian dan perkhidmatan berkaitan sumber manusia.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
©Santosh Verma/Bloomberg News
HDFC Bank Ltd.
  • Negara : India
  • Tahun ditubuhkan :1994
  • Pekerja : 84,325
  • Permodalan pasaran : $74.3 bilion
  • Menyediakan perkhidmatan kewangan kepada individu atas dan menengah, bank juga menawarkan penyelesaian perbankan komersil dan operasi perbendaharaan

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
©Andrew Harrer/Bloomberg News
Mixi Inc.
  • Negara : Jepun
  • Tahun ditubuhkan : 1999
  • Pekerja : 646
  • Permodalan pasaran : $3.82 bilion
  • Rangkaian sosial dan penyediaan perkhidmatan pengambilan kerja menggabungkan beberapa aplikasi seperti gerbang pembayaran, pengiklanan dan rangkaian.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
President and representative director Susumu Fujita. ©Junko Kimura/Bloomberg
CyberAgent, Inc.
  • Negara : Jepun
  • Tahun ditubuhkan : 1998
  • Pekerja : 3858
  • Permodalan pasaran : $3.83 bilion
  • Pembekal perkhidmatan media internet berkaitan dengan permainan video, pengiklanan internet dan pembangunan pelaburan.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
CEO and director Lei Ding. ©Aly Song/Reuters
NetEase Inc.
  • Negara : China
  • Tahun ditubuhkan : 1997
  • Pekerja :15,948
  • Permodalan pasaran : $35.81 bilion
  • Tawaran perkhidmatan teknologi internet dalam talian dalam beberapa segmen seperti permainan dalam talian, pengiklanan, perkhidmatan e-mel dan e-dagang.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
©Thomas White/Reuters
NAVER Corp.
  • Negara : Korea Selatan
  • Tahun ditubuhkan : 1999
  • Pekerja : Tidak diketahui
  • Permodalan pasaran : $22.04 bilion
  • Pengiklanan di internet selain  syarikat portal carian menawarkan perkhidmatan melalui pelbagai laman webnya.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Chairman Koh Boon Hwee. © Vivek Prakash/Reuters

 AAC Technologies Holdings Inc.

  • Negara : China
  • Tahun ditubuhkan : 1993
  • Pekerja : 46,396
  • Permodalan pasaran : $21.51 bilion
  • Menjalankan perniagaan dalam bidang pembuatan dan pengedaran komponen akustik, firma menghasilkan pembesar suara, mikrofon dan peranti audio.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
© Kevin Lee/Bloomberg News
Great Wall Motor Co. Ltd.
  • Negara : China
  • Tahun ditubuhkan : 1984
  • Pekerja : 71,617
  • Permodalan pasaran : $15.4 bilion
  • Terlibat dalam pembuatan kereta dan firma jualan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan, serta pengeluaran dan penjualan alat ganti dan aksesori.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
© Ashley Pon/Bloomberg
MediaTek Inc.
  • Negara : Taiwan
  • Tahun ditubuhkan : 1997
  • Pekerja : Tidak diperoleh
  • Permodalan pasaran : $15.24 bilion
  • Berurusan terutamanya dalam pembuatan dan penjualan cip litar bersepadu, syarikat juga menjual chipset komunikasi mudah alih, cip tablet, cip Bluetooth, cip GPS dan perkakasan yang serupa.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
© Bobby Yip/Reuters
WH Group Ltd.
  • Negara : Hong Kong
  • Tahun ditubuhkan : 1958
  • Pekerja : Tidak diperoleh
  • Permodalan pasaran : $15.1 bilion
  • Syarikat makanan berasaskan daging babi, terlibat dalam  pemprosesan dan pengedaran daging yang dibungkus. Ia juga terlibat dalam operasi seperti pengeluaran dan penyembelihan binatang tersebut.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Executive chairman and co-founder Liu Ming Hui. ©Qilai Shen/Bloomberg 
China Gas Holdings Ltd.
  • Negara : Hong Kong
  • Tahun ditubuhkan : 1995
  • Pekerja : 41,000
  • Permodalan pasaran : $13.3 bilion
  • Pembekal perkhidmatan gas asli, terlibat dalam pelaburan, pembinaan dan pengurusan infrastruktur saluran paip bandar dan kegunaan kepada pengguna kediaman, komersial dan perindustrian.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Non-Independent non-executive chairman Lee Oi Hian. © Goh Seng Chong/Bloomberg
Batu Kawan Bhd
  • Negara : Malaysia
  • Tahun ditubuhkan : 1965
  • Pekerja : Tidak diperoleh
  • Permodalan pasaran : $1.96 bilion
  • Syarikat induk pelaburan ini berkaitan dengan pembuatan kimia, pengangkutan, pelaburan hartanah dan perniagaan perladangan.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Chairman & Chief Executive Officer Tai Duc Nguyen. © Kham/Reuters
Mobile World Investment Corp.
  • Negara : Vietnam
  • Tahun ditubuhkan : 2009
  • Pekerja : 26,206
  • Permodalan pasaran : $1.54 bilion
  • Firma itu menawarkan perkhidmatan perdagangan, pembaikan dan penyelenggaraan telefon, kamera dan peralatan digital dan elektronik lain.

