Orang kata, hati yang bersih ni senang untuk menghafaz Al-Quran. Begitulah yang berlaku kepada bekas pelajar Sekolah Agama Bantuan Khas (SABK) Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar kerana berjaya menghafaz Al-Quran dalam tempoh 41 hari sahaja.
Pencapaian ini menjadi rekod baru dalam Program Tahfiz Intregasi (PTI) di Pusat Latihan Tahfiz Integrasi An Nur Kampung Permatang Pasir kerana kebanyakkan pelajar menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk dalam tempoh tiga bulan.
Muhammad Muttaqin, 18, memulakan hafalan pada 30 Disember tahun lalu dengan membahagikan masa antara 10 ke 13 jam sehari dan hanya berhenti untuk solat, makan dan berehat.
Ads
Fuhh, memang terbaiklah bro!
“Dalam sehari, saya nak dapatkan lapan muka surat pun agak payah, tapi saya tanam azam nak tingkatkan hafalan,”
Ads
“Alhamdulillah, proses hafalam meningkat daripada 15 muka surat kepada 20 muka surat dan paling banyak saya boleh buat setakat ini menghafaz 25 muka surat dalam sehari,” jelas Muttaqin.
Dalam pada itu, ramai yang berbangga dengan kejayaan anak muda ini kerana berjaya menghafaz Al-Quran. Bukan semua orang diberi peluang seperti ini.
Alhamdulillah, setidak-tidaknya masih ada golongan muda yang cintakan Al-Quran. Tahniah juga kami ucapkan kepada kedua orang tua remaja ini kerana berjaya mendidik anak menjadi seorang hufaz. Semoga Muttaqin menjadi contoh kepada remaja di luar sana.
Malang tidak berbau, bila seronok nak pergi travel ke luar negara, ramai yang lupa atau tidak mengambil peduli tentang travel insurance.
Rata-rata daripada masyarakat kita menganggap travel insurance ini satu pembaziran kerana sepanjang pergi melancong, semuanya selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Maka, jika membeli travel insurance, duit tersebut akan burn tanpa dituntut.
Namun begitu, sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diduga, macam mana guys!
Seperti apa dikongsi oleh Liyana Love di laman facebooknya yang berpengalaman menggunakan travel insurance ini, sebenarnya banyak manfaat yang korang boleh dapat sekiranya membeli insurans semasa pergi melancong lagi-lagi apabila ditimpa kemalangan.
Ini perkongsian beliau,
Hi guys!
” Sis cuma nak ingatkan jangan lupa beli travel insurance walaupun travel untuk sehari dua ke. Sebab kita tak tahu apa nak jadi kan. Macam sis, hari ke-2 di dalat dah eksiden langgar lori. Sis, husband dan baby 9 bulan tapi alhamdulillah baby selamat. Syukur sangat sangat cuma sis lahh patah kaki kanan dan husband patah rahang dan rusuk kiri. Masa naik motor tu, anak guna baby carrier jadi memang dia tak kena apa apa.
Tapi orang kat sini hampir 97% tak boleh cakap english, waktu nak minta tolong call kan ambulance bukan main azabnya!! Sebab ambulance pon tak tahu. Hahahaha dah lah kat area tu line internet cam haram. Macam sis nak menanggis jee masa tu. tapi lepas jee eksiden sis terus call insurans untuk inform diorang dan diorang sangat bagus sebab call setiap satu jam!
Cuma rezeki sis, owner lori yang kitaorang langgar tu baik sangat. Serius terlalu baik sebab dia bayarkan bil hospital sis dan suami. Dia memang ikhlas tolong kitaorang. Dan untuk pengetahuan korang, serius orang dalat sangat baik. Walaupun baru 9 hari pelbagai kenangan manis sis rasa.
Makcik makcik dalat yang jaga anak sis semasa sis tak mampu buat apa apa. Mandikan tukarkan baju bagi makan dan susukan. Dan kalau sesiapa datang dalat, boleh makan di Restaurant Hajah Hawa, Da Lat sebab ownernya terlalu baik. Mereka yang hantar makanan setiap hari pada sis semasa kitaorang kat sini sebab sis hampir termakan bubur daging babi tau. Huhuhu sis promote restoren dia sebab tu jee yang sis mampu buat untuk balas jasanya.
