Pelakon dan model jelita, Natasha Hudson, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dilihat memadam foto-fotonya berhijab di laman Instagram peribadi.
Malah, pelakon berusia 43 tahun itu turut memuat naik gambar tidak lagi bertudung ketika melakukan aktiviti sukan pantai menerusi InstaStory miliknya.
Sebelum ini, Natasha dilaporkan kembali berhijab sekitar Julai lalu, selepas beberapa kali membuat keputusan untuk mengenakan semula tudung.
Ads
Pemenang Pelakon Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-20 ini juga sebelum ini sering berkongsi aktiviti hariannya yang cukup tenang dan sederhana, termasuk kehidupan cara kampung di Pulau Langkawi.
Ads
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Natasha membuka hijab. Sebelum ini, beliau pernah tampil berhijab dan bahkan pernah memakai purdah.
Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kelima pada tahun 2022 dan menetap di Langkawi, Natasha dilihat semakin aktif dengan aktiviti sukan luncur bersama suaminya, serta tampil lebih terbuka berkongsi rutin kehidupannya di sana.
Jika sebelum ini isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, Fazeera Nazri berkongsi berita gembira apabila dirinya dilantik sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.
Terkini, ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkongsi berita gembira di mana dia berjaya mendapatkan band 7 bagi ujian International English Language Testing System (IELTS). Wah hebatnya!
Faz
Menerusi perkongsian di Instagram, Faz menunjukkan keputusan yang diraih olehnya. Ujian yang mempunyai empat kategori itu dilihat sangat mudah bagi Faz kerana dia berjaya mengumpul markah yang sangat baik di setiap bahagian tersebut.
Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz meraih markah yang sangat tinggi iaitu 7.5. Manakala ujian membaca pula, Faz mendapat 6.5. Bagi ujian penulisan pula, Faz mendapat 6.0. Secara keseluruhan Faz meraih band 7.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Faz. Ujar netizen, ujian IELTS bukan mudah untuk mendapat keputusan yang baik. Namun, Faz berjaya melakukannya.
Aktres berbakat besar, Harissa Adlyn mencuri perhatian warganet apabila membuat penampilan menari di episod terbaharu rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICYVMY) musim ketujuh.
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, pelakon berusia 21 tahun itu memuat naik video dirinya bersama beberapa orang penari latar yang sedang menari sambil berlatarbelakangkan lagu nyanyian MimiFly iaitu ‘Superfly’.
Dedah pelakon drama hit Dedaun Hijau Di Angin Lalu itu, agak mencabar buat dirinya untuk membawakan tarian tersebut memandangkan dirinya hanya berlatih dengan menonton video sewaktu sedang menjalani sesi penggambaran sebuah drama.
“Saya belajar koreografi untuk tarian ini melalui video sewaktu sedang mengikut penggambaran sebuah drama,” coretnya di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, Harissa dilihattidak kekok dan berjaya melakukan gerakan tarian dengan sangat memukau dan bagus.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata netizen kagum melihat kebolehan Harissa dan menyifatkan dirinya sebagai seorang anak seni yang ‘multi-talented’.
“Muka Harissa macam Azira Shafinaz, sama pandai berlakon, menari dan menyanyi,” tulis seorang pengguna.
“Aku suka betullah dia ini dari drama Dedaun Hijau dia bawa watak best sangat… pandai nyanyi. Pandai menari, boleh main gitar berlakon pun best. Serba boleh dah lah comel. Love!” komen pengguna lain.
“Best gila! memang multi-talented every good performance dear Harissa and truly yo’re so cute. Semoga terus sukses,” tulis pengguna yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi Sutera, tidak menjadikan insiden mikrofon tidak berfungsi di konsert minggu keenam The Hardest Singing Show sebagai penghalang untuknya terus melontarkan idea di luar kotak untuk setiap persembahan selepas ini.
Tambahan pula apabila Aisha, 23 berjaya mencatatkan pungutan markah tertinggi oleh juri sebanyak 81 peratus menerusi persembahan lagu Kurniaan Dalam Samaran nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza; meninggalkan saingan terdekat Aepul Roza (75.6 peratus), Putera Muhammad (75.32 peratus) dan Ayda Jebat (70.77 peratus).
Sementara itu, Stacy berada di kedudukan kelima dengan 70.46 peratus manakala Zizi Kirana pula di kedudukan terakhir dengan 66.29 peratus. Bagaimanapun, Zizi tetap berjaya mara ke saingan minggu hadapan setelah satu-satu grup yang menyertai program tersebut iaitu De Fam mengambil keputusan untuk mengundurkan diri akibat faktor kesihatan.
Bercakap kepada REMAJA selepas tamat saingan pada malam Ahad, Aisha bersyukur apabila usahanya pada minggu ini mendapat perhatian para juri terdiri daripada Edry Abdul Halim, Dato’ Sri Rossa, Zizan Razak dan juri jemputan, Datuk Ramli M.S. .
Namun, dia tidak menidakkan perasaan sedikit bercampur-baur akibat isu teknikal yang dihadapi lebih dari 20 saat sewaktu berada di pentas.
Aisha Retno
“Kita sebagai penyanyi lagi-lagi kalau masalah teknikal tiada suara itu, (perasaan) akan terus down secara jujurnya. Lagu ini cukup ‘besar’ dan bahagian yang hilang suara itu adalah bahagian klimaks yang cukup penting.
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Kesilapan mungkin daripada diri sendiri dan saya minta maaf kalau bahagian klimaks tersebut tiada suara. Ada rezeki, saya akan bawakan lagu Kurniaan Dalam Samaran ini dalam persembahan akan datang. Saya akan pastikan tiadakan masalah teknikal kerana saya suka sangat dengan lagu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Aisha juga menghargai pemerhatian para juri terhadap usaha konsep persembahannya pada minggu ini walaupun dia mengerti masalah teknikal sebegini akan membuatkan markah dipotong dalam mana-mana pertandingan.
“Banyak stunt yang saya sudah lakukan seperti melompat, bermain skuter dan bermain air. Setakat ini, semua masalah teknikal adalah minumum sehinggalah ke minggu keenam ini.
“Apa yang boleh saya katakan, Allah hendak cakap jadi; jadilah ia. Aisha hanya boleh berusaha dengan lebih berhati-hati pada persembahan akan datang kerana mikrofon pun ada hadnya juga. Mikrofon tidak boleh ‘ikut’ kita ke mana-mana. Benarlah kata abang Edry bahawa saya perlu kawal persembahan saya dengan lebih baik,” ulasnya lagi.
The Hardest Singing Show minggu keenam membawakan tema Emosi Instrumentasi dan Aisha Retno memilih intrumen keyboard serta menjemput penyanyi, Sissy Imann serta Azmi Saat untuk bermain keyboard di atas pentas bersamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.