
Walaupun gagal melayakkan diri ke pentas final Dewi Remaja, nama finalis Sharlina gilbert sememangnya tetap mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Dewi Kegemaran’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.

“Terima kasih sangat buat semua peminat,rakan-rakan dan keluarga yang mengundi saya kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi gelaran Dewi Favourite ini.”


Tahniah kami ucapkan buat Sharlina dan moga akan terus maju jaya di masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah Breakout, Lelaki Ini Kongsi Rutin Skincare Pulihkan Kulit Wajah

Masalah wajah breakout bukan sahaja dialami oleh golongan perempuan, namun ia juga tidak terkecuali menyerang kaum lelaki.
Keadaan ini boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri dan ia juga mendorang seseorang individu itu menjadi stress dan tidak bahagia menjalani kehidupan harian mereka.
Ya, memang benar sampai begitu kesannya terhadap mereka yang mengalami masalah wajah breakout teruk ini.

Namun begitu, jika korang mengalami masalah ini janganlah terlalu sedih kerana ia masih boleh dirawat. Seorang selebriti media sosial yang dikenali sebagai Syameel pernah berkongsi penjagaan kulit wajah kerana dia juga pernah mengalami masalah breakout.

Langkah pertama yang Syameel lakukan adalah berjumpa dengan dermatologist terlebih dahulu untuk mengetahui jenis kulit, punca breakout dan ubat yang sesuai. Anak muda ini mencadangkan untuk korang berjumpa dulu dengan doktor untuk jimatkan duit dan masa. Produk yang dia gunakan mungkin berkesan untuk dirinya tetapi belum tentu berkesan untuk orang lain.
Pesannya lagi, sebelum beli sesuatu produk itu juga korang kena semak kandungan bahan dan review (PENTING) supaya korang tahu kegunaan produk tersebut sama ada sesuai atau tidak dengan jenis kulit korang.
Waktu Syameel berjumpa dengan dermatologist, pakar menjelaskan bahawa bulan pertama mungkin tidak ada perbezaan kerana kulit nak sesuaikan dengan produk-produk tersebut. Namun, selepas dua atau tiga bulan akan nampak perubahan dan memang benar, ia memulihkan kulit wajahnya.

Jom kita lihat bagaimana rutin skincare yang telah dilakukan oleh Syameel ini.

Kulit jadi lembut dan soothing




Tak wajib, tapi korang boleh try



Guna masker



Produk untuk rawat jerawat

Apa-apa pun, jika muka korang memang breakout teruk, teruslah berjumpa dengan pakar kulit sebelum menggunakan apa-apa produk. Takut pula kulit korang makin teruk pula nanti.
Sumber: Twitter @sy4meel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kaki Terpaksa Dipotong”, Remaja Hidap Kanser Tulang Akur Gagal Ambil SPM Kali Ke-3

Biar diuji dengan kesakitan namun semangatnya untuk belajar amat dipuji. Tiga tahun berturut-turut Nursyafiqah pengidap kanser tulang tahap tiga cuba untuk mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun masalah kesihatan ternyata menghalang niatnya itu.
Jika sebelum-sebelum ini keadaan kesihatannya merosot dan kali ini Nursyafiqah perlu menerima hakikat kanser tulang dihidapinya semakin merosot sekaligus memaksa kaki kanannya dipotong bulan lalu.
Dalam laporan Harian Metro, hasrat penghidap kanser tulang untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sekali lagi terbantut apabila keadaan tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan memotong kaki kanannya bulan lalu.

Ini adalah tahun ketiga di mana Nursyafiqah Syamsul Akhmar, 19, terpaksa melupakan hasrat menduduki SPM selepas dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2017.
Menurut ibunya, Saedah Mohd Said, 45, kaki kanan anaknya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa Nursyafiqah selepas tahap kesihatannya kian merosot.
“Sebelum ini, dia ada menjalani kimoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi kurang berkesan dan kaki kanannya perlu dipotong. Kini dia diberikan kaki palsu untuk melakukan rutin harian.
“Buat masa sekarang dia cuba menyesuaikan diri dengan kaki palsu itu dan masih menggunakan tongkat untuk berjalan,” katanya ketika ditemui di rumah di Perumahan Kos Rendah peringkat tiga dan empat di sini, semalam.


