Akhirnya, klip video bagi single Naim Daniel berjudul Sembah keluar juga!
Single yang menampilkan Man Keedal sebagai gitaris jemputan ini adalah single yang cukup istimewa buat Naim sendiri memandangkan dia baru sahaja dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke-34 menerusi lagu Sumpah.
Mestilah ada tekanan yang dirasai oleh Naim sendiri untuk mencapai expectation yang diletakkan ke atas dirinya.
Katanya kepada REMAJA, jemputan yang diberikan olehnya kepada abang Man Keedal untuk sama-sama menjayakan Sembah hanya dilakukan menerusi mesej DM di Instagram!
Man Keedal pantas menerimanya dengan hati terbuka dan – well, the rest is history as the saying goes.
Satu perkara yang menarik perhatian penulis menerusi klip video ini adalah dandanan rambut cornrow yang digayakan oleh Naim.
Menurutnya, dandanan itu adalah simbolik tanda sokongannya kepada pergerakan Black Lives Matter yang hangat diperkatakan terutamanya di Amerika Syarikat.
Ads
Naim percaya setiap orang layak untuk dilayan secara saksama. Lantas dia tidak merasakan dandanan itu adalah cubaan cultural appropriation tetapi lebih sebagai tanda solidariti ke atas nasib mereka di sana.
*
Sebenarnya, penulis sendiri merasakan gaya cornrow ini amat ‘onz’ dengan imej Naim dalam video Sembah. Tapi macam susah je nak maintain..
Kami menanyakan tip daripada jurusolek dan jurudandan selebriti, Ayang Kamell bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk mengekalkan gaya cornrow untuk tempoh beberapa hari.
Guys, serius senang!
Ads
01
Sebelum korang ‘berangan’ nak buat gaya rambut cornrow, rambut perlulah sekurang-kurangnya sepanjang 2 inci.
02
Bersihkan dahulu kulit kepala dengan syampu bersesuaian sebelum rambut didandan. Jangan pula pilih syampu yang mengeringkan lagi tekstur rambut. Susah nanti nak braid, sakit!
03
REMAJA cadangkan untuk korang guna cecair khas seperti Fashion Collection Braid Aid 03 Braid Defining Lotion daripada Redken inI. Ratakannya ke seluruh rambut dan barulah mulakan pintalan braiding. Baru mudah untuk braid kerana ia membuatkan rambut lebih tahan lama dan berbau harum.
Langkah ini penting kerana jika tersalah menggunakan losyen atau cecair, kulit kepala boleh menjadi gatal, terasa berat dan paling memalukan, berbau masam gaiss!
04
Kami tidak menasihatkan korang untuk kekal dengan dandanan cornrow bagi tempoh masa yang terlalu lama. Mungkin 2 ke 3 hari sudah memadai. Sepanjang tempoh itu, rajin-rajinkanlah diri ratakan minyak rambut kepada rambut cornrow.
05
Sebelum tidur ataupun semasa melakukan aktiviti yang membuatkan korang berpeluh., apa kata korang ikatkan kepala dengan do-rag ataupun serkup bandana. Ia akan membolehkan cornrow korang bertahan lebih lama dalam keadaan baik.
*
Apa lagi, cer lah try.
Sementara itu, jom layan Sembah oleh Naim Daniel & Man Keedal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang masih belum menonto filem Ocean’s 8 di pawagam lagi, where have you been?!
Jangan risau – kami tidak akan berikan spoiler.
Apa yang korang perlu tahu adalah ia melibatkan plot ingin mencuri rantai mewah Cartier bernama Jeanne Toussaint bernilai USD150 juta.
Now, di dalam filem yang menampilkan 8 pelakon wanita hebat seperti Sandra Bullock, Cate Blanchette, Anne Hathaway, Sarah Paulson, Rihanna, Mindy Kaling, Awkwafina dan Helena Bonham Carter ini, tidak semua di kalangan mereka yang ‘terdesak’ memerlukan wang hasil pencurian itu pun.
Lou (Cate) mempunyai perniagaannya, Daphne Kruger (Anne) sudah cukup popular di Hollywood dan Tammy (Sarah) pula bahagia di samping suami dan anak-anak.
Jadi, apa sebenarnya yang mendorong mereka untuk mencuri selain untuk melakukannya demi kawan baik, Debbie (Sandra).
Semuanya disebabkan Kleptomania, iaitu sejenis penyakit psikologi yang membuatkan seseorang ingin mencuri dan merasa puas. Kleptomania mendorong pengidap untuk tidak dapat menahan godaan mengambil barang tanpa izin.
Sebelum mencuri, dia akan berasa gelisah disebabkan keinginan tersebut. Semasa mencuri, dia akan berasa cemas.
Namun selepas berjaya melarikan diri tanpa dikesan, dia akan berasa amat puas seolah-olah telah menyelesaikan misi tersembunyi!
