Demam dunia Korea bukan saja melanda peminat K-Drama, K-Pop, Korean variety show dan makanan Korea. Malah, sebilangan besar peminat Korea di Malaysia teringin sangat nak memiliki kecantikan kulit seperti bintang idola mereka.
Iyalah, perempuan Malaysia dengan perempuan Korea Selatan tak adalah berbeza sangat. Kedua-duanya berasal daripada benua Asia juga. Tapi bagaimana kulit mereka boleh sentiasa kelihatan flawless walaupun tanpa memakai mekap?
Ada rahsianya uols. Orang Korea sangat pantang dengan kecantikan kulit. Jika melihat kepada cara mereka menjaga kulit daripada ‘ancaman’ kulit gelap, penuaan dan kedutan, memang korang tak terikutlah. Banyak sangat langkah yang perlu diamalkan!
Namun, dengan 5 langkah mudah ini, sebenarnya korang dah boleh menjamin kulit wajah yang selesa, lembut dan cukup hidrasinya.
1. Mandi Pancuran Air Berwap
Tak semua orang mempunyai masa atau berduit untuk ke pusat rawatan facial setiap minggu. Tak perlu risau, apa yang boleh korang praktikkan adalah untuk mandi atau shower air panas sekitar 2-3 kali seminggu.
Fungsi wap panas itu adalah untuk membuka rongga kulit. Semasa mandi, gunakan jari untuk mengurut wajah dengan cara ‘finger tapping’ dalam formasi bulatan. Bermula dari dahi, pipi dan seterusnya ke dagu.
Amalan pertama ini bagus untuk meransang rongga kulit agar aktif terbuka.
2. Gosok Sehingga Berbuih, Baru Sapu
Seperti biasa setiap kali selepas mandi, pastikan korang membasuh wajah menggunakan pembasuh muka. Jangan sekadar ‘asal buat’ je. Pastikan basuhan rata dan menyeluruh.
Namun sebelum mula membasuh, gosokkan campuran cleanser dan air pada tapak tangan terlebih dahulu sehingga ia berbuih. Ini bagi memastikan muka tidak ‘dikasari’ oleh jari kamu demi menghasilkan buih. Kalau tak, tak anjal lah lagi kulit.
Ads
REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Facial Cleanser. RM12.50
3. Jangan Skip Toner
Biasalah, orang Malaysia memang selalu nak cepat je. Daripada pembasuh muka terus lompat ke pelembap.
Jangan sesekali melangkah step menggunakan toner kerana ia betul-betul membersihkan kulit wajah sekiranya korang terlepas mana-mana bahagian wajah semasa membasuh tadi.
Toner juga adalah perkara wajib bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau kulit mudah terdedah dengan masalah jerawat.
REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Facial Toner. RM13.90
Ads
4. Rahsia Utama Perempuan Korea
Kalau di Malaysia, kebanyakan daripada kita merasakan bahawa pupur muka atau facial mask itu tidak begitu penting. Ataupun kita rasa ia hanya untuk orang yang mempunyai bajet lebih je.
Situlah silap kita. Salah satu sebab kulit pelakon Korea cantik adalah kerana mereka rajin meletakkan pupur muka overnight semasa tidur.
Semasa tidur, sel kulit korang akan berada dalam recovery mode. Jadi apabila meletakkan pupur muka sepanjang malam, muka tidak kelihatan letih semasa bangun tidur.
TIP! Selepas meletakkan pupur muka ke atas muka, jangan terus buang paket tu tau. Ambil lebihan serum yang ada dan lumurkan pada leher, bahu dan tangan korang agar kulit merasa lembap. Jangan membazir, gunakan sampai licin!
REMAJA’s Choice: Syahirah Korean Secrets Face Mask.
5. ‘Tarik Ke Atas’ Supaya Kulit Tegang
Seperti biasa sebelum melakukan mekap, ratakan krim siang pada wajah. Caranya, titikkan krim di hujung jari, ratakan pada jari dan sapukan pada wajah dengan teknik ‘tarik ke atas’ dari dagu ke pipi. Juga dari hidung ke dahi.
Ads
Dengan cara ini, kulit serta-merta akan terasa lebih bertenaga dan tegang. Efek macam buat facelift!
REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Krim Siang SPF 20
6. Minum Teh Barli
Kalau nak cantik, diet korang pun kenalah cantik. Selain menjaga pemakanan dan memperbanyakkan pengambilan air kosong, satu cara yang selalu dipraktikkan oleh perempuan Korea adalah teh barli.
Minuman ini kaya dengan kandungan anti-oksidan dan mampu memperbaiki perjalanan darah. Jadi, lupakan teh tarik dan air bandung tu. Amalkan teh barli atau minuman barli suam okay.
========================
Mesti ada yang tertanya, mengapa REMAJA senaraikan satu-persatu produk Syahirah di atas. Ini kerana kami percaya akan kebaikan kandungan mereka yang diimport dari Pulau Jeju Korea Selatan.
Selain menggunakan teknologi terkini daripada negara itu, kandungan Set Korean Secrets-nya juga diakui Halal oleh pihak JAKIM.
Cubalah, mana tahu jadi secantik Bae Suzy pula lepas ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acapkali bila satu koleksi kolaborasi terjalin, ia akan dibahagikan kepada koleksi lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Sebagai peminat fesyen dan pembeli, kita tentunya selalu akan terus terarah untuk memilih daripada koleksi jantina kita. Yang lelaki akan pilih daripada koleksi lelaki sajalah, begitu jugalah dengan pembeli wanita.
Mungkin itulah satu arah baharu yang ingin dilakukan oleh jenama pakaian Jepun, UNIQLOmenerusi koleksi musim luruh/musim sejuk 2021 bersama jenama fesyen dari New York, Theory.
Untuk pengetahuan, Theorytelah diperkenalkan pada tahun 1997 yang telah mengubah ‘direction’ fesyen kontemporari menerusi potongan menarik, fabrik inovatif dan rekaan yang tidak dimamah zaman.
Koleksi Uniqlo x Theory ini menggambungkan keistimewaan Uniqlo iaitu pada fungsi dengan stail rekaan yang menggambarkan identiti Theory. Dan seperti yang kami katakan tadi, ia tidak mengenali perbezaan jantina. Ia tidak mengkhususkan kepada mana-manajantina. Apa yang pembeli lelaki sarungkan juga boleh dimiliki pembeli wanita.
Orang kata persis gaya androgynous ataupun uniseks.
Sembilan rekaan baharu ini menggunakan rona hitam putih pada keseluruhan pakaian yang diperkenalkan. Reka bentuk dan potongannya adalah minimal serta neutral; bersesuaianlah dengan peminat jenama Uniqlo. Ia mudah digayakan, nampak sofistikated dan mudah disesuaikan dengan identiti masing-masing walaupun hakikatnya kita selalunya sukakan stail yang berbeza.
Tengok sajalah rekaan yang kami gemari di bawah ini:
BLOCKTECH Coat. RM499.90Stretch Shirt Jacket. RM199.90 & Stretch Pants. RM149.90Ultra Light Down Long Vest. RM299.90, Ultra Stretch DRY Long Sleeve Sweatshirt. RM129.90 & Pleated Wrap Skirt. RM249.90Ultra Stretch DRY Long Sleeve Sweatshirt. RM129.903D Knit Extra Fine Merino Tunic. RM249.90Wool Blend Coat. RM499.90Ultra Stretch DRY Long Sleeve Sweatshirt. RM129.90 & Pleated Wrap Skirt. RM249.90
Seperkara lagi, biarpun koleksi Uniqlo x Theory ini dikhaskan untuk musim luruh/musim sejuk, ia masih sesuai bagi kita di Malaysia ini disebabkan materialnya yang tidak terlalu tebal serta ringan.
Kita semua boleh mendapatkannya mulai 24 September ini di stor Fahreinheit88 dan di laman web Uniqlo.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita mangsa demi mangsa maut selepas dipercayai terjebak dengan penghisapan vape berperisa telah membuka mata banyak pihak mengenai bahaya produk e-rokok.
Yes we hear you. Kami tahu ramai di antara korang yang akan menemplak berita sedemikian kerana tidak percayakan bahaya yang ada pada alternatif ‘terbaik’ untuk rokok konvensional ini.
