Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Pasangan atlet kembar dalam pasukan bola tampar nasional Korea Selatan telah terpalit dalam satu kontroversi disebabkan oleh perbuatan mereka 10 tahun lalu dan ia telah menarik perhatian media antarabangsa. Implikasinya, mereka berdua telah sekaligus dibuang daripada pasukan nasional dan kelab!
Okay, kita recap kembali apa sebenarnya yang berlaku sehingga mereka dikenakan tindakan serius itu.
Lee Jae-yeong dan Lee Da-yeong, 24 merupakan di antara atlet wanita Korea Selatan yang selama ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Malah Jae-young dan Da-yeong juga adalah sebahagian daripada skuad yang membantu Korea Selatan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2021
Namun di sebalik kejayaan itu, mereka berdua pernah melakukan kesalahan membuli pelajar lain semasa masih di sekolah menengah.
Dalam satu posting yang telah dipadamkan oleh mangsa, dia menulis, “Seramai empat orang mangsa menulis catatan ini, tapi masih ada lagi (mangsa lain). Kami enggan memberitahu usia kami. Kami menulis ini tanpa ingin identiti kami dibongkarkan.
“Kami hanya ingin ‘move on’ daripada apa yang berlaku 10 tahun lepas. Tapi bila kami melihat muat naik oleh pelaku yang tidak mencerminkan perbuatan lampau mereka, kami terus diingatkan kembali kepada memori lampau. Kami menulis ini dengan harapan mereka boleh mencerminkan perbuatan tersebut.”
Ads
Dakwaan itu sampai ke pengetahuan Jae-yeong dan Da-yeong.
Menariknya, mereka mengaku bersalah atas kesemua dakwaan tersebut.
Lee Da-yeong semasa mewakili Korea Selatan menentang Kenya pada tahun 2019..
Da-yeong mengambil inisiatif untuk menulis di akaun Instagram-nya dan berkata dirinya mengesali trauma yang telah dihadapi oleh mangsa buli mereka.
Ads
“Saya benar-benar memohon maaf kerana pernah bertutur dan berperangai buruk sehingga mengakibatkan trauma memori kepada rakan sepasukan semasa saya berusia belasan tahun.”
Sementara itu, Jae-yeong juga mengambil tindakan yang sama di akaun Instagram-nya dan berkata, “Saya secara serius memohon maaf di atas mereka yang terkesan dengan kata-kata serta tindakan saya semasa saya masih remaja. Saya tidak akan pernah melupakan kata-kata dan tindakan itu. Dari sini, saya akan menjadi seorang yang lebih matang.”
Lee Jae-yeong semasa bertanding di Rio de Janeiro pada tahun 2016..
Biarpun pasangan kembar ini telah memohon maaf secara terbuka, mereka masih berdepan kritikan masyarakat. Lebih 120,000 orang telah menandatangani petisyen kepada kediaman rasmi Presiden Korea Selatan demi meminta siasatan lanjut.
Ads
Justeru pada Isnin lalu, Persatuan Bola Tampar Korea mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa pasangan kembar ini telah diketepikan daripada pasukan kebangsaan Olimpik.
“Jika kami tidak mengambil tindakan tegas ini, akan ada kes buli yang sama berlaku di sekolah. Lalu, kami mengambil keputusan mengenepikan mereka daripada bermain untuk liga kebangsaan bola tampar 2021, Sukan Olimpik Tokyo dan pemilihan pemain kebangsaan untuk kesemua pertandingan antarabangsa.
“Kes buli di sekolah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dan tidak boleh diambil mudah. Kami juga ingin memohon maaf kepada mangsa buli di atas kesalahan pemain kami.”
Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Dalam kehidupan zaman digital masa kini tidak ada yang mengejutkan jika seseorang itu menjadikan saluran YouTube sebagai salah satu medium untuk mereka membuat amal kebajikan. Salah seorang youtuber yang digelar ‘TokWan Kami’ ini.
