Berita

Padam Foto Lama, Natasha Hudson Kembali ‘Freehair’?

Share

Pelakon dan model jelita, Natasha Hudson, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dilihat memadam foto-fotonya berhijab di laman Instagram peribadi.

Malah, pelakon berusia 43 tahun itu turut memuat naik gambar tidak lagi bertudung ketika melakukan aktiviti sukan pantai menerusi InstaStory miliknya.

Sebelum ini, Natasha dilaporkan kembali berhijab sekitar Julai lalu, selepas beberapa kali membuat keputusan untuk mengenakan semula tudung.

Pemenang Pelakon Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-20 ini juga sebelum ini sering berkongsi aktiviti hariannya yang cukup tenang dan sederhana, termasuk kehidupan cara kampung di

Pulau Langkawi.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Natasha membuka hijab. Sebelum ini, beliau pernah tampil berhijab dan bahkan pernah

memakai purdah.

Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kelima pada tahun 2022 dan menetap di Langkawi, Natasha dilihat semakin aktif dengan aktiviti sukan luncur bersama suaminya, serta tampil lebih terbuka berkongsi rutin kehidupannya di sana.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath