
Kecantikan selalunya sinonim dengan wanita, namun kenapa tidak lelaki? Orang lelaki pun sebenarnya perlu menjaga ‘kecantikan’ diri. Kecantikan yang dimaksudkan ini bukanlah meniru gaya wanita atau terlebih sampai kalah perempuan.
Kecantikan yang dimaksudkan adalah keperluan untuk menjaga kulit wajah agar kekal bersih, segar dan terlindung dari sebarang cela agar sentiasa terlihat menarik. Produk Foreo LUNA Men 3 ini merupakan inovasi yang dihasilkan khusus buat lelaki yang mementingkan penampilan.

Direka agar sesuai dengan kulit lelaki yang bersifat lebih kasar dari wanita, produk ini sememangnya mampu membantu para lelaki yang mahukan kulit wajah yang lebih ‘terjaga’.
Produk ini menyalurkan denyutan T-Sonic untuk memberikan hasil pembersihan permukaan kulit wajah yang luar biasa, menghilangkan 99.5% kotoran, minyak sebum dan sel-sel kulit mati untuk mengurangkan jerawat dan bintik hitam, tanpa merosakkan lapisan semula jadi kulit yang menghalang hidrasi.

Selain memiliki mod untuk membersihkan, produk ini juga didatangkan dengan mod untuk mengurut. Denyutan T-Sonic yang merangsang memberikan tenaga menerusi urutan untuk membantu mengatasi tanda-tanda penuaan yang kelihatan, menjadikan anda kulit yang tampil lebih tegang dan segar.
Produk penjagaan kulit yang sesuai digunakan bersama produk ini adalah jenis krim yang tidak memiliki sebarang biji kasar untuk pengelupasan. Dan jika ada yang bertanya adakah produk ini sesuai digunakan oleh wanita? Sebenarnya tidak sesuai, kerana permukaan memebrsihnya direka untuk kulit lelaki yang pada zahirnya lebih kasar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlampau Aktif Sukan, Air Kencing Boleh Jadi Warna Hitam. Baca Penjelasan Doktor Ini

Bila tengok tubuh orang kurus, langsing dan sado hasil workout di gym, mulalah kita berimpian yang sama. Berlatih berjam-jam di gym tak termasuk joging dan sebagainya.
Kawan-kawan pun mulai memuji, tubuh kita sudah kurus banyak. Makin semangatlah nak berlatih berjam-jam setiap hari tanpa sedar tubuh juga perlu berehat.
Pada yang obses terlampau nak bersukan, pendedahan doktor ini mungkin mengejutkan. Percaya tak, terlalu aktif bersukan mendedahkan kepada masalah air kencing bertukar kehitaman atau disebut hematuria.

Apa itu HEMATURIA? Bahaya apakah menanti bila air kencing bertukar kehitaman? Adakah ia satu penyakit serius yang mampu membawa maut jika tidak diubati? Atau ia satu petanda anda ada penyakit berbahaya?
Baca penjelasan dari Doktor Nurul Diyana Ab Mahat, yang cantik menawan ini.
Doktor cantik ini pernah bertugas di Hospital Selayang. Tetapi kini memilih sebagai “free lance” tanpa meninggalkan dunia perubatan. Masa yang sama, Doktor Diyana bersama keluarga memulakan bisnes kosmetik sendiri atas jenama DRX.

Kata Doktor Diyana, individu yang terlalu aktif bersukan lebih mudah terdedah kepada masalah hematuria. Semasa membuang air kecil, pada pandangan mata kasar ia berwarna hitam kemerahan tetapi sebenarnya ia adalah darah pekat.
Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria. Secara umumnya, hematuria ini terdapat dua jenis:-
“Jenis yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar. Ianya dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop. Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.
“Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing berwarna merah. Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria. Ini bermakna pada pandangan mata kasar, anda boleh melihat air kencing bersama dengan darah,” kata Doktor Diyana yang memaklumkan, adakalanya, selepas seseorang bersenam, hasil “breakdown” darah merah dan muscle berada di dalam pundi kencing. Dan ini memberi kesan gelap dan sering disangka darah oleh kebanyakan pesakit.
Apakah penyebabnya?
Ada banyak sebab terjadinya hematuria. Sesetengahnya tidaklah begitu serius. Bagi sesetengah orang, darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya dalam masa 72 jam.
“Kebanyakan senaman induces hematuria adalah kencing yang tidak mempunyai rasa sakit walaupun darah berada di dalam kencing
“Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.
Punca berlaku masalah ini?:
- Jangkitan pada saluran kencing :- Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita. Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.
- Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing, ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
- Disebabkan aktiviti sukan :- Apabila kita bersenam, aktiviti penapisan kencing terganggu. Menyebabkan sel darah merah bercampur dengan air kencing kita.
- Pengambilan ubat-ubatan seperti pencair darah, aspirin dan lain-lain lagi
- Kanser dalam darah
Benarkah aktiviti sukan berlebihan mengakibatkan gejala ini?