‘Tokwan Kami’ ini terkenal dengan moto ‘Kongsi Rezeki’ ini ni bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, pelbagai masakan tempatan yang dikongsikan Tok Wan seperti menu lemang rebus, mi kari, gulai kawah kenduri, kurma ayam, dan bihun sup dalam kuantiti yang banyak berjaya mencuri tumpuan orang ramai.
Lelaki yang dipanggil ‘Tok Wan’ ini juga memasak dalam kuantiti banyak sebelum disedekahkan kepada orang ramai seperti rumah anak yatim itulah berjaya meraih tontonan mencecah 1.2 juta kali.
Rata-rata warganet menyamakan Tok Wan dengan youtuber India yang popular iaitu ‘Grandpa Kitchen’ kerana memaparkan video masakan di tempat terbuka. Bahkan konsep yang sama turut mengagihkan makanan yang dimasak kepada orang yang memerlukan.
Difahamkan, saluran Tokwan Kami sudah berada dalam YouTube sejak 2012 namun dilihat semakin aktif memuat naik video masakan dan resipi sejak penghujung tahun lalu.
Semoga TokWan diberikan kesihatan yang baik agar dapat berkongsi rezeki dengan ramai orang lagi. Tokwan Kami turut berkongsi maklumat seperti akaun bank dan nombor telefon untuk mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lalu, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti menerusi menterinya, Rina Harun telahpun mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan beberapa memo awam yang dikeluarkan.
Memo tersebut menyentuh mengenai cara wanita seharusnya mengenakan solekan dan “elak pakai pakaian rumah” sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Bukan itu saja, terdapat juga memo yang meminta suri “tiru nada Doraemon dan diikuti gelak manja” untuk mengelakkan pergaduhan di antara suami isteri di rumah.
*Wait what?*
Ya, itu merupakan antara kandungan memo yang telah menular dan menerima kecaman berganda di kalangan rakyat.
Selepas menerima komen seperti memo seksis dan menjatuhkan wanita, piihak kementerian pantas memadamkan memo tersebut dan mengeluarkan kenyataan maaf.
But that was not prompt enough.
Memo tersebut pantas mencuri tumpuan pengamal media antarabangsa! Tak tahulah nak bangga ataupun malu…nama Malaysia kini menjadi sebutan disebabkan isu ‘Doraemon’ ini.
The Daily Show With Trevor Noah
Kementerian Rina Harun lagi disebut dalam Trevor Noah Show.
Rancangan temu bual Amerika Syarikat ini memberikan komen yang agak sinikal dan pedas.
Kata pengacaranya iaitu Trevor Noah, “Sementara beberapa negara sedang berdepan dengan gelombang coronavirus, negara lain berdepan dengan gelombang kebodohan mereka sendiri.”
Ouch.
Al-Jazeera
Kali terakhir Malaysia diperkatakan di Al-Jazeera, ia juga bukanlah satu pengalaman yang indah. Ahem-Syed-Saddiq-&-Datuk-Seri-Najib-Razak.
Pengamal media dari Qatar itu juga pantas memaparkan artikel berkenaan isu ini dan turut mengaitkan Malaysia berada di tangga ke-104 dari 153 buah negara dalam indeks Forum Perbezaan Jantina Ekonomi Antarabangsa.
The Guardian
Laman web berita dari United Kingdom ini memaparkan respon marah dan tidak percaya terhadap memo yang dikeluarkan.
ABC News
Warga Australia juga tak teragak-agak untuk mengecam memo yang dikeluarkan kementerian. Ramai pengikut mereka mengemukan kritikan di media sosial.
The Independent
Dalam banyak-banyak laporan, penulis merasakan ini adalah ‘the final nail on the coffin’. Laman web berita darii United Kingdom ini memetic semula kenyataan kementerian wanita yang menggelar situasi perintah kawalan pergerakan ini sebagai ‘cuti’.
*
Benarlah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak mulut badan binasa.
Hhm, sekurang-kurangnya, penulis terhibur juga apabila ada yang mengambil isu ini secara sinikal dan menghasilkan lagu remix Doraemon seperti vokalis The Venopian Solitude ini.
Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!