Namun, statistik jumlah mangsa akibat e-rokok jenis vape berperisa telah menunjukkan peningkatan seperti yang dilaporkan sedang berlaku di Amerika Syarikat.
Niat awal pengenalan e-rokok adalah untuk membantu perokok tegar dewasa menjauhkan diri daripada tobako. Akan tetapi, ia juga telah menggalakkan 3.6 juta remaja di Amerika untuk mula menghisapnya.
Kemudahan untuk mendapatkan perisa vape di kedai atau secara online menjadikan obsesi remaja New York terhadap vape meningkat.
Lantas semalam (waktu Malaysia), Gabenor New York iaitu Andrew Cuomo telah mengumumkan pengharaman semua rokok elektronik berperisa kecuali perisa tembakau dan mentol di negeri itu.
Ia adalah reaksi pantas New York terhadap masalah paru-paru membawa maut yang dikaitkan dengan tabiat menghisap vape.
Cuomo berkata, e-rokok berperisa buah dan gula-gula boleh membawa kepada ketagihan golongan muda kepada nikotin.
Tatkala ramai remaja di sana merasakan e-rokok berperisa bubblegum, cotton candy dan sebagainya adalah selamat dan terus-menerus menghisapnya, mereka tidak sedar implikasi teruk yang akan berlaku kepada mereka dalam tempoh singkat.
New York menjadi negeri kedua memperkenalkan larangan seumpama itu di Amerika selepas Michigan melakukannya pada awal bulan ini.
Setakat ini, hampir 400 orang di Amerika telah mengalami sakit paru-paru yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan hisapan vape. Manakala, 7 dilaporkan telah meninggal dunia.
Penjual e-rokok diberikan 2 minggu untuk menghentikan stok produk sebelum larangan itu dilaksanakan.
Pada pendapat korang, mampukah Malaysia melakukan larangan yang sama?
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru saja memasuki hari ketiga selepas ketibaan para peserta dari 86 buah negara di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022, organisasi dikejutkan dengan dua kes terawal jangkitan Covid-19 melibatkan dua orang wakil.
Mereka adalah wakil Latvia, Jekaterina Aleksejeva dan wakil Curacao, Gabriela Dos Santos. Justeru, peminat tertanya-tanya jika mereka terpaksa menarik diri daripada menyertai Miss Universe edisi ke-71 ini.
(Dari kiri) : Miss Curacao, Gabriela Dos Santos dan Miss Latvia, Jekaterina.
Miss Latvia yang lebih mesra dengan panggilan Kate berkongsi dia telahpun dijangkiti tidak lama selepas sambutan tahun baru 2023 dan terpaksa berdepan komplikasi kesihatan sehingga merencatkan persiapan terakhirnya.
“Buat masa ini saya masih dalam pemulihan. Namun malangnya, saya terpaksa menarik diri daripada Miss Universe tahun ini. Saya masih tidak percaya saya sedang kongsikan perkara ini.
“Keputusan ini dibuat kerana keutamaan harus diberikan kepada kesihatan saya, wakil negara lain dan ahli keluarga mereka,” ulas Kate yang juga merupakan bekas wakil Miss Grand International Latvia 2019.
Tidak lama selepas jumlah peserta berkurangan kepada 85 orang, seorang lagi peserta mengalami nasib yang sama.
Miss Curacaoyang mesra dengan panggilan Gaby menerusi hantaran Instagram Story menjelaskan mengapa kelibatnya tidak dapat disaksikan di kawasan lobi sebagaimana wakil-wakil lain yang telah mendaftarkan diri.
“Saya berada di dalam bilik hotel bersendirian kerana malangnya, saya disahkan positif Covid-19 malam tadi. Namun itu tidak akan menghalang saya. Saya akan melengkapkan kuarantin selama lima hari dan jika saya merasa lebih baik tanpa simptom, saya akan dibenarkan keluar bertanding. So it is not over yet.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Miss Universe yang menjaga saya dengan baik. Mereka benar-benar menghantar semua jenis Vitamin C ke bilik saya. (Ketawa),” katanya.
Pelik juga kan, seorang dibenarkan bertanding selepas kuarantin dan seorang lagi menarik diri?
Adakah wakil Latvia akan menarik semula keputusan penarikan dirinya? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!