Mencuri Bukan Untuk Keuntungan
Dari segi kimia, Kleptomania dihidapi kerana penghidap tidak mempunyai kestabilan hormon emosi pada otak sehingga dia terdorong untuk mencuri. Perbuatan mencuri akan melepaskan zat pada sel otak lalu membuatkan dia ketagih untuk melakukannya sekali lagi.
Namun, jika tidak dibendung, penghidap yang selalu akan dibebani dengan rasa bersalah selepas perasaan puas itu hilang boleh dilanda gangguan mental kerana perasaan membenci diri sendiri.
Jika berdepan dengan situasi ini, mereka memerlukan rawatan psikoterapi dan mengambil ubatan anti depressen jenis selective serotonin reuptake inibitor (SSRI) yang telah disahkan oleh doktor. Ini semua bagi menurunkan rasa ketagih tersebut.
Jadi kalau korang kenal dengan penghidap seperti ini, jangan gelakkan atau takut dengan mereka. Bantu mereka untuk mendapatkan rawatan Kleptomania.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin itu apa yang bermain di minda bila kita memikirkan tentang bau badan yang kurang menyenangkan.
Sejak dahulu lagi masalah bau badan menjadi masalah yang sering menghantui remaja. Kadangkala kita sendiri hairan mengapa walaupun dah mandi 3 kali sehari pun badan masih berbau.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah bau badan. Apatah lagi kita tinggal di sebuah negara beriklim tropika yang mempuyai kadar kelembapan tinggi sekaligus menyebabkan kita sentiasa berpeluh. Dan kekerapa peluh boleh menyumbang kepada masalah bau badan.
Contoh ketara badan berbau ialah akibat tak mandi dan tidak menggunakan sabun yang sesuai juga boleh menjadi faktor oenyumbang utama.
Jom ikuti beberapa fakta tentang bau badan yang harus korang tahu!
Dua kelenjar berbeza
Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan errrr… sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.
Bau dari rambut
Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.
Remaja ingin tegaskan di sini; kepada remaja di luar sana terutama yang berada di sekolah menengah, sila gunakan deodoran. Kamu bukan lagi kanak-kanak dan seiring dengan perkembangan tubuh kamu yang mengalami perubahan akil baligh. Deodoran ialah ‘pertahanan utama’ untuk melawan bau ketiak yang busuk. Kandungan bahan yang terdapat di dalam deodoran mampu menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.
Terapi medik
Untuk kes yang lebih ekstrim di mana bila menggunakan deodoran pun tidak berkesan rujuklah dengan doktor di hospital. Buangkan rasa malu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.
Punca makanan
Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.
Guna sabun dengan betul
Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.
Faktor tekanan sebagai penyumbang
Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Sandra Lim Shue Hui telah membanggakan Malaysia apabila dia berjaya merangkul gelaran naib juara dalam pertandingan Miss Global 2022. Bersaing dengan 73 peserta yang lain membuktikan pencapaiannya bukan calang-calang.
Namun untuk mencapai ke tahap tersebut, banyak pengorbanan dan juga pelajaran yang harus ditimba bagi memberikan hasil terbaik dan mampu berdiri setanding wakil negara lain. Dia yang merupakan seorang atlet bela diri sebelum menceburi dunia ratu cantik benar-benar berusaha untuk memberi yang terbaik.
Menarik perhatian REMAJA adalah perkongsian yang dibuat oleh Afeer Razak yang merupakan direktor kebangsaan bagi Miss Global Malaysia. Menerusi gambar yang dikongsikan, transformasi yang dilalui oleh Sandra cukup mengagumkan.
“Mendidik Sandra sangatlah mudah sebab dia sangat rajin berusaha. Belatih berjalan, ambil video dan hantar kepada team. Dari hari ke hari Sandra makin digemari dan dikenali berkat hasil usaha beliau yang rajin untuk menjadi seorang ratu
“Kemuncaknya apabila Sandra diberi peluang untuk berjalan di KL Fashion Week selain mukanya terpampang di billboard jenama Padini. Sebagai seorang atlet, untuk mencapai ketahap ini, bukan mudah. Serba serbi keras. Tetapi Sandra tetap Sandra, seorang yang rajin berusaha,” ujar Afeer.
Terbukti dengan persediaan rapi, seorang calon ratu cantik mampu menampilkan yang terbaik. Bukan sekadar diberikan busana yang cantik, namun persediaan dari segi penampilan dan cara pembawaan diri memainkan peranan.
Jika diperhatikan, gaya solekan yang diterapkan Sandra tepat dalam membentuk persona yang menjadikan dirinya seorang ratu. Giginya pula dirapikan bagi memberi senyuman yang paling manis. Semua ini disudahi pula dengan gaya komunikasi yang berkesan, lantas membentuk seorang wakil negara yang bagus.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.