Minat menonton drama Korea selain dipaksa oleh pensyarah membolehkan Izzat Zuhailee Abd Hamid, 22 tahun dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Korean Speech Contest 2020.
Peryertaan dalam Korean Speech Contest 2020 anjuran Pusat Kebudayaan Korea, Los Angeles dan King Sejong Institute itu menyaksikan Izzat menewaskan 200 orang peserta dari seluruh Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Menariknya, penyertaan Izzat datang secara tidak sengaja demi menyahut cabaran pensyarah.
“Selalunya, saya rakam video tentang kemahiran saya berbahasa Korea ini dan muat naik di Twitter sekadar suka-suka untuk hiburan saja.
“Apabila seorang profesor kelahiran Korea saya mencadangkan penuntutnya menyertai pertandingan ini, saya cubalah nasib menghantar penyertaan pada September lalu.
Ads
Stik lampu peminat K-Pop jadi topik
“Setiap peserta perlu mempersembahkan ucapan mengenai budaya orang Korea dalam tempoh tiga minit melalui rakaman video dan video itu akan dinilai oleh juri.
“Saya mendapat ilham untuk video saya menerusi program televisyen popular Korea, Produce 101. Saya olah program Produce 101 kepada Present 101 dengan dibantu oleh props seperti televisyen, stik lampu, komputer riba dan iPad.
“Dalam tempoh tiga minit sjaa, saya buat penerangan dengan gaya pembaca berita tentang penggunaan stik lampu dalam kalangan peminat K-Pop.
“Alhamdulillah, saya diumumkan sebagai pemenang pada 16 Oktober lalu. Rasa tidak percaya kerana persaingan sengit daripada 200 peserta,” katanya.
Anak kelahiran Ampang Selangor itu juga berkata, kebolehan bertutur dengan baik dalam bahasa Korea didorong kerana minat dan latihan berterusan setiap hari selama lebih dua tahun dalam pengajiannya.
“Sejak di bangku sekolah lagi (di Kolej GENIUS@Pintar), saya minat menonton drama dan mendengar lagu Korea.
Ads
“Kebetulan ada tawaran program bahasa, sejarah dan sastera di universiti ini; dan saya telah mengambil kelas Korea secara formal sampai sekarang. Cara syaa belajar mudah saja, saya baca artikel berbahasa Korea, cuba meniru gaya pembaca berita mereka.
“Malah kalau tengok rancangan Korea pun, saya akan cuba lakon semula apa yang mereka cakap,” katanya.
Izzat bakal pulang ke tanah air tahun hadapan dan dia percaya, jika ada kesungguhan dalam melakukan sesuatu yang diminati, kita akan berjaya.
“Kalau ada minat mendalam untuk belajar sesuatu, kita kena kejar betul-betul. Bila rasa penat berhenti seketika dan teruskan kembali.
“Dulu ramai orang menyindir komuniti yang belajar bahasa Korea ini sekadar buang masa saja. Tetapi melalui pengiktirafan ini saya telah membuktikan ia berbaloi jika kita melakukannya dengan betul.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa saja yang tidak rambang mata bila melihat promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Waktu inilah kita nak merancang percutian bersama orang tersayang dengan kadar harga yang lebih murah dan menjimatkan.
Menurut Sinar Harian, mulai sekarang hingga 21 Jun 2019 nanti, korang boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines yang menawarkkan tambah serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul dari RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.
Selain daripada Fly Now Deals ini, Malaysia Airline juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi standard seat dengan 10kg tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge.
Sudah pasti berita ini mendapat perhatian daripada netizen yang ingin mengambil peluang untuk bercuti.
Apa tunggu lagi guys? Jom book tiket untuk percutian akhir tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan di India ye guys! Ini real kes Covid-19 yang berlaku di negara kita, Malaysia.
Kes baharu Covid-19 mencatat kenaikan yang membimbangkan, hari ini sebanyak 3780 kes positif telah direkod, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 470,110 setakat Ahad, 16 Mei 2021.
Sumber : KKM
Manakala, hari ini juga mencatat 36 kematian akibat Covid-19, secara tidak langsung menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1902 orang.
Menerusi perkongsian Facebook rasmi KKM, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19.
Sumber Gambar : KKM
Hal ini kerana semalam sahaja, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu. Dan akhir-akhir ini, kes-kes BID di Lembah Klang semakin meningkat.
Sumber : KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
16 tahun mungkin kedengaran seperti satu tempoh masa yang cukup lama untuk kebanyakan daripada kita.
Namun buat Jazimin Abdul Jalil, tempoh 16 tahun yang lalu seakan baru sahaja berlaku semalam dek perasaan rindu yang masih dirasai olehnya terhadap anak tersayang, Nurin Jazlin.
Kisah tragis melibatkan pemergian Nurin berbekas di hati rakyat Malaysia apabila arwah yang pada waktu itu hanya berusia 8 tahun telahpun ditemui meninggal dunia selepas diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin dilaporkan hilang setelah dia dipercayai telah diculik ketika meninggalkan rumahnya yang terletak di Wangsa Maju menuju ke arah sebuah kawasan pasar malam.
Apabila Nurin tidak memunculkan diri, adik-beradik serta ibu bapanya terus melaporkan kehilangannya itu ke pihak berkuasa. Hanya pada 17 September 2007, mayat Nurin ditemukan dalam sebuah beg pakaian sukan di Petaling Jaya. Laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak berusia 8 tahun itu telah dirogol lalu dibunuh.
Lebih menyayat hati apabila perogol dan pembunuh Nurin sehingga ke hari ini masih belum dapat dikenal pasti dan ditangkap.
Memasuki ulang tahun pemergian Nurin pada 17 September ini, memori Jazimin terhadap anak perempuannya itu masih jelas di minda beliau dan perasaan rindunya itu disampaikan menerusi akaun media Facebook miliknya, Isnin lalu.
“Happy birthday Kak Ngah ke-24 tahun. Rindu Kak Ngah 11 September 1999 hingga 17 September 2007.”
Catitan ringkas berserta sekeping foto Nurin yang digunakan secara meluas sewaktu kesnya mengisi ruang akhbar 16 tahun lalu itu sedikit sebanyak membuatkan warganet sebak lalu menzahirnya ucapan takziah masing-masing sambil memperingati kesan tragedi tersebut kepada ahli keluarga mangsa.
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet turut saling mengingatkan betapa tragedi seperti ini harus disemat di hati rakyat. Biarpun ia menyedihkan, banyak pengajaran berguna yang boleh diambil agar ia tidak berulang semula pada masa akan datang.
Sebagai info, tragedi arwah Nurin Jazlin ini juga merupakan punca selebriti versatil, Allahyarhamah Adibah Noor melancarkan lagu berjudul Terlalu Istimewa untuk didedikasikan kepada arwah. Lagu tersebut kemudiannya diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-21.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
p
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!