Sis kan balik Malaysia sabtu ni (18Jan2020), baby sis dah balik dulu hari jumaat lepas sebab sis memang tak larat nak jaga dia dengan keadaan sis yang agak kekurangan ni. Sis ada share cerita sis sepanjang berada di hospital. Sesiapa yang rajin boleh lah jenguk facebook sis untuk tahu bagaimana kehidupan sis di hospital. Hahahaha
Sis dah 9 hari dekat Lam Dong Hospital Dalat. Alhamdulillah pihak insurans sis dah uruskan penerbangan balik sampai lah ke hospital di Johor Bahru. Sebelum ni cam berkira kira nak beli tiket business class, tak sangka bila sakit dapat juga merasa duduk di business class! Hahahaha
Datanglah dalat! Anda pasti teruja dengan kecantikkan bunga di setiap jalan di dalat, yang dikenali sebagai taman bunga yang abadi! Agituuu! Hahahahaha
Ohh yaa! Shopping pon best disini! Tak perlu tawar sebab barang memang dah murah sangat.”
So dah dengar pengalaman sis ni korang masih nak berkira tentang wang? Janganlah berkira sangat sebab kita tak tahu apa yang berlaku kan? Pepatah pun ada mengatakan, ‘sediakan payung sebelum terlambat’. Kalau berlaku sesuatu yang tak diingini, tambah pula di negara orang, bila ada insurans ni kuranglah sikit beban tu nanti.
Bekas ahli EXO, Tao atau nama sebenarnya, Huang Zi Tao kini terpalit dengan khabar angin bahawa dia kini bercinta dengan peminatnya yang merupakan warga Korea Selatan.
Perkara tersebut mula dihidu oleh media China apabila beberapa foto pasangan tersebut berdating dikongsi kepada umum.
Malah terdapat juga momen-momen mesra Tao bersama teman wanitanya yang dikenali sebagai Cik Kim. Dipercayai, dia hadir ketika konsert penyanyi itu di Shanghai dan juga turut bercuti bersama-sama di Jepun, baru-baru ini.
Seperti pasangan lain juga, mereka juga sering berkongsi couple item di laman media sosial masing-masing.
Sebenarnya, sebelum ini juga peminat telah berkongsi beberapa foto menunjukkan hubungan mesra Tao dengan teman wanitanya itu namun agensi Tao tidak memberikan apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut.
Untuk pengetahuan, Tao mula mencipta nama menerusi penglibatannya dengan grup EXO sebelum mengundur diri kerana masalah kesihatan pada tahun 2015. Dia kini aktif sebagai penyanyi solo dan pelakon di China
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka usianya bakal mencecah 56 tahun pada Mac nanti. Chuando Tan pernah mencipta fenomena lima tahun lalu apabila gambarnya yang menampilkan bentuk tubuh yang fit menjadi bualan ramai warganet dek fizikalnya yang terlihat ‘awet muda’.
Kini lima tahun berlalu, Chuando yang merupakan seorang jurufoto fesyen, model dan pelakon mengenang kembali kisah bagaimana dia menjadi internet sensation dalam satu malam sahaja.
Berkongsi kisah ini kepada CNA Lifestyle, Chunado mengimbau kembali kisah tersebut yang terjadi pada 2017. “Saya masih boleh ingat pada pagi itu yang mana apabila bangun saya menerima banyak mesej daripada orang yang tidak dikenali dari seluruh dunia.
“Bahkan saya turut menerima mesej daripada stesen tv, portal berita. Mereka semua bertanya pelbagai soalan. Ketika itu saya terasa seperti ‘dikhianati’ dunia dan seolah-olah saya seorang penjenayah. Saya tidak keluar rumah lebih kurang dua minggu,” ujarnya.
Menyifatkan perkara itu mengejutkan, anak jati Singapura yang dibesarkan di Toa Payoh ini bukanlah seorang yang bersikap ekstrovert sebaliknya dia berkongsi yang dia seorang yang sangat introvert dan sangat malu.
Bertanya tentang apakah rahsia yang diamalkan untuk tampil kacak bagai baru berusia 20an, Chuando menyatakan yang perkara itu memberi tekanan.
“Mungkin mereka mahu jalan mudah untuk mengekalkan keremajaan. Jauh di lubuk hati saya tahu saya semakin menua dan tidak muda. Walaupun saya berfikir yang saya tidaklah semuda yang ramai fikirkan, namun saya boleh jadi seorang individu versi sihat orang yang seusia dengan saya,” ujarnya.
Berkongsi rejim kesihatan yang diamalkannya, Chuando banyak melakukan aktiviti senaman dan makan makanan berkhasiat seperti minuman protein atau oatmeal bersama avocado, telur dan madu. Selain itu dia berkongsi bahawa sangat penting untuk memiliki minda dan pemikiran yang positif kerana ia akan terpancar di wajah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.