 

Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Seorang pekerja binaan duduk di depan sebuah iklan untuk Oasia Hotel Singapore, yang dikendalikan oleh Far East Hospitality Trust, di sebuah tapak pembinaan di Singapura. © Sanjit Das/Bloomberg
Far East Hospitality Trust
  • Negara : Singapura
  • Tahun ditubuhkan : 2012
  • Pekerja : Tidak diperoleh
  • Permodalan pasaran : $1.24 bilion
  • Melabur dalam hartanah, organisasi memiliki dan mengendalikan beberapa hotel dan kediaman perkhidmatan di kalangan segmen lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KADS1M Bukan Setakat RM250, Ini Manfaat Lain Yang Perlu Student Tahu

Kalau dulu pelajar universiti hanya diberi Baucer Buku 1Malaysia (BB1M), kini ia telah ditukarkan kepada KADS1M dan diberikan dalam bentuk kad bank yang mengandungi nilai sebanyak RM250.

Mungkin ramai yang menganggap kad KADS1M ini hanya boleh membuat cash out saja dan tidak ada kegunaan lain, tetapi apa yang dikongsi oleh gadis ini di laman twitter miliknya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat pelajar-pelajar yang tidak pernah tahu kegunaan lain bagi kad KADS1M ini.

Nah, berikut merupakan senarai manfaat yang boleh korang gunakan melalui kemudahan kad KADS1M.

KADS1M Bukan Setakat RM250, Ini Manfaat Lain Yang Perlu Student Tahu

Desa Water Park: 15% discount on ticket

Bukit Merah Laketown Resort: 10% discount for waterpark, watereco &waterpark combo

The Lost World of Tambun: 10% discount on up to 6 entrance tickets per card

i-City: 10% discount at Snowalk & Water World

Clara International Beauty: 10% discount

KLIA Transit: 30% discount on one way ticket

KADS1M Bukan Setakat RM250, Ini Manfaat Lain Yang Perlu Student Tahu

Malaysia Airline System (MAS): 10% to 25% discount on Economy market fares, additional 10kg baggage allowance, parent to get 10% from applicable Economy market to parents of student for Induction and Graduation ceremonies

FireFly: 50% discounts on Y class fare, 20kg complementary checked baggage, complementary refreshment on board

Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad: 5%-15% discount

MPH Bookstores: 10% discount on normal price book and stationery

Times Bookstore: 10% discount on normal-priced books, 5% discount on stationery anda magazines

Metro Diving Academy: RM200 Discount for New Driving License Class B2 and D

Mydin: Special price on selected non-food items

KADS1M Bukan Setakat RM250, Ini Manfaat Lain Yang Perlu Student Tahu

Rapid KL: Student RapidPass 50% discount for bus 33% discount for bus, LRT, Monorail

A&W: 50% discount on regular and large root beers

Daily Fresh: 10% discount

KFC: 5% discount for transaction below RM20

Little Taiwan: 10% discount on minimum RM30 purchase from ala carte menu

Marrybrown: 10% discount on total amount in a single receipt

Station One Cafe: 5% discount

KADS1M Bukan Setakat RM250, Ini Manfaat Lain Yang Perlu Student Tahu

The Chicken Rice Shop: Special student meal @ RM9.90 nett

Focus Point: 20% to 50% discounts on selected frames and sunglasses

Optical 88: 5% to 10% discount

Konokuniya Book Stores: 10% discount on normal price book.

Perghh, memang banyak gila manfaat yang ada pada KADS1M ni. Harapnya lepas ni korang belajar sungguh-sungguh la ye. Bukan apa, gunakan segala kemudahan yang diberikan ini selagi bergelar seorang pelajar.

Dah dapat manfaat bertimbun, result pun kena gempak la kan?

Sumber: Twitter