Orang Boleh Salah Guna Aplikasi Face Apps Untuk Tujuan Tidak Elok, Wanita ini Minta Agar Netizen Berhati-Hati

Share

Baru-baru ini kecoh penggunaan aplikasi Face Apps di mana penggunanya boleh menukar wajah mereka menjadi lebih berusia, muda dan sebagainya.

Tidak cukup itu, para selebriti juga turut sama berkongsi foto-foto mereka menggunakan aplikasi tersebut.

Bagaimanapun, lain pula pandangan individu ini apabila dia yang dikenali sebagai Nur Alycia Shaqira meminta agar netizen berhati-hati dan berkongsi kesan menggunakan aplikasi tersebut.

Boleh Guna Data Untuk Apa Sahaja

“Since ramai yang post muka tua n aku pun tak faham apa yang best tengok muka sendiri kedut-kedut. So sebelum semua menyesal sampai ke hari tua, aku rasa patut share this info, but still depend on you,” tulisnya.

Pointless Issue

Namun begitu, netizen menolak dakwaan individu tersebut mengatakan bahawa poin yang diberikan tidak kuat dan tiada sebab munasabah untuk aplikasi tersebut berbuat demikian.

Alahai, kalau dilihatkan sekarang pun memang banyak sangat kes berkaitan dengan online, jadi sebaiknya, kita semua kena berhati-hati dan kalau boleh janganlah kongsi banyak sangat perkara peribadi di online ya.

Yang penting, kita kenalah beringat sebelum kena!

IKLAN