
Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.
Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.
Tertuduh didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 10 malam, 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, wartawan yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjelasan Kenapa Bil Mahal! Rupanya Pengguna Dikenakan Cas Pada Kiraan Blok 3 Bersamaan RM0.5160 PerkWh/kW

Sana sini rakyat Malaysia sudah mulai bising tentang tentang bil elektrik yang diterima agak tinggi semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kemudian bersambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir sehingga Ogos nanti.
Kalau diperhatikan di media sosial, rata-rata pengguna “bising” bila bil api mereka tinggi dan bukan seperti bulan-bulan biasa. Walau mengakui kipas dipasang 24 jam sehari namun ramai tertanya-tanya kenapa bil naik lebih 500 peratus dari kadar biasa dibayar.
Remaja percaya, ramai yang telah membuat pertanyaan dan aduan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pastinya jawapan diperoleh, ianya adalah bil anggaran selama 3 bulan semasa PKP berikut pembaca meter tidak datang ke kediaman kita. Walau ramai tidak berpuas hati dengan peningkatan bil yang tinggi namun apa yang pasti ianya perlu dijelaskan juga kalau tidak mahu bekalan elektrik dipotong.
Namun perkongsian maklumat dari individu bernama Mat Apit di fbnya mengenai kadar bil ini ternyata ada kebenarannya. Ini kerana sebelum perkongsian dibuat, beliau telah berurusan dengan pegawai di TNB bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu mengapa bil tinggi.
Ternyata bil yang tinggi adalah kerana kita dicharge pada kiraaan blok 3 iaitu RM0.5160 perkWh/kW di mana meter kita tidak di reset kembali ke kiraan blok 1 bersamaan RM0.2180 perkWh/kW seperti bulan-bulan sebelumnya. Rupanya setiap kali bacaan dibaca, meter kita akan direset semula pada kiraan blok 1 dan sebab itulah bil kita masih murah seperti sebelumnya. Namun disebabkan PKP sudah masuk lebih 80 hari bermakna, meter kita tidak direset dan ia mencecah pada kiraan blok 3.
Bacalah penjelasannya. Moralnya bukan semua orang mampu bayar bil yang melambung tinggi ini.

Itu hari dapat bil TNB tinggi.
Dengan nasihat yang baik dari Syafiq untuk aku tulis complaint, aku pun buat aduan kepada TNB dan dalam masa yang sama, aku up la satu pos sebagai tanda protes, dengan harapan, semakin ramai orang bercakap, kerajaan akan pandang isu ni dan ambil tindakan.
Masa aku karang ayat komplen tu, aku tengah marah sebenarnya.. Aku pun letak ayat, "..Bil saya terlalu tinggi dan tak munasabah.. Minta tolong hantar orang buat penerangan pada saya tentang bil eletrik tinggi ni.. Hantar lebih dari 2 orang, takut-takut kalau dia salah jawab, parang saya tiba-tiba terbang nanti.."
Tapi aku edit balik la bagi ayat muluk-muluk. Orang bertamadunkan tak mendahulukan emosi
Harini pegawai TNB hubungi aku dan beri penerangan.
Aku cakap, semua hujah dia aku boleh terima. Masalah PKP tak boleh keluar pergi baca meter, bahagikan purata penggunaan, bla bla bla.
Dia juga kata, sepanjang PKP orang duduk di rumah, dan penggunaan banyak. Ini alasan yang tak munasabah sebab isteri aku work from home dah dekat 2 tahun, makna kata rumah sentiasa ada orang, tapi bil maintain saja. Apa pula bila PKP ni tiba-tiba jadi mahal? Kalau pun penggunaan lebih, takkan sampai 600% peningkatan?
Aku bagitau pegawai tu, hujah kata waktu PKP orang duduk rumah sebabkan penggunaan tinggi tu semua alasan fatal yang kelakar.
Sebab sebenar yang buat bil eletrik naik mendadak adalah, bila dia buat bacaan selepas 3 bulan, penggunaan sudah masuk ke blok penggunaan ke-3 dengan harga 0.51/Kwh, sedangkan penggunaan sebelum-sebelum ni tak pernah sampai pun pada blok ke-3, jarang-jarang melepasi blok pertama, dan kalau lepas masuk blok ke-2 pun, sangat sedikit (rujuk gambar 1)
Bagi yang tak jelas, penggunaan elektrik TNB ni ada 3 blok.
200kwh pertama, harga sekian-sekian..
100kwh kedua, harga sekian-sekian (lebih mahal)
300kwh seterusnya, harga sekian-sekian (lebihh mahal lagi)
(Rujuk gambar 2)

Setiap kali pegawai datang baca meter dan bilkan penggunaan pada pelanggan, kos penggunaan tu akan reset balik kepada blok pertama.
Tapi bila PKP dan TNB tak hantr orang datang baca meter, bil penggunaan masuk blok ke-3, bacaan akan santak sampai maksimum. Itu la punca bil naik jadi gila.
Pegawai TNB tu kata apa yang aku cakap tu betul.Tapi ini polisi TNB. Memang cara baca meter macam tu.
Dan aku kata, polisi dan cara TNB tu adalah zalim, menekan, menindas pengguna, sedangkan PKP dek wabak Covid19 yang kita hadapi ini adalah unprecedented, tak pernah berlaku.
Kalau gitu, untung lagi TNB kalau kerajaan buat PKP sampai setahun. Selepas setahun, penggunaan blok ke-3 dah tentu lebih banyak, sebab bacaan penggunaan takkan reset ke blok pertama balik, selagi TNB tak datang bilkan kepada pengguna.
Manusiawi la mas bro.
Patutnya bagi la kiraan rata (sebab ia penggunaan 3 bulan sekaligus) kepada penggunaan eletrik melepasi blok ke 3 tu. Lebih merigankan dan sama-sama dapat manfaat. TNB dapat ambil kesempatan, pengguna dapat sedikit diskaun dek kerana TNB tak mai baca meter.
Tapi brader yang call tu memang gentleman.
Dia akui yang cara tu menyebabkan bil jadi melampau dan menindas pengguna. Tapi dia tak boleh buat apa, kerana dia bekerja ikut polisi. Kerajaan kena bercakap berkenaan 'benda' ni, supaya polisi TNB berobah.
Nahh. Sekarang jom kita sama-sama bercakap benda ni, viralkan, cucuk wakil rakyat anda suruh diorang bercakap pasal isu ni, supaya TNB ubah sikit polisi dan kita sama-sama boleh terima manfaat.
Kalau malas complain, cukup sekadar share tulisan saya ni, supaya lebih meluas lagi orang bercakap.
Kalau aku salah, aku sedia dibetulkan.
Sekian
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Starbucks Tutup 400 Outlet, Kesan Pandemik COVID-19

Bila sebut Starbucks, ia dikategorikan tempat have-have.
Adakalanya nak buat pesanan minuman pun rasa seram sejuk. Hikz.
Ternyata pandemic COVID-19 memberikan kesan yang bukan sedikit ke atas dunia perniagaan baik kepada syarikat yang sudah berjenama besar dan dikenali ramai. Terkini, Starbucks mengumumkan bakal menutup 400 cawangan di Amerika Utara selepas bertahan selama 18 bulan.
Dengan penutupan ini, Starbucks akan kehilangan pendapatan lebih dari USD3 bilion pada suku tahun ke tiga tahun ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kopi terkenal dunia ini di negeri Seattle, Washington, Amerika Syarikat, pihaknya akan memperluaskan format perniagaan dengan konsep yang masih memberikan keselesaan kepada peminatnya dengan cara bawa pulang, driver thru dan lokasi pick up untuk mereka yang membawa kereta.
“Kami mencari cara terbaik untuk mengatasi situasi COVID-19 ini, malah mempercepatkan kedai mudah alih untuk memberi pengalaman bagi peminat kopi jenama Starbucks ini,” kata Kavin Johnson yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks.
Malah mereka turut menyasarkan target keuntungan hanya sekitar USD2 bilion ke USD 2.2 bilion untuk pertengahan tahun ini dan mahu mencapai keuntungan semaksimumnya. Dalam pada itu, kedai kopi terkenal Amerika ini mempunyai 8000 outlet di seluruh Amerika. Sumber : AFP/Alarabiya/OL-09
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hiasan Beli Di Kedai ECO Saja, Rumah “Sangkar Ikan” Ini Berubah Cantik

Bukan semua orang mampu menikmati rumah mahal dan cantik. Malah bukan semua mampu membeli rumah landed sebaliknya hanya mampu membeli rumah flat, pangsapuri dan sebagainya. Pendek kata rezeki setiap orang itu berbeza-beza.
Walau apa pun situasi kediaman kita namun kalau pandai mengaturnya, jika rumah sentiasa dibersihkan akan nampak cantik dan kemas.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang wanita di fbnya, Mariyah Ghazali yang memaparkan deko hiasan dalam rumah kecilnya. Walau tinggal di dalam rumah Sangkar Ikan tapi ternyata rumahnya kemas dan lebih menarik hiasan yang dibelinya di kedai berhantu “Kedai Eco”yang kebanyakan barangannya dijual hanya RM2.



Kalau dilihat dari luaran (warna kayu yang nampak mulai pudar) tentu orang tidak sangka hiasan dalam rumahnya wow. Beliau banyak melekatkan kepingan-kepingan menarik sebagai hiasan dinding sekaligus menjadikan suasana dalam rumah sangkarnya itu menarik sekali.
Malah perkongsiannya itu telah dikongsikan oleh lebih 9.5k shares yang kagum dengan dekorasi rumah sangkarnya itu.
Itulah yang biasa orang kata, biar rumah kita kecil dan nampak tidak cantik pada pandangan luarnya asal dalamnya cantik, kemas dan tersusun. Jangan rumah saja luar nampak cantik tapi dalamnya kotor dan bersepah seperti banyak dipaparkan di media sosial sebelum ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