Sukan memang baik tetapi ada hadnya. Badan bukan boleh dipergunakan sepenuhnya, perlu ada masa rehat dan sebagainya. kes hematuria ini biasanya pada atlet sukan, askar yang berkawat dan individu yang bersenam secara berlebih-lebihan. Contohnya atlet jarak jauh, orang yang sering angkat berat. ( diagnosis hematuria-induced exercise ini dilakukan setelah semua sebab di atas sudah diuji) ( diagnosis of exclusion ).
Apa kesan jika terjadi dan bagaimana tanganinya?

Kesan pertama ialah, akan berlaku trauma pada pundi kencing. Lebam dan pendarahan pada tempat kencing lalu menghasilkan hematuria.
Keduanya ialah dehidrasi juga boleh menyebabkan hematuria pada kencing.
Cara atasi masalah ini?
1. Minum air secukupnya sebelum bersenam
2. Jangan bersenam terlalu lama. Warm up harus dilakukan dahulu dan jangan paksa tubuh ke tahap terlalu maksimum. Anda harus tahu cara senaman yang terbaik untuk tubuh badan sendiri.
3. Intensif senaman juga harus dititik beratkan
Ketahui bentuk senaman dan sukan yang betul dan tidak memberikan kesan pada tubuh sendiri. Apa perlu dibuat?
Cara bersenam terbaik adalah sebelum bersenam, lebih baik membuang air kecil terlebih dahulu (20-30 minit sebelum) dan bukan 2 atau 3 minit sebelum bersenam kerana dikhuatiri jika pundi kencing anda kosong sebelum bersenam, trauma akan lebih senang terjadi pada pundi kencing.

Nak tahu lelaki atau perempuan lebih mudah hadapinya?
Kedua-duanya tetapi lebih cenderung kepada lelaki. Justeru itu, perlu fahami hematuria ini dengan lebih teliti. Jika anda alami hematuria-exercise induced, masalah ini biasanya akan hilang selepas 72 jam.
Jika masih terdapat darah, dapatkan rawatan susulan kerana perlu tahu jika ada penyakit lebih serius berlaku pada tubuh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Hilang’ Mahkota Gara-Gara Bermulut Jahat? Insiden Rakaman Jadi Pengajaran Buat Ratu Cantik Ini

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa…
Tindakan Fernanda Pavisic memuat naik sebuah rakaman video di InstaStory sambil memberi komen kurang enak terhadap peserta-peserta Miss Universe 2022 telah memberikan kesan buruk kepada dirinya apabila kemenangannya telah ditarik balik dan dia hilang hak untuk mewakili Bolivia ke pertandingan Miss Universe 2022 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat pada Januari tahun hadapan.
Dalam video tersebut dapat dilihat Fernanda bersama temannya sedang menatal halaman Organisasi Miss Universe yang menampilkan headshot wakil dari seluruh dunia. Pastinya setiap peserta menghantar ganbar terbaik mereka agar menarik perhatian.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Ada Calon Yang Baik,” – Elaine Daly Berkongsi Kisah Tentang Hatta Dolmat, Lesley Cheam Dan Kerjaya

Namun tindakan Fernanda yang kurang menyenangkan itu seolah-oleh menjatuhkan wakil negara lain yang juga bertentangan dengan konsep women empowerment yang dilaungkan oleh organisasi tersebut. Antara komen yang diberikan adalah dia menyatakan yang perserta dari Ecuador, Aruba dan Curaco hanyalah sekadar datang untuk mememeriahkan pertandingan.
Dia juga menggelar perwakilan dari Venezuela dan Peru sebagai individu yang menyerupai golongan transgender. Perkara itu menjadi satu penghinaan kerana pemilik Organisasi Miss Universe yang baharu, Anne Jakrajutatip merupakan seorang wanita transgender.