Beliau berkata, anaknya sentiasa berharap untuk menduduki SPM namun terpaksa melupakannya untuk tahun ini kerana perlu menjalani rawatan susulan di HKL.
Katanya, penyakit dihidapi Nursyafiqah mula dikesan pada bahagian tulang lutut serta paha apabila anggota itu membengkak sejak berada di tingkatan lima hingga memaksanya bercuti dan tidak ke sekolah.
“Saya terkedu apabila doktor mengesahkan anak perempuan saya menghidap kanser tulang tahap tiga dan tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.
Saedah berkata, Nursyafiqah juga anak kedua daripada tiga beradik itu kini memerlukan penjagaan rapi termasuk perlu kerap ke HKL bagi mendapatkan rawatan susulan.
“Sebagai suri rumah saya hanya bergantung kepada pendapatan suami untuk menampung perbelanjaan ke HKL. Suami Yusri Mohamed, 39, hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan selain dia turut menghidapi penyakit asma yang kronik,” katanya.
Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Nursyafiqah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 6913061808 Public Bank.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Rejab Special, Mengapa Ia Digelar ‘Bulan Haram’?

Alhamdulillah.
Sekali lagi umat islam dipertemukan dengan 1 Rejab pada hari ini. Itu menandakan kita hanya tinggal 2 bulan saja sebelum Ramadan.
Rejab ini merupakan satu bulan yang cukup istimewa gaiss sehinggakan ia tergolong dalam empat ‘bulan Haram’ yang dinamakan dalam Islam.
Apa itu Bulan Haram?
Menurut keterangan yang diberikan oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bulan-bulan Haram Islam telah diterangkan dalam Al-Quran sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 36; maksudnya:
*****
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
*****
Tiga bulan yang umum ketahui sebagai bulan Haram adalah Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Cuma Rejab saja bulan Haram yang terpisah dan menjadi bulan keempat.
Apa kelebihan pada bulan-bulan Haram ini?
Ia sebenarnya terletak pada pelbagai tarikh penting yang hanya hadir setahun sekali kepada umat Islam. Antaranya, puasa sunat pada hari Asyura’ (10 Muharam), puasa sunat bagi yang tidak menunaikan haji (9 Zulhijjah) dan tarikh umat Islam mula menunaikan ibadat haji (Zulkaedah, Zulhijjah).
Kita semua digalakkan untuk lebihkan ibadat berpuasa, bersedekah, berzikir, menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran pada keempat-empat bulan ini. Sumber (I)
Sumber foto hiasan : weforum
Untuk pengetahuan, ini adalah 3 lagi keistimewaan bulan Rejab yang harus diketahui oleh kita semua yang beragama Islam.
Rejab ‘ Warning’ Untuk Ganti Puasa
Bulan Rejab ini selalunya dianggap sebagai bulan latihan bagi umat Islam melatih diri untuk berpuasa sebelum tibanya Ramadan. Bagi kaum perempuan pula, ini boleh dianggap sebagai bulan ‘warning’ bagi mereka menggantikan ‘hutang puasa’ sementelah tinggal 2 bulan saja masa yang tinggal.
Korang juga boleh saja menggabungkan niat puasa sunat dengan puasa ganti.
Rejab Bulan Persediaan
Selain daripada berpuasa, umat Islam juga digalakkan bersedia mempertingkatkan ibadah bermula bulan ini menuju ke Ramadan.
Kata Imam Muda Aran kepada rakan media di Sinar Plus, Rejab ibarat kita menanam pokok. Syaaban pula ibarat menyiram tanaman dan meletakkan baja. Manakala Ramadan pula bulan untuk kita menuai hasilnya.
Perbanyakkan Doa Ini
Tentunya, bulan mulia ini didatangkan dengan satu doa khas buat umat Islam agar mereka boleh memohon dapat menemui Ramadan tidak lama lagi.
Amalkan doa, “Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya’ban wa Balighna Ramadan.”
Maksudnya, “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadan.”
Mudah-mudahan doa kita itu akan diterima. Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

