Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable” atau secara mudahnya — cantik! Tapi betul ke rupa paras yang menarik boleh memberi kelebihan dalam dunia kerjaya?
Jawapannya: YA. Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa kecantikan luaran boleh memberikan impak besar terhadap peluang pekerjaan, gaji, malah promosi!
Kajian Ilmiah: Rupa Cantik, Gaji Naik?
Menurut kajian oleh ahli ekonomi dari University of Texas, Daniel Hamermesh, individu yang dikategorikan sebagai lebih menarik secara fizikal memperoleh pendapatan sekitar 10-15% lebih tinggi berbanding mereka yang dianggap “biasa-biasa”. Malah, sepanjang kerjaya mereka, individu yang paling menarik boleh menjana tambahan pendapatan sebanyak $250,000 berbanding mereka yang kurang menarik.
Kajian lain oleh Harvard turut menyokong penemuan ini, menyatakan bahawa pekerja yang lebih menarik secara fizikal cenderung untuk mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Ads
Realiti Dunia Pekerjaan: ‘First Impression’ Memainkan Peranan
Dalam dunia profesional, persepsi adalah segalanya. Rupa menarik sering dikaitkan dengan disiplin, gaya hidup sihat dan keyakinan diri. Dalam temu duga, majikan hanya ada beberapa minit pertama untuk menilai seseorang. Jika kamu kelihatan kemas, menarik dan ‘confident’, kamu secara automatik mendapat kelebihan berbanding calon lain — walaupun CV kamu lebih kurang sama!
Tapi… Ini Bukan Tiket Eksklusif untuk Berjaya
Walaupun rupa memainkan peranan, ianya bukan jaminan untuk kejayaan jangka panjang. Majikan mungkin tertarik dengan penampilan kamu, tetapi untuk kekal dan naik pangkat, kamu tetap perlu menunjukkan prestasi, komitmen dan kemahiran sebenar.
Jadi, jika kamu rasa kurang menonjol dari segi rupa paras, jangan risau! Fokus kepada ‘personal branding’, komunikasi berkesan, dan kecerdasan emosi (EQ) — semua ini adalah aset penting yang tak lapuk dek usia.
Ads
Penampilan Boleh Dilatih!
Kecantikan bukan semata-mata faktor genetik. Ia juga merangkumi grooming, keyakinan, senyuman tulen, dan gaya komunikasi yang positif. Remaja boleh belajar tampil yakin dengan teknik mudah seperti:
Menjaga kebersihan dan gaya pakaian
Latih postur badan & senyuman
Menyusun kata-kata dan berani bercakap di hadapan umum
Menonjolkan keunikan diri sendiri (personal style)
Kesimpulan: Jadi Cantik Luar & Dalam
Kalau kamu cantik — syukur! Tapi jangan terlalu bergantung padanya. Kalau kamu rasa tidak cukup menarik — jangan putus asa. Kerana dalam dunia sebenar, rupa hanyalah bonus, tetapi karisma, kepintaran, dan usaha adalah tiket utama kejayaan.
Jadi, remaja semua… tak kira bagaimana rupa kamu, yang penting ialah cara kamu bawa diri.
Terbaru, Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila kedua-dua qari dan qariah negara berjaya merangkul gelaran juara dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 yang berlangsung pada malam Ahad, semalam.
Bagi kategori qari, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (27) membuktikan kehebatan bacaan dan penghayatan beliau apabila dinobatkan sebagai johan dengan markah 97.01 peratus selepas mengatasi pencabar dari Indonesia, Ahmad Azroi Hasibuan (95.13 peratus) dan wakil Turkiye, Muhammed Yahya Yildizhan (93.88 peratus) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Pada masa yang sama, qariah negara, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (31) turut mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih 95.88 peratus markah, mengetepikan peserta Maghribi, Fatima Zahra Assafar (89.38 peratus) di tempat kedua dan peserta Indonesia, Nur Rahmiyatin Adhya (87.59 peratus) di tempat ketiga.