Selain itu dia turut memberi gelaran kepada wakil dari Argentina sebagai Miss Potoni, kata-kata yang seolah-olah menghina wanita dari kota Potoni yang terletak di Bolivia Selatan. Lebih menyedihkan, dia turut menggelar wakil Paraguay, Brazil dan El Salvador sebagai perempuan tua.
Sejurus video tersebut menjadi tular, Promociones Gloria yang merupakan organisasi pemegang lesen Miss Universe Bolivia telah mengumumkan tentang penarikan semula mahkota yang dimiliki oleh Fernanda Pavisic. Kini mereka telah mengumumkan pemenang tempat kedua Miss Universe Bolivia 2022, Maria Camila Sanabria Pereyra bakal menggantikan Fernanda dan bergelar Miss Universe Bolivia yang baharu. Sebelum ini dia pernah mewakili Bolivia di pertandingan Miss Grand International 2022.

Tidak dapat menerima penarikan semula gelarannya, Fernanda telah memberi kenyataan bahawa video yang dimuat naik di InstaStorynya merupakan satu eksperimen sosial. Namun alasan yang diberikan itu langsung tidak masuk akal dan membuatkan warganet mengecam tindakan dan alasannya itu.
Begitulah kehidupan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semoga insiden ini menjadi pengajaran bukan sahaja kepada Fernanda malahan kepada semua ratu cantik yang lain agar tidak melakukan perkara yang boleh mengundang persepsi negative apatah lagi komen yang dibuat menjatuhkan maruah wanita lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: YouTube Rina Hendricks, Philstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet Bola Jaring, An Najwa Pernah Diasak Kerana “Tak Slim”. Ini Caranya Turun 16 KG!

Bila seseorang sudah menjadi public figure, dia tidak akan terlepas daripada kritikan orang di sekeliling.
Ada je perkara yang tak kena pada mata mereka. Terlalu tinggi, terlalu pendek, terlalu gemuk, terlalu kurus, terlalu Asian (there is such a thing?), terlalu urban, terlalu kampung and the list goes on.
Jadi apabila atlet bola jaring nasional, An Najwa Azizan atau lebih mesra dengan panggilan An Najwa berkongsi mengenai pengalamannya dipanggil “tak slim enough“, kami terus tertarik untuk mendengar story daripadanya.

Kongsi An, sejak dulu dia mempunyai bentuk badan yang senang naik – makan sedikit je terus berisi – An tak melalui zaman remaja yang mudah.
“Tak semua orang akan faham jenis badan macam An. Nak cari seluar pun susah, apatah lagi baju. Dulu An frust dengan diri sendiri sebab nak sangat untuk kurus tetapi SUSAH!
“Lagi frustrating apabila mulut orang yang ikut sedap je cakap. Contohnya, ‘Mana mana kau boleh jadi atlet dengan badan macam ni’, ‘Kau ni memang tak pernah kurus eh?’ dan ‘Gemuknya kau ni!’,” tulis An di dalam posting Instagram-nya kelmarin.
Ouch.

Tak cukup dengan itu, An juga menerima gelaran teruk seperti ‘Gorilla’ dan ‘King Kong’ kerana bentuk badannya.
Weh, hati mana yang tak sentap.
“An tahu ramai yang remaja yang boleh faham dan rasa apa yang An pernah rasa dulu. Tak confident dengan diri sendiri, selalu kena ejek sampai pada satu tahap, An tak suka dengan diri sendiri.
“Tapi of course, setiap masalah akan ada jalan penyelesaian. Semuanya terpulang kepada usaha diri sendiri, sama ada nak berubah atau tak. Untuk An turun berat badan dan lemak yang dah lama tepu, An buat 2 rutin simple ini secara konsisten.

Cara An Najwa Turunkan Berat Badan
01
Workout setiap hari sekurang-kurangnya untuk 1 jam. Tak kiralah apa jenis senaman pun, asalkan 1 jam berterusan.
02
Diet tetapi janganlah sampai abaikan nasi. Tak semua orang boleh tahan tanpa nasi, malah ia boleh memudaratkan kerana diri korang tak biasa tanpa ada nasi di dalam diet.
An kurangkan gula terutamanya air manis. Jangan terus cut secara mendadak kerana korang boleh pengsan kerana badan belum terbiasa.

03
Detoks. Ini yang paling penting kerana lemak telah lama tepu di dalam badan. Nak kurangkan memang susah, tetapi detoks yang sesuai dengan korang boleh buangkan benda-benda yang tak perlu di dalam badan.
* * * * *
Dan dengan 3 cara ini, An berjaya kurangkan berat badan daripada 90 kilogram kepada 74 kilogram dalam masa 5 minggu. Dengan ketinggian An, dia tak jauh daripada berat badan ideal.

So untuk korang yang pernah dipanggil dengan gelaran ‘gemuk’, prove them wrong!
REMAJA tahu korang boleh buat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