Kredit foto: Bernama
Dalam pada itu, kejuaraan kedua-dua wakil negara ini diraikan dalam majlis penutup yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Sementara itu, untuk kategori hafazan lelaki, peserta Jerman, Usamah Barghouth muncul juara dengan markah 98.25 peratus, manakala Mohammad Abdullah Masasati dari Syria (98.01 peratus) dan Mohammad Jamil Farhat dari India (97.25 peratus) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori hafazan wanita pula menyaksikan peserta Syria, Tasneem Arian Omar dinobatkan sebagai juara dengan 97.5 peratus, diikuti wakil Malaysia, Putri Auni Khadijah di tempat kedua (96.75 peratus) dan Najway Ali Zaydan Alkourbu dari Libya (95.51 peratus) di tempat ketiga.
Kredit foto: IKIM
Sekadar info, setiap johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM40,000, barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hadiah iringan serta sijil penghargaan.
Melalui tema ‘Membangun Ummah MADANI’ MTHQA ke-65 kali ini telah menghimpunkan seramai 71 peserta dari 49 negara sekaligus menjadi platform persaudaraan dan perkongsian ilmu yang terus mengangkat martabat Al-Quran di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah kolesterol tinggi ini tidak mengenal usia tua atau muda. Malah, ia sudah menjadi dah jadi perkara biasa sekarang. Salah satu petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengamalkan minum air barli bersama lemon.
Menariknya ia bukan saja untuk untuk turunkan kolesterol tapi juga kurangkan berat badan. Minum segelas kolesterol turun berat badan pun makin kurang. Best kan. Petua ini dikongsi oleh Sumaiyah Abdullah.
Amalkan segelas sehari
Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
Bahan-bahannya
3 sudu besar
Biji Barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air1 hirisan lemon
* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
Cara-caranya simple sangat
Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
2. Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
4. Kemudian sejukkan.
5. Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
6. Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul betul menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan.
Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Hehe. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya ;
* Menyejukkan badan.
* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
* Mengawal gula dalam darah.
* Mencegah jangkitan saluran kencing.
* Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Lebihan barli boleh di buat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja.
Ingat, jaga kesihatan dari muda jangan dah sakit baru nak merawat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut je diskaun, mesti kita terus celik mata kan!
Ini bukanlah diskaun shopping untuk membeli baju raya, ini adalah diskaun yang lebih bermanfaat untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
Diskaun yang dimaksudkan adalah diskaun pahala yang disediakan oleh Allah SWT sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. REMAJA sempat meluangkan masa bersama PU Amin ataupun Ustaz Amirul Amin untuk membincangkan kelebihan membaca Al-Quran semasa berpuasa.
“Antara keistimewaan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semasa bulan Ramadan adalah menghidupkan malam-malamnya dengan beribadah. Antaranya termasuklah solat Tarawih, solat-solat sunat dan membaca Al-Quran.
“Mengapa bacaan Al-Quran ini sangat istimewa adalah kerana bacaan kita bagi setiap huruf akan dilipat kali gandakan pahala. Kalau pada bulan-bulan lain, kita baca 1 huruf dapat 1 pahala.
“Tetapi dalam bulan Ramadan, kita akan memperolehi 10 pahala bagi setiap huruf yang dibaca. 10 kali ganda. Apabila kita membaca Alif Lam Mim – Alif 10 pahala, Lam 10 pahala dan Mim 10 pahala.
“Itu belum lagi jika kita membaca surah dalam keadaan berwudhuk dan dalam waktu solat.
“10 pahala tersebut akan dilipat kali gandakan menjadi 100 pahala. 1 x 10 x 10. Bayangkan kalau kita baca surah sependek Al-Ikhlas, ia akan menjadi ribuan pahala. Walaupun sekejap saja bacaan tetapi ada sebab mengapa Nabi Muhammad SAW meminta umatnya hidupkan malam-malam Ramadan dengan membaca Al-Quran,” jelas Ustaz Amirul Amin.
Seharusnya, usahlah kita membanding-bandingkan jumlah bacaan kita dengan orang lain kerana ia hanya akan membantutkan semangat kita untuk membaca Al-Quran.
Ada orang mampu untuk menghabiskan satu juzuk dalam satu malam. Jika kita hanya mampu membaca 1 muka surat selepas setiap waktu solat wajib, jadi lakukanlahnya. Tak kiralah 5 muka surat setiap hari, asalkan kita tidak meninggalkan Al-Quran.
Lagi-lagi sewaktu perayaan Nuzul QUran pada musim PKP, PKPB dan PKPP kan. Inilah waktu terbaik untuk kita mendekati Al-Quran